Thursday, March 24, 2011

Kualiti da'i Siri 3



Assalamu'alaikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Di dalam siri kali ini dan akan datang izinkan saya untuk berkongsi kualiti yang perlu pada da'i ilallah: Cinta kepada Allah dan RasulNya Melebihi dari Cinta kepada Diri Sendiri, Keluarga dan Harta.

3. Cinta yang mendalam kepada Allah dan RasulNya akan menggerakkan seseorang untuk bekerja, membuatkannya sangat puas dan sentiasa bersedia untuk bekerja membangun deen Allah SWT.

Baginda SAW telah bersabda:

“Tiga perkara yang mana jika seseorang itu mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan (kepuasan) iman, iaitu Allah dan RasulNya kebih dicintainya dari yanng lain, kecintaannya pada seseorang hanyalah kerana Allah dan kebenciaannya terhadap kufur sebagaimana kebencian dicampakkan ke dalam neraka.”
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkara ini bukanlah suatu teori tetapi adalah satu realiti bagi mereka yang sepenuhnya menumpukan perhatiannya berkhidmat untuk Allah dan menyampaikan risalahNya. Seorang tabi’in, Sa’id ibn Jubair telah berkata:

“Kami merasai kebahagiaan yang mana kalau raja mengetahui, nescaya dia akan memerangi kami untuk mendapatkannya.”

Kita lihat bagaimana Allah menyifatkan mereka yang mendahulukan Allah dan RasulNya sebagai fasiq:

Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah:24)

Fasiq kadangkala membawa makna kufur tetapi di sini tidak sampai ke tahap itu, iaitu sekadar menandakan perbuatan yang salah dan melanggar batas-batas Islam.

Pernah Baginda SAW telah bersabda kepada sahabatnya, termasuk Saidina Omar r.a., yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang jika aku tidak dicintai melebihi dirinya, anaknya dan semua manusia yang lain.” Lantas jawab Saidina Omar r.a.: “Ya Rasulullah, aku mencintaimu lebih dari anak, keluarga kecuali diriku.” Sabdanya: “Termasuk dirimu juga.” Jawab Saidina Omar r.a.: “Ya, sekarang aku akan memasukkan diriku.” Sabdanya lagi: “Sekarang baru kamu betul.'

Kesimpulan
Merasa puas bila melaksanakan kerja-kerja Islam ini mestilah didorong oleh kecintaan kepada Allah dan Rasul SAW. Justeru itu, seseorang itu akan tidak mudah jemu dan putus asa di dalam melaksanakan kerja yang maraton, sukar dan lambat ini.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...