Kualiti da'i Siri 6


Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti seterusnya yang perlu pada da'i ilallah: Kesungguhan

6.Kesungguhan(Serius)

Abdul Rahman ibn ‘Auf r.a. salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga ketika sedang menghadapi makanan untuk berbuka puasa, telah berkata kepada isterinya (ketika pada zaman khalifah ‘Uthman r.a.):

“Mus’ab ibn ‘Umair telah syahid, maka dia lebih baik dariku. Semasa dia syahid, kita tidak menjumpai kain yang cukup untuk menutupi mayatnya. Jika kita tutup kepalanya, kakinya ternampak. Jika kita tutup kaki, kepalanya ternampak. Hamzah telah syahid, maka dia lebih dariku. Nah! Sekarang aku mendapati makanan ini di depan kita, mungkin Allah mahu memberi ganjaranNya semasa kita hidup di dunia dan tidak memberikan ganjaranNya di akhirat.”

Lalu dia menangis dan meninggalkan makanan yang terhidang itu. Kita dapati bahawa dia masih mempunyai keseriusan dan sensitif itu walaupun sudah lama berlalu peristiwa Mus’ab dan Hamzah itu. Dia khuatir yang keseriusannya menurun lalu Allah hanya memberikannya ganjaran di dunia bukannya di akhirat.

Melebihi Keseriusan Kuffar

Lihatlah keseriusan kuffar dalam hal batil mereka. Kita tidak menjumpai mereka bercakap sesuatu melainkan menuju kepada objektif mereka. Contohnya Bush Senior, semasa Perang Teluk pada awal 90an dulu, dia tidak pernah bercakap hal lain melainkan yang mencapai objektifnya. Di tengah malam dia bangun untuk meneliti laporan baru tentang pelaksanaan plan, dsb. Hal yang sama berlaku sekarang di Libya. Mereka serius untuk tujuan batil, maka apatah lagi bagi kita yang mempunyai tujuan yang mulia, mengajak manusia kepada Allah SWT, haruslah lebih serius dari mereka.

Kesimpulan
1. Serius bukanlah bermakna tidak pernah senyum dan bergurau. Bergurau orang mukmin pun dalam rangka ubudiyyah.
2. Kita perlu terus menerus serius di dalam kerja membaiki diri, keluarga dan masyarakat.
3. Kita perlu diingatkan secara berterusan supaya kita ingat, sedar, bertindak dan istiqomah.

Comments

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH