Sunday, January 16, 2011

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 8(Akhir)

Assalamu'laikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyambung topik perbincangan kita yang berkaitan faktor yang boleh meningkatkan jiddiyah. Faktor yang akhir ialah: da'i tidak digalakkan berpindah atas maksud keduniaan

8.Larangan 'migrasi' atas maksud keduniaan

Para du'at tidak dibenarkan untuk berpindah dari tempat atau negerinya melainkan dalam rangka dakwah dan tarbiah. Tujuan ia berpindah kerana ia diperlukan di tempat yang lain untuk membuka cawangan yang baru bagi organisasinya. Ataupun tujuan lainnya ialah untuk ia sambung belajar/pengajian suatu tempat yang asing untuk mendapatkan ilmu pengetahuan bagi menguatkan ummah buat tempoh yang sementara, kemudian balik semula ke tempatnya.

Secara 'amnya, kita menghalang perpindahan du'at khususnya mereka yang ada kualiti kepimpinan. Adalah lebih baik mereka lebih baik tinggal di lokalitinya dan meneruskan kerja-kerjanya. Jika dia berpindah, organisasi tidak dapat memanfa'atkan dia sepenuhnya. Begitu juga, perancangan organisasi boleh tergendala.

Rumusan
Semoga kita semua menjadi penuntut akhirat. Firman Allah SWT di dalam surah Al Qasas ayat 77:

Wabtaghi fi ma atakallahud daral akhirata wa la tansa nashibaka minad dunya wa ahsin ka ma ahsanallahu ilaika wa la tabghil fasada fil ardhi innallaha la yuhibbul mufsidin.

Artinya, Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang yang berbuat kerusakan.

Adalah diharapkan kita semua dapat melengkapkan diri kita dengan sifat-sifat yang boleh membawa kita menjadi orang yang serius, sungguh-sungguh dan komited dengan kerja-kerja membangunkan ummah, insha Allah.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...