Posts

Showing posts from April, 2011

Kualiti da'i Siri 6

Image
Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti seterusnya yang perlu pada da'i ilallah: Kesungguhan 6.Kesungguhan(Serius) Abdul Rahman ibn ‘Auf r.a. salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga ketika sedang menghadapi makanan untuk berbuka puasa, telah berkata kepada isterinya (ketika pada zaman khalifah ‘Uthman r.a.): “Mus’ab ibn ‘Umair telah syahid, maka dia lebih baik dariku. Semasa dia syahid, kita tidak menjumpai kain yang cukup untuk menutupi mayatnya. Jika kita tutup kepalanya, kakinya ternampak. Jika kita tutup kaki, kepalanya ternampak. Hamzah telah syahid, maka dia lebih dariku. Nah! Sekarang aku mendapati makanan ini di depan kita, mungkin Allah mahu memberi ganjaranNya semasa kita hidup di dunia dan tidak memberikan ganjaranNya di akhirat.” Lalu dia menangis dan meninggalkan makanan yang terhidang itu. Kita dapati bahawa dia masih mempunyai keseriusan dan sensitif itu walaupun sudah

Kualiti da'i Siri 5

Image
Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian, Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti yang perlu pada da'i ilallah: Tidak menangguh kerja dakwah 5.Tidak Menangguhkan Kerja Da’wah Begitu juga, syaitan akan menghasut seseorang supaya menangguhkan kerja-kerja da’wah sehingga waktu yang lebih lapang. Tetapi sebenarnya waktu lapang itu tidak kunjung-kunjung tiba. Sekarang mungkin kita digoda untuk menangguhkan kerja-kerja da’wah sehingga kita habis belajar atau kurang beban kerja, tetapi apabila habis perkara itu, kita akan sibuk pula dengan tugas-tugas keluarga dan seterusnya. Akhirnya bila kita sudah tua, kita dapati diri kita tidak bekerja untuk Islam dan maut pula sudah hampir. Oleh itu, kerja da’wah mesti dimulakan hari ini bukannya esok atau lusa. Seorang tabi’in menyebut, seorang Muslim berada antara dua ketakutan: a.Ketakutan dari Perkara yang lepas Iaitu dia akan takut dari dosa-dosanya yang lepas, sama ada yang akan diampun oleh Allah atau ti