Kualiti da'i Siri 7

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti seterusnya yang perlu pada da'i ilallah:Kefahaman yang mendalam(al fahmu ad daqiq)


7. Kefahaman yang mendalam(al fahmu ad daqiq)
Kefahaman yang mendalam adalah inti penting bagi ilmu.
- Di antara isi pentingnya ialah mengapa kita didatangkan? bagaimana kehidupan di dunia ini berbanding dengan kehidupan di akhirat

Berbalik kepada mengapa kita didatangkan ke dunia ini. Terdapat tiga kategori manusia.
a. kategori manusia yang hidup untuk berseronok sahaja. Tidak lebih dari binatang ternak sahaja.
b. Kategori manusia yang hidup untuk berseronok dan membuat kerosakan untuk memerangi orang-orang yang beriman
c. Kategori manusia yang jelas akan tujuan hidupnya. Mereka ini yang menjual diri mereka kepada Allah SWT untuk mendapat redha-Nya. Kita ingin termasuk dalam ketegori yang ketiga.

Di antara ciri manusia yang jelas matlamat hidupnya:-
i. Jelas nilai dunia berbanding dengan akhirat. Mereka juga mengetahui peranan mereka di dunia ini.
ii. Mati adalah satu perkara yang pasti
iii.Sentiasa membandingkan di antara dua kehidupan
iv. Ilmu adalah untuk dilaksanakan
v. Jangan bertangguh untuk membuat kebaikan

Kesimpulan
Semoga dengan adanya kualiti ini, dapatlah kita menjadi manusia yang rabbani, yang dekat dekat Allah SWT.

Rujukan"
Usul dakwah, Dr Abd Karim Zaidan

Comments

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH