Posts

Showing posts from February, 2011

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 13

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi:memproses hati agar membenci fitnah. 13.Proses hati supaya benci fitnah Maksudnya, kita mentarbiyyah hati kita supaya membenci pencerobohan ke atas peraturan Islam,organusasi atau sebarang bentuk fitnah yang lain. Salah seorang dari tabi’in, ‘Abdul Wahid ibn Sa’id telah bertanya Hasan Al Basri: “Ya Abu Sa’id, jika seorang itu tidak menyertai fitnah 'ala Muhallab (al Muhallab ini telah menyebabkan berlaku fitnah) tetapi dia menolongnya dengan lidah atau meredhainya, bagaimana?” Jawab Hasan: “Wahai anak saudaraku (ibnu akhie), berapa orang yang menyembelih unta betina itu (an naaqah) (mu’jizat Nabi Soleh a.s)?” Jawab ‘Abdul Wahid: “Seorang sahaja.” Melalui perbuatan itu, Allah membinasakan kaum Tsamud. Walaupun, seorang sahaja yang menyembelihnya tetapi yang

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 12

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi: Meninggalkan perbuatan najwa(poket di dalam poket) 12.Meninggalkan perbuatan najwa (Tarkun najwa) Yang dimaksudkan dengan najwa ialah perbuatan beberapa orang yang bermesyuarat dan merancang sesuatu tanpa pengetahuan kepimpinan. Perancangan rahsia itu dibuat dalam rangka untuk menentang atau menyaingi perancangan kepimpinan. Perbuatan ini biasanya akan berakhir dengan pecah-belah atau fitnah. Allah berfirman: Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal. (Al-Mujadalah:10) Melainkanlah kamu telah diberi mandat untuk merancang sesu

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 11

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi:Menjauhi pertengkaran 1 1. Menjauhi pertengkaran (Al Imsaaku ‘anil jadal) Kebiasaannya, al jadal bukannya satu petanda yang sihat. Yang dimaksudkan dengan al jadal ialah bertengkar di atas satu perkara berulangkali (back and forth) walaupun kebenaran telah jelas. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Apabila Allah ingin menyesatkan seseorang setelah dia diberi petunjuk, Dia akan memberikan orang itu sifat al jadal.” Orang yang banyak bertengkar, pada haqiqatnya, mengabaikan kerja-kerja yang sebenarnya. Ummah yang sibuk bekerja kerana Allah tidak ada luang masa untuk bertikam lidah. Orang yang tidak bekerjalah yang memperuntukkan masa untuk bertengkar. Rasulullah SAW telah ditunjukkan dalam sebuah mimpinya, kedatangan (timing) malam Lailatul Qadr. Bagin

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 10

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Ingin menyuarakan rasa prihatin dan simpati terhadap apa yang berlaku di Mesir. Semoga Allah SWT membantu mereka semua berjaya menubuhkan negara yang adil dan diberkati-Nya. Saya juga ingin lahirkan rasa simpati kepada para pelajar Malaysia di sana, terpaksa pulang ke Malaysia kerana faktor keselamatan dan pengajian mereka tertangguh. ` Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan' Al Inyirah: 6 Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi:Berahsia dalam memberi nasihat pada kepimpinan 10.Berahsia dalam memberi nasihat pada kepimpinan Apabila anda menasihati seorang pemimpin, lakukan secara rahsia. Ia adalah penting demi mengelak tersebarnya rasa tidak puas hati di dalam organisasi. Apabila anda menuduh seorang pemimpin akan sesuatu secara terbuka, ia bukan lagi satu nasihat tetapi skandal.