Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 3
Assalamu'laikum wbth, Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam realiti masyarakat kita hari ini, ramai yang mudah melenting apabila diberi teguran. Namun, bagi kita yang melalui proses tarbiah Islamiah, hati kita perlu diproses sentiasa agar dapat menerima teguran yang membina. Saya ingin menyambung siri lalu berkaitan kaedah untuk mengelakkan fitnah dan ketidakharmonian di dalam organisasi. Penekanan kali ini ialah dalam saling nasihat menasihati. 3.Menerima dan meminta nasihat Meminta nasihat dan menerimanya bila diberi. Ini adalah sebahagian dari keikhlasan niat di mana kita melakukannya kerana Allah SWT. Kita tidak merasa terhina bila dinasihati dan menerima kebenaran walau bertentangan dengan apa yang ada pada kita. Itu adalah sifat orang-orang beriman. Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda: “Al-hikmah itu adalah barang milik mukmin yang hilang. Di mana sahaja dia menjumpainya, dialah yang paling layak untuk mengambilnya semula.” Apabila barang ki