Thursday, May 22, 2008

JEJAK KE MENARA GADING 3

Assalamu'alaikum wbth,


Kuliah dah pun bermula. Semester ini aku ambil intensif bahasa Inggeris aje. Belajar semula `How to read, How to write and How to communicate in English.’ Kamus tebal Longman tu diusung ke sana ke mari. Seronok juga dengan pengalaman baru ini. Cuma yang tak seronoknya ialah bi’ah di asrama dan di kampus kurang elok dalam mendidik hati ini agar dekat dengan Allah SWT. Jika di asrama, rakan sebilikku sudah mula menunjukkan perubahan ; mereka sudah tidak seperti pada masa minggu orientasi. Di kampus pula budaya `couple’ begitu menular. Ya Allah! Selamatkanlah iman ku ini.

Semasa di bilik, sudah menjadi kebiasaan bagi teman sebilikku memasang musik dengan kuat. Semuanya ini memang mengganggu konsentrasiku sama ada untuk mengulangkaji pelajaran ataupun berehat. Entah sudah berapa kali diulang-ulangkan lagu-lagu penyanyi barat tu, yang akupun tak pasti nama-nama penyanyinya. Aku sekali-sekali ada juga menegur secara hikmah, akan tetapi tak lut jugak. Solat subuh tu biasanya terlepas kerana mereka tidur lewat malam; bermain terup, merokok setelah penat mengulangkaji.

Apa citer awek kau, Man! Nampak ceria je kau hari ni?, sapa Mie
Biasa je, hehe.. Hujung minggu ni aku nak ke Genting dengan awek aku tu. Kami pakat-pakat dengan 2-3 orang member lain, Ujar Man.

Geram sungguh bila mendengar perbualan rakan sebilik aku tu…Mereka tidak segan silu bahkan berbangga pula melakukan dosa. Sebelum Maghrib lagi, puluhan siswa/i dah mula keluar dari asrama berjalan berdua-duaan menuju ke gerai makan di hujung simpang, tanpa segan silu. Jika di dalam bas untuk ke kuliahpun, masing-masing duduk bersebelah-sebelahan tanpa rasa bersalah atau segan silu. Apa nak jadi nih …di dalam hatiku. Nampaknya mahasiswa/i ni sebelum pi luar negara pun dah jadi macam orang Amerika dan Britain. Al maklumlah mak ayah di rumah tidak tahu, dan kini mereka telah bebas untuk buat apa sahaja yang mereka mahu. Inilah cabaran orang muda yang tahap hormonnya tingi pada umur akhir belasan tahun.

Semasa aku ke Bandar Klang untuk membeli peralatan dorm dengan kawanku yang lain, tiba-tiba aku terserempak dengan kawan sekolah lamaku. Dia pun dapat masuk kolej yang sama denganku Kat sekolah dulu dia memang kaki pi surau. Tapi kali ni bila nampak aku, dia mengelak ke arah lorong yang lain. Rupanya, dia dia bawak budak pompuan dating rupanya. Begitu kuat pengaruh persekitaran di dalam merubah seseorang.

Sedih sungguh hati ini melihat perubahan dan kemungkaran yang ada. Jika aku tidak membenci di dalam hati, esok lusa penyakit inipun akan terkena kepada aku. Itulah dalam hadith tahap selemah-lemah iman.

Melihat suasana yang tidak kondusif kepada pertumbuhan keimanan ini, aku terus hubungi mentorku bertanyakan bilakah akan dapat diteruskan program tarbiyahku di sini? Aku perlukan kekuatan untuk menghadapi arus kegelapan ini.

`Anta kuatkan hubungan dengan Allah, hujung minggu ini harap dapat jumpa di Seksyen 2 jam 3.00 petang’. Jawab mentorku.
Insha Allah, jawabku ringkas.

Bersambung….

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...