Tuesday, January 13, 2009

wasiat2 kepada anggota HA_MAS & Kebangkitan Islam

Salam,

sdr2ku dalam Islam,

Marilah kita tanpa jemu-jemu membantu perjuangan Islam di bumi2 kita dan juga di bumi Palestine.

Isu Palestine adalah isu yang berkaitan dengan aqidah kita.

Dalam siri kali ini saya ingin berkongsi tulisan Sh Abdullah Azzam mengenai wasiat-wasiat kepada Anggota Ha_mas dan kebangkitan Islam. Ianya ditulis pada tahun 1412H lalu.

wasiat 1:
Kepada anda hendaklah menikhlaskan niat, perasaan yang benar dan menjauhi riya'.

Wasiat 2:
Kepada hendaklah membaca al-Quran satu jz sehari.

Wasiat 3:
Hafazlah Al Quran setiap hari walaupun satu ayat

Wasiat 4:
Kepada anda hendaklah berzikir pagi dan petang

Wasiat 5:
Berterusanlah membaca zikir-zikir siang dan malam(al Mathurat), do'a-doa makan, perpakaian, keluar rumah, di masjid dan waktu tidur.

Wasiat 6:
Kuasailah tafsir2 kecil seperti jalalain, atau mukhtasar tobari dan juga riyadus salihin.

Wasiat 7:
Bacalah kitab Manhaj Haraki lil-seerah nabawiyah oleh munir Ghodban

Wasiat 8:
Bacalah kitab hayatus sohabah oleh Muhammad Yusuf Kandahlawi

Wasiat 9:
Bacalah kitab fiqh sunnah oleh Sayyid Sabiq

Wasiat 10:

Bacalah kitab iman, rukun-rukunnya dan perkara2 yang membatalkan iman

Wasiat 11:
Milikilah kitab tarikh islami oleh Ahmad Syakir

Wasiat 12:
Jgnlah anda membuang masa yang ada, perhatikanlah buku 2 Islam terutamanya Rasail Hasan Al Banna, keluarga Qutub, Said Hawa, Mustafa Masyhur, Al Qardhawi, Fathi Yakan, Maududi, Muhamad Abu Faris, Ahmad Naufal, Muhammad Ahmad Ar Rasyid dan Jasim Muhalhal.


Wasiat 13:

Peliharalah anggota badan dari maksiat nescaya Allah akan memelihara anda dengan kecergasan dan kekuatan.

Wasiat 14:

Janganlah anda mencari teman kecuali yang mukmin dan tidak makan bersama-sama orang yang bertaqwa.

Wasiat 15:
Hindarilah dari perkara-perkara yang haram khasnya wanita.

Wasiat 16:

Hendaklah anda tidur awal dan bangun awal serta tida ktidur selepas Subuh.

Wasiat 17:

Kepada anda hendaklah bangun qiyamullail


Wasiat 18:

Tanamkan niat untuk jihad dan bersedialah untuknya dan mengambil bekalan untuknya.

1 comment:

JHaZKiTaRo said...

moga Allah bersama2 dgn org2 beriman.. amin.. anyway, salam dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog.. :)

`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani