Monday, May 12, 2008

Pengalaman dakwah remaja kampung

Assalamu'alaikum wbth,

Sahabat-sahabat seperjuangan di dalam dakwah dan tarbiyah. Sedikit perkongsian nostalgia melakukan dakwah di kampung. Pada awal 80an, bahang kebangkitan Islam begitu terasa. Hatta kepada anak awal belasan tahun seperti aku. Seingat aku, kami berusrah ke kampung-kampung. Ini kerana semangat dakwah berkobar-kobar, untuk menyelamatkan ummah daripada kerosakan. Kami bergiliran rumah ke rumah setiap minggu. Setiap Jumaat, selepas solat Asar, masing-masing berbasikal konvoi sejauh berbatu-batu, menyusuri sawah padi ke rumah yang dijanjikan.










Yang bestnya, bila di setiap rumah host tu, dijamu dengan pelbagai menu....ada menu bubur kacang, ada menu meehun, kadang-kadang ada menu nasi lauk ayam.


Seingat aku juga, buku yang kami gunakan untuk dibacakan kepada remaja-remaja yang ada bermodalkan kitab Asas-asas Islam oleh Maulana Maududi. Itulah modal fikrah yang aku bacakan kepada remaja-remaja yang sebaya denganku pada masa itu.

'Ya Allah terimalah amal kami itu'. Itulah ikhtiar kami yang serba kecil ini untuk menyelamatkan hati-hati remaja kampung pada masa itu.


Perbentangan dan berbincangan berlarutan sebelum menjelang Maghrib. Bila musim tiba, terpaksa basah kuyup sebelum sampai di rumah untuk persiapan diri.


Itulah rutin kami pada masa itu setiap minggu pada masa itu. Persoalannya di sini bagaimana semangat yang sama dapat kita bangkitkan pada masa kini buat remaja-remaja?

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...