Posts

Showing posts from March, 2015

FUTUR

FUTUR Futur adalah kemerosotan atau kemalapan yang berlaku pada keima¬nan atau keIslaman seseorang. Futur adalah satu penyakit. Seseo¬rang yang dihinggapi penyakit ini akan lemah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah Subhanahuwata’ala. Bentuk-bentuk futur yang dialami oleh seseorang 1) Malas ber’ibadat. 2) Fenomena mati tidak memberi kesan kepada hati. Justeru itu kita digalakkan menziarahi kubur sebagai ‘ubat’ agar hati kita dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa kematian. 3) Melakukan ma’siat samada kecil atau besar. Lebih teruk kefuturan seseorang jika kema’siatan menjadi kebiasaan. Dan lebih teruk lagi kefuturannya jika dia bergembira dengan ma’siat. 4) Suka melihat atau menyaksikan ma’siat. Orang beriman akan melihat dosa ma’siat umpama sebuah gunung yang akan menimpa dirinya, sedangkan orang munafik akan melihat dosa umpama lalat yang hinggap di hidungnya sahaja. 5) Ukhuwwah menjadi longgar. 6) Ghairah kepada dunia. Sebok dengan

Minda pembangunan

Aqliyah bina' ini adalah pelan pembangunan fard. [1] Perlu mampu melahirkan ahli yang mengetahui bagaimana nak memajukan yang ada, dan mengadakan yang tidak ada. Jangan pula yang ada dirobohkan, dan tidak mampu mengadakan yang tidak ada. [2] Perlu melahirkan ahli yang mampu dapat faedah daripada orang yang ada di sekelilingnya. Kualiti ini perlu ada ada dan dicari jika masih belum ada Jika tidak harapan hanya tinggal harapan. Kerja-kerja kita bukan reaksi apa yang berlaku. kita perlu miliki apa yang disebutkan tadi aqliyah bina'(agenda pembangunan binaan), bagi lahir jurutera pembangunan yang berkualiti. [a]pembangunan yg pertama, ialah aqidah, iman [b]pembangunan ilmu pengetahuan [c]pembangunan ibadah [d]pembangunan akhlak [e]pembangunan ukhuwwah taawuniyyah -persaudaraan tolong menolong [f]pembangunan haraki- (siyasah). siyasah lebih luas dari politik. siyasah syariyyah - diperintah oleh syarak.