Friday, March 11, 2011

Kualiti da'i Siri 1

Assalamu'alaikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Dakwah Islamiyah adalah tugas suci atas setiap muslimin dan muslimat di muka bumi dan di mana saja mereka berada di dunia ini. Arahan dan suruhan berdakwah terdapat di dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah saw merupakan kewajipan kita semua untuk menyeru dan menyampaikan Islam kepada masyarakat.

Abu Dzar ra. apabila mendapat Islam, beliau terus menyampaikan Islam sehingga dia dipukul oleh kaum Musyrikin di Mekah.


Di dalam Al- Quran terdapat banyak ayat berkaitan dakwah. Antaranya:


Surah Ali Imran: 104


104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

Surah Fussilat: 33
33. dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


dan Surah AlHaj :67
67. bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat Yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah Ahli-ahli syariat Yang lain membantahmu Dalam urusan syariaatmu; dan serulah (Wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana Sesungguhnya Engkau adalah berada di atas jalan Yang lurus.

Di dalam siri kali ini dan akan datang izinkan saya untuk berkongsi kualiti yang perlu pada da'i ilallah:Keluar Berda’wah


1.Keluar berdakwah
Baginda SAW telah ditanya tentang siapakah yang paling bagus lalu dijawabnya:

Seseorang yang keluar (dari rumahnya) membahayakan (risking) diri dan hartanya lalu pulang tanpa kedua-duanya.”

Bahagian pertama hadith di atas iaitu “yang keluar” merupakan satu sifat para duat Islam. Maksudnya, kita tidak menunggu orang datang kepada kita tetapi kitalah yang keluar mencari mereka dan menyampaikan da’wah.

Dalam surah Yasin diceritakan tentang dua orang utusan Islam telah mendatangi sebuah kampung, tetapi penduduknya telah mengingkari mereka dengan alasan bahawa utusan-utusan itu adalah manusia biasa. Lalu utusan ketiga dihantar, tetapi masih begitu keputusannya. Lihatlah bagaimana seseorang yang datang dari jauh keluar berda’wah:

26. Dikatakan (kepadanya): "Masuklah ke syurga"[1265]. ia berkata: "Alangkah baiknya sekiranya kaumku Mengetahui.

[1265] menurut riwayat, laki-laki itu dibunuh oleh kaumnya setelah ia mengucapkan kata-katanya sebagai nasihat kepada kaumnya sebagaimana tersebut dalam ayat di atas. Ketika dia akan meninggal, malaikat turun memberitahukan bahwa Allah Telah mengampuni dosanya dan dia akan masuk syurga.

Pernah seorang Perdana Menteri semasa kerajaan ‘Abbasiyyah, Ibn Hubairah at Tsuuri berkata kepada dirinya menyentuh ayat di atas: “Pemuda ini datang berlari dari hujung kota sedangkan aku hanya duduk diam di rumah (tidak keluar berda’wah)”

Dengan itu, para du’at mestilah keluar. Kita tidak menjangka akan ada perubahan dengan duduk bersahaja.


Rumusan:

Perlu latih diri kita untuk berdakwah, kerana ganjaran di sisi Allah amat besar. Di mana manusia, di situlah ada dakwah. Strategi `3 bat' perlu ada untuk kita buat iaitu sahabat, kerabat dan rakan sepejabat(kuliah)

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...