Assalamu'alaikum wbth,
Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,
Surah Al Ahzab memberikan kepada banyak pengajaran agar kita umat Islam sentiasa berhati-hati terhadap orang munafiq dan orang Yahudi dan musyrik. Di dalam memerangi Islam mereka bersatu menyerang sama ada secara terang-terangan ataupun secara halus.
Satu aspek yang ingin dikongsi ialah surah Al Ahzab ayat 4.
`Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya'
Menurut Sayyid Qutb di dalam tafsir Fi zilalil Quran, manusia memounyai satu hati sahaja. Ia perlu mempunyai satu neraca sahaja untuk menimbang nilai urusan hidupnya. Tidak ada campur aduk mengambil nilai Islam dan dalam masa yang sama mengambil nilai yang bukan Islam.
Inilah seperti kata Sh Mustafa As Siba'i: Dua cinta yang mana mungkin dapat bersama.....
Oleh kerana itu, Islamlah sahaja merupakan satu sistem, satu jalan, satu wahyu dan satu aliran untuk kita serahkan diri kita kepada Allah SWT. Jika berlaku campur aduk dalam maka akan rosaklah kehidupan kita.
Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi:Memelihara telinga dari mendengar percakapan buruk
Mereka yang terlibat di dalam menyebarkan fitnah dan mengumpat, tidak akan berbuat demikian jika mereka tidak ada pendengarnya. Bermakna jika anda berkongsi, menumpang telinga mendengar percakapan mereka, itu menggalakkan fitnah. Cubalah memelihara telinga dari perkara sedemikian. Di zaman Sayyidina ‘Ali, orang ramai mula memperkatakan tentang perselisihan di kalangan sahabat berkenaan pembunuhan Sayyidina ‘Uthman. Lalu seorang tabi’in berkata:
“Allah telah menyelamatkan tangan-tangan kita dari berlumur dengan darah mereka. Marilah kita selamatkan lidah kita dari mengata-ngata roh mereka.”
Dia telah menghalang mereka meneruskan percakapan yang tidak baik.
Kesimpulan
Marilah kita banyak-banyak berdoa kepada Allah agar kita dapat menjaga telinga kita dari suka mendengar percakapan buruk yang menimbulkan fitnah kepada organisasi. Jika timbul keraguan, maka cepat-cepatlah kita pastikan kesahihannya dengan pimpinan organisasi tanpa berlengah.
`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...
-
Bismillahir rahmanirrahim, Salam, Dalam sessi kali ini saya ini berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai pengajaran yang boleh dipetik daripad...
-
TAJUK : KUPASAN AHLIYAH AL WUJUB( اهلية الوجوب ) DAN AHLIYAH AL ...
-
poster program Antara peserta yang ahli panel Backdrop program
No comments:
Post a Comment