Posts

Showing posts from June, 2011

Kualiti da'i Siri 8 bahagian iv

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Sebagai sambungan dalam siri lalu, hal yang telah diperkatakan ialah kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang pendakwah. Antara kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang da'i ialah lahir dalam dirinya rasa pengharapan pada Allah SWT. Izinkan saya untuk menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan pengharapan(Ar Raja) kita kepada Allah SWT. 1.Seorang yang kuat pengharapannya kepada Allah, tidak pernah merasa putus asa dari rahmat Allah. Ia sentiasa yakin dengan kebenaran janji Allah. 2.Sifat inilah yang mendorongnya memiliki sifat jiddiah bagi mencapai apa yang dicita-citakannya. 3.Apakah cita-cita kita? Cita-cita kita ialah menjadi orang yang bertaqwa dan bergerak dan berusaha mendakwahkan ajaran Islam kepada masyarakat. 4.Sekadar mengharap sahaja kepada Allah tanpa disertakan usaha sahaja adalah kekeliruan. Analogi mudah ialah: `Seorang yang menabur benih di tanah yan

Kualiti da'i Siri 8 bahagian iii

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Sebagai sambungan dalam siri lalu, hal yang telah diperkatakan ialah kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang pendakwah. Antara kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang da'i ialah lahir dalam dirinya rasa takut pada Allah SWT. Izinkan saya untuk menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan kualiti takut(khauf) kepada Allah SWT. Bahtera takut kepada Allah SWT. Bahtera ini dapat menyelamatkan manusia daripada mengabdikan diri selain daripada Allah SWT. Bahtera ini juga dapat menyelamatkan manusia dari takutkan selain daripada Allah SWT. Ia juga menyelamatkan manusia daripada melakukan sesuatu yang bukan kerana Allah s.w.t. Seseorang da'ie amat perlu kepada bahtera Khaufu Minallah ini. Sesiapa yang takutkan Allah SWT, maka ia akan ditakuti oleh makhluq lain. Orang yang takutkan Allah SWT juga akan digeruni oleh musuh-musuh Allah SWT. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : &

Kualiti da'i Siri 8 bahagian ii

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Sama-samalah para mahasiswa yang bercuti panjang kali ini dapat memanfaatkan masa cuti ini untuk melakukan pelbagai amal yang boleh mendidik jiwa, minda dan fizikal. Seorang pendidik saya ada mengingatkan kami sentiasa setiap kali bila cuti semester dengan pesanan berikut: `Proses tarbiyah ini tiada cuti, walaupun kamu balik rumah untuk cuti semester' Sebagai sambungan dalam siri lalu, hal yang ingin diperkatakan kali ini ialah kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang pendakwah. Antara kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang da'i ialah seperti berikut:- a. Lahir dalam dirinya rasa cinta pada Allah SWT b. Lahir dalam dirinya rasa takut pada Allah SWT c. Lahir dalam dirinya rasa harap pada Allah sWT d. Lahir dalam dirinya rasa cinta pada Ar Rasul SAW e. Lahir dalam dirinya kenikmatan dalam melakukan ibadah pada Allah SWT f. Lahir dalam dirinya cemburu dan benci kerana All