Wednesday, May 14, 2008

BEDAH BUKU: 7 TAHAP DAKWAH FARDIYYAH SIRI 2

Recap: 7 langkah dakwah fardiyyah.

1.Taaraf - mengadakan hubungan silaturrahim dan berkenalan dengan mad'u.
2. Membangunkan iman yang telah lemah di dalam jiwa yang kita seru kepada Allah SWT.
3. Menolong menyelesaikan urusannya, mempenalkan urusan Islam, taat kepada Allah SWT. dan ibadah-ibadah yang diperlukan. Kemudian membantu mad’u dalam perlaksanaan ibadah-ibadah itu dan menjauhkan diri dari segala maksiat, serta menghiasi diri mad’u dengan akhlak Islam.

Sahabat-sahibah yang dikasihi kerana Allah SWT,


Langkah ke 4 dakwah fardiyyah menurut Sh. Mustafa Mashyur di dalam kitabnya Ad Dakwah Fardiyyah ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul, iaitu meliputi segala jurusan hidup.





Semua yang kita lakukan adalah ibadah apabila memenuhi dua syarat:
a. Niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
b. Cara perlaksanaannya tidak bercanggah dengan syara’.



Langkah ke 5 ialah kita menjelaskan kepada mad’u bahawa tidaklah mencukupi kalau hanya menjadi Muslim yang baik dalam bentuk individu sahaja. Islam mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan sungguh-sungguh supaya Islam dapat ditegakkan kembali di muka bumi. Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 193:

` ...sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga deen itu hanya untuk Allah SWT semata-mata.’


Mad’u juga perlu dijelaskan bahawa seruan Islam ini adalah kepada manusia seluruhnya. Ia mesti prihatin segala apa yang terjadi kepada saudara-saudara Muslim di tempat lain yang diganggu, difitnah dan diserang oleh musuh-musuh Allah SWT di pelbagai ceruk di muka bumi.




`Barangsiapa yang tidak mempedulikan urusan muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka’
Al-hadith

Mad’u juga perlu diterangkan tentang tuntutan dakwah Islamiyah hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh membangunkan ad-daulah islamiyah yang melaksanakan syariat Islam.


Bersambung....isha Allah.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...