Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,
Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti yang perlu pada da'i ilallah: Tidak menangguh kerja dakwah
5.Tidak Menangguhkan Kerja Da’wah
Begitu juga, syaitan akan menghasut seseorang supaya menangguhkan kerja-kerja da’wah sehingga waktu yang lebih lapang. Tetapi sebenarnya waktu lapang itu tidak kunjung-kunjung tiba. Sekarang mungkin kita digoda untuk menangguhkan kerja-kerja da’wah sehingga kita habis belajar atau kurang beban kerja, tetapi apabila habis perkara itu, kita akan sibuk pula dengan tugas-tugas keluarga dan seterusnya. Akhirnya bila kita sudah tua, kita dapati diri kita tidak bekerja untuk Islam dan maut pula sudah hampir. Oleh itu, kerja da’wah mesti dimulakan hari ini bukannya esok atau lusa.
Seorang tabi’in menyebut, seorang Muslim berada antara dua ketakutan:
a.Ketakutan dari Perkara yang lepas
Iaitu dia akan takut dari dosa-dosanya yang lepas, sama ada yang akan diampun oleh Allah atau tidak.
b.Ketakutan dari Perkara yang Mendatang
Iaitu sama ada dia akan melakukan dosa lagi, masuk ke Neraka atau Syurga.
Ketakutan ini akan menggerakkan seorang muslim untuk bekerja untuk Islam sekarang bukannya menangguh-nangguh.
Kesimpulan
Marilah kita renung pesanan Ar RAsul SAW kepada kita.
Diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah memegang belakang beliau lalu bersabda:
“Jadilah kamu di dalam dunia itu sebagaimana kamu seorang yang asing,ataupun pengembara.” Ibnu Umar R.A berkata: “Jika kamu berada di petang hari, maka jangan kamu tangguh sehingga ke pagi hari keesokannya, dan jika kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah berrtangguh sehingga ke petang hari”
HR Al-Bukhari
`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...
-
Bismillahir rahmanirrahim, Salam, Dalam sessi kali ini saya ini berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai pengajaran yang boleh dipetik daripad...
-
TAJUK : KUPASAN AHLIYAH AL WUJUB( اهلية الوجوب ) DAN AHLIYAH AL ...
-
poster program Antara peserta yang ahli panel Backdrop program
No comments:
Post a Comment