Posts

Showing posts from October, 2016

Pengajaran daripada Peristiwa Hijrah

Ketika sahabat Suhaib ar-Rumi Rodhiallahu 'Anh hendak berangkat ke Madinah, beliau dihalang oleh orang-orang kafir Quraisy. Dengan penuh kemarahan mereka berkata kepadanya, "Kamu ke mari dalam keadaan miskin dan hina. Sekarang hartamu telah menumpuk, hingga kamu boleh memperolehi apa sahaja yang kamu inginkan. Lalu sekarang kamu kamu hendak keluar dari Makkah dengan harta dan jiwamu? Sungguh kami tidak akan membiarkan kamu pergi begitu sahaja!" Di sini terjadi peperangan sengit antara hakikat Islam dan hakikat kebendaan duniawi. Dan hakikat Islamlah yang menang. Suhaib al-Rumi Rodhialahu 'Anh berkata, "Akankah kamu membiarkan diriku melanjutkan perjalanan atau hijrah, kalau kutinggalkan seluruh hartaku untuk kamu." Mereka menjawab, "Ya, engkau bebas pergi setelah engkau tinggalkan seluruh hartamu." Suhaib berkata, "Silakan kamu ambil seluruh hartaku, dan biarkan aku pergi atau hijrah!" Dia pun melanjutkan perjalanan hijrahnya