Posts

Showing posts from May, 2008

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Image
Assalamu'alaikum wbth, Salah satu cara taaruf berkesan ialah dengan mengetahui perkembangan di tempat lain. Kita dapati Nabi Saw biasa mengikuti perkembangan orang di tempat lain walaupun tidak pernah bersua muka dengan mereka. Contoh dalam seerah ialah ketika baginda pergi ke Taif untuk sampaikan Islam. Abu Nu'aim memberitakan dengan lebih lengkap dari Urwah bin Az-Zubair ra. katanya: Apabila Abu Thalib meninggal, maka semakin bertambahlah penyiksaan kaum Quraisy ke atas Nabi SAW Maka beliau berangkat ke Tha'if untuk menemui suku kaum Tsaqif dengan harapan penuh, bahwa mereka akan dapat melindunginya dan mempertahankannya. Beliau menemui tiga orang dari pemuka suku kaum Tsaqif, dan mereka itu pula adalah bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Khubaib dan Mas'ud, semua mereka putera-putera dari Amru, lalu beliau menawarkan dirinya untuk diberikan perlindungan, di samping beliau mengadukan perbuatan jahat kaum Quraisy terhadap dirinya, dan apa yang ditimpakan ke atas pengikut-pe

JEJAK KE MENARA GADING 3

Image
Assalamu'alaikum wbth, Kuliah dah pun bermula. Semester ini aku ambil intensif bahasa Inggeris aje. Belajar semula `How to read, How to write and How to communicate in English.’ Kamus tebal Longman tu diusung ke sana ke mari. Seronok juga dengan pengalaman baru ini. Cuma yang tak seronoknya ialah bi’ah di asrama dan di kampus kurang elok dalam mendidik hati ini agar dekat dengan Allah SWT. Jika di asrama, rakan sebilikku sudah mula menunjukkan perubahan ; mereka sudah tidak seperti pada masa minggu orientasi. Di kampus pula budaya `couple’ begitu menular. Ya Allah! Selamatkanlah iman ku ini. Semasa di bilik, sudah menjadi kebiasaan bagi teman sebilikku memasang musik dengan kuat. Semuanya ini memang mengganggu konsentrasiku sama ada untuk mengulangkaji pelajaran ataupun berehat. Entah sudah berapa kali diulang-ulangkan lagu-lagu penyanyi barat tu, yang akupun tak pasti nama-nama penyanyinya. Aku sekali-sekali ada juga menegur secara hikmah, akan tetapi tak lut jugak. Solat subuh tu

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan?

Image
Assalamu’alaikum wbth, Sdr dinul mahfuz ada meminta saya menghuraikan tips untuk bertaaraf dengan mad’u. Itu merupakan soalan yang real yang bermain dalam fikiran kita semua. Dorongan dalaman kita memang berhajat untuk melakukan dakwah fardiyah. Akan tetapi soalan bagaimana nak buat? Bagaimana nak memulakan taaraf? Bagaimana nak memenangai hati mad’u, merupakan hal-hal yang sentiasa menjadi persoalan dan halangan untuk kita mengorak langkah ke depan. Ada beberapa buku yang baik untuk dikaji dalam hal yang berkaitan. Antaranya ialah kitab At-toriq ilal qulub(Bagaimana menyentuh Hati) karangan Sh. Abbas Assisi dan k itab Ad-da’wah, qowaid wa ushuul karangan Sh. Jum’ah Amin. Tip pertama yang disebut oleh Sh. Abbas Assisi dalam bertaaraf ialah MENGHAFAL NAMA. Ianya adalah langkah awal dan benang pertama yang mengikat antara hati seseorang individu. Marilah kita berusaha memiliki kualiti di dalam kita berkenalan dengan potensi mad’u kita. Ar- Rasul SAW bersabda: Termasuk sifat angk

JEJAK KE MENARA GADING SIRI 2

Image
Assalamu'alaikum Wbth, Sesampainya aku di kampus PPP/ITM, Seksyen 17 aku dapati ramai pelajar lain yang menerima telegram segera seperti aku dah berkumpul lebih awal di foyer bangunan pentadbiran. Masing-masing beratur panjang. Giliran aku pun tiba, `Ini surat tawaran JPA untuk awak .. Jika setuju, serah semula surat perjanjian ini dalam tempoh 2 minggu.’ ujar pegawai yang bertugas pada hari itu. `Terima kasih, encik.’ balasku perlahan kepada pegawai tadi. Aku terus membaca surat tawaran tersebut. Surat tu menyatakan aku telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dengan biasiswa di Amerika Syarikat di dalam bidang Electrical Engineering(Power). Aku perlu buat kursus intensif bahasa Inggeris dan tahun 1 dan 2 di PPP/ITM terlebih dulu. Kemudian baru melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Universiti yang akan pergi pun belum ditentukan kerana perlu berdasarkan kelayakan poin. `Alhamdulillah!’, itulah kata-kata yang terhambur keluar daripada mulutku apabila mendapat tawaran

BEDAH BUKU: 7 TAHAP DAKWAH FARDIYYAH SIRI 2

Image
Recap: 7 langkah dakwah fardiyyah. 1.Taaraf - mengadakan hubungan silaturrahim dan berkenalan dengan mad'u. 2. Membangunkan iman yang telah lemah di dalam jiwa yang kita seru kepada Allah SWT. 3. Menolong menyelesaikan urusannya, mempenalkan urusan Islam, taat kepada Allah SWT. dan ibadah-ibadah yang diperlukan. Kemudian membantu mad’u dalam perlaksanaan ibadah-ibadah itu dan menjauhkan diri dari segala maksiat, serta menghiasi diri mad’u dengan akhlak Islam. Sahabat-sahibah yang dikasihi kerana Allah SWT, Langkah ke 4 dakwah fardiyyah menurut Sh. Mustafa Mashyur di dalam kitabnya Ad Dakwah Fardiyyah ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul, iaitu meliputi segala jurusan hidup. Semua yang kita lakukan adalah ibadah apabila memenuhi dua syarat: a. Niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. b. Cara perlaksanaannya tidak bercanggah dengan syara’. Langkah ke 5 ialah kita menjelaskan kepada mad’u bahawa tidaklah mencukupi kalau hanya menjadi Muslim yang baik dalam bentuk individu

JEJAK KE MENARA GADING SIRI 1

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat/ah yang dikasihi sekalian. Coretan saya kali ini ialah pengalaman menjejakkan kaki ke menara gading. Selepas SPM aku membuat banyak pekerjaan bagi mengisi masa lapang. Di siang hari, aku bekerja di pam minyak Penghulu Halim sampai tengahari. Sebelah petangnya rehat sebentar sambil berkebun di belakang rumahku. Satu hari semasa sedang berkebun, tiba-tiba motosikal yang membawa telegram singgah di rumahku. `Peet, peet….’ Honk motosikalnya berbunyi. `Ada apa encik?’ Tanyaku kepada pembawa telegram tadi. `Hi ha…telegram untuk hang?’ Kata pakcik telegram kepadaku. `Telegram apa pulak ni…ter ima kasih ya', ujarku. Lantas aku pun membaca isi kandungan telegram tersebut. `Anda di minta melapor diri di PPP/ITM Seksyen 17, Shah Alam pada 20.5.1989 jam 9.00 pagi. Sila bawa dokumen-dokumen yang berkaitan.’ `Allah!, 20 Mei tu esok harilah.’ Aku pun bergegas memberitahu mak mengenai hal ini. `Mak….Telegram untuk lapor diri esok ke PPP-ITM, Shah Alam. ‘Kataku k

BEDAH BUKU: 7 TAHAP DAKWAH FARDIYYAH

Image
Assalamu'alaikum wbth, Ketika menghadapi pelbagai gangguan dan kezaliman dari manusia yang diseru kepada Allah SWT. Ar Rasul SAW tetap bersabar dan terus menerus berdakwah dan bersabda: `Wahai Tuhanku, berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti' Seperti yang kita semua maklum, dakwah terbahagi kepada dua iaitu dakwah ‘ammah dan dakwah fardiyyah. 1. Dakwah ‘ammah dapat dibuat melalui pidato, ceramah-ceramah, majlis ilmu, media massa, buku, risalah, surat khabar, majalah, blog dan lain-lainnya. 2. Dakwah fardiyyah pula ialah dakwah secara kontek individu yang tidak kurang juga pentingnya. Menurut Sh. Mustafa Mashyur di dalam kitabnya Ad Dakwah Fardiyyah, dakwah fardiyyah mempunyai 7 tahap iaitu: 1. Taaraf - me ngadakan hubungan silaturrahim dan berkenalan dengan mad'u. (courtesy: http://www.flickr.com/photos/electricshadow1518/416098197/ ) 2. Membangunkan iman yang telah lemah di dalam jiwa yang kita seru kepada Allah SWT. (courtesy http://wwwu.e

Pengalaman dakwah remaja kampung

Image
Assalamu'alaikum wbth, Sahabat-sahabat seperjuangan di dalam dakwah dan tarbiyah. Sedikit perkongsian nostalgia melakukan dakwah di kampung. Pada awal 80an, bahang kebangkitan Islam begitu terasa. Hatta kepada anak awal belasan tahun seperti aku. Seingat aku, kami berusrah ke kampung-kampung. Ini kerana semangat dakwah berkobar-kobar, untuk menyelamatkan ummah daripada kerosakan. Kami bergiliran rumah ke rumah setiap minggu. Setiap Jumaat, selepas solat Asar, masing-masing berbasikal konvoi sejauh berbatu-batu, menyusuri sawah padi ke rumah yang dijanjikan. Yang bestnya, bila di setiap rumah host tu, dijamu dengan pelbagai menu....ada menu bubur kacang, ada menu meehun, kadang-kadang ada menu nasi lauk ayam. Seingat aku juga, buku yang kami gunakan untuk dibacakan kepada remaja-remaja yang ada bermodalkan kitab Asas-asas Islam oleh Maulana Maududi. Itulah modal fikrah yang aku bacakan kepada remaja-remaja yang sebaya denganku pada masa itu. 'Ya Allah terimalah amal kami itu'

KEWAJIPAN BERDAKWAH

Image
Assalamu'alaikum wbth, Saudara/i yang dirahmati Allah SWT, Dakwah Islamiyah adalah tugas suci atas setiap muslimin dan muslimat di muka bumi dan di mana saja mereka berada di dunia ini. Arahan dan suruhan berdakwah terdapat di dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah saw merupakan kewajipan kita semua untuk menyeru dan menyampaikan Islam kepada masyarakat. Abu Dzar ra. apabila mendapat Islam, beliau terus menyampaikan Islam sehingga dia dipukul oleh kaum Musyrikin di Mekah. Di dalam Al- Quran terdapat banyak ayat berkaitan dakwah. Antaranya: Surah Ali Imran: 104 104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. Surah Fussilat: 33 33. dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, se