Thursday, May 15, 2008

JEJAK KE MENARA GADING SIRI 2

Assalamu'alaikum Wbth,
Sesampainya aku di kampus PPP/ITM, Seksyen 17 aku dapati ramai pelajar lain yang menerima telegram segera seperti aku dah berkumpul lebih awal di foyer bangunan pentadbiran. Masing-masing beratur panjang. Giliran aku pun tiba,

`Ini surat tawaran JPA untuk awak .. Jika setuju, serah semula surat perjanjian ini dalam
tempoh 2 minggu.’ ujar pegawai yang bertugas pada hari itu.
`Terima kasih, encik.’ balasku perlahan kepada pegawai tadi.

Aku terus membaca surat tawaran tersebut. Surat tu menyatakan aku telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dengan biasiswa di Amerika Syarikat di dalam bidang Electrical Engineering(Power). Aku perlu buat kursus intensif bahasa Inggeris dan tahun 1 dan 2 di PPP/ITM terlebih dulu. Kemudian baru melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Universiti yang akan pergi pun belum ditentukan kerana perlu berdasarkan kelayakan poin.

`Alhamdulillah!’, itulah kata-kata yang terhambur keluar daripada mulutku apabila mendapat tawaran itu. Sememangnya sebelum ini aku bercita-cita untuk lanjutkan pelajaran ke luar negara sama UK ataupun Amerika Syarikat.

Setelah pendaftaran selesai, aku pun terus ke asrama pelajar di Seksyen 18, di tempatkan di flat 4 tingkat. Aku ditempatkan di bilk 305 blok 17. Oleh kerana nama aku bermula dengan S, maka semua yang nama huruf S itu ditempatkan sekali seperti Suhaimi A , Suhaimi B, Suhandono, Suhardi, dan Sudirman.

`Nampak macam muka baik-baik je budak bilik aku ni’, bisikku di dalam hati.

Biasalah masa minggu silaturrahim(orientasi), semua orang nampak `nerd’ aje. Semua ikut peraturan. Jika pakai kemeja tu tuck-in. Pakai tali leher, nampak kemas. Semua hadir solat berjemaah yang disusun semasa dalam minggu silaturrahim.




Semasa penutup orientasi, pegawai tinggi ITM pada masa itu memberi nasihat kepada kami semua.

`You must improve your English. One of the ways is to think in English’, nasihat beliau kepada kami dengan nada yang bersemangat.

Dalam hatiku, ianya satu nasihat yang baik agar semua serius untuk menguasai bahasa Inggeris lebih-lebih lagi kepada graduan akan ke benua Amerika. Biasanya pelajar kita malu untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di luar kelas.

Di akhir minggu silaturrahim, masing-masing keletihan. Masing-masing tidur besar pada hari minggu tersebut. Di pagi minggu itu tiba-tiba aku teringat pesanan mentorku: `Tarbiyah Islamiyah anta perlu berterusan di mana sahaja anta berada. Biah solehah perlu dicari dan dijaga.’ Setakat yang aku tahu, hanya aku sahajalah di tempat yang baru ini yang pernah mengikuti program tarbiyah sebelum ini. Maknanya aku keseorangan di PPP/ITM ini. Di pagi yang bening itu jugalah , aku menghayun langkah ke pondok telefon berdekatan asrama blok 14.

`Hello!, Assalamu’alaikum, ini Pak Hasan ke?
`Ya’, Hasan bercakap. Siapa yang bercakap ni?
`Errr, ana Soleh. Pak Yeop, sahabat dari Alor Setar minta ana hubungi Pak Hasan untuk penerusan tarbiyah.’ Kataku dengan nada yang bersungguh-sungguh.

Dalam perbualan telefon yang berlangsung selama beberapa minit, Pak Hasan meminta alamat tempat belajarku dan menanyakan bila masa aku lapang pada minggu tersebut.

`Ana hari ni dan esok free, insha Allah’, kataku kepada Pak Hasan.

Keesokan harinya, selepas solat Asar bilik aku didatangi oleh dua orang tetamu yang tidak aku kenali. Seorang bersaiz orang Arab dan seorang lagi bersaiz kecil sepertiku. Pintu bilikku diketuk, dan salam diberi.

`Ada pelajar bilik ni yang namanya Soleh’, tanya salah seorang tetamu tadi.
`Ya, sayalah. Pak Hasan ke ni?, kataku dengan selamba.
`Ya, insha Allah. Bersama-sama saya ni sahabat, namanya Razak.’
`Ooo, gitu’, kataku perlahan.

Kamipun saling berpelukan antara satu sama lain, tanda ikatan ukhuwwah Islamiah.

`Bagus sahabat-sahabat ni.baru kenal pun mudah mesra, macam dah lama kenal’, kata hati kecilku.

Setelah chit chat hampir sejam di warung depan asrama blok 11. Merekapun beredar dari asrama putera.

Bersambung....

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...