Posts

Showing posts from February, 2015

Kematian pemimpin merupakan ujian bagi sesuatu organisasi Islam

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya bertajuk Sunan Ilahiyah di dalam bab Sunnatullah fil fitnah wal ibtila’, beliau menjelaskan bahawa ada kalanya organisasi Islam diuji dengan kematian pemimpin mereka sama ada dengan kematian biasa atau terbunuh. Hal ini merupakan cubaan yang berat. Justeru itu organisasi Islam wajar mempunyai sikap yang benar dalam menghadapi ujian yang sulit ini dengan menghadapinya dengan: a.Kesabaran b.Tetap berpegang kepada prinsip yang diperjuangkan oleh beliau dan organisasi yang diasaskan. Prinsip yang dimaksudkan ialah kerja dakwah illalah dan usaha meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi . Prinsip asas ini akan tetap diteruskan dan tidak berakhir walaupun pemimpinnya meninggal dunia. Organisasi Islam berkenaan tidak boleh berhenti dan menjadi lemah dari perjuangan jihadnya akibat musibah kematian pemimpin mereka. Analogi mudah yang boleh dikaitkan di sini ialah: tidakkah anda melihat bahawa solat jemaah di masjid akan diteruskan sola