Apakah saranan Allah kepada kita?

Salam wbth,
Selamat tahun baru 1430H.

Maaf kerana sekian lama tidak menulis. Insha Allah sempena tahun baru Hijrah 1430 ini, akan cuba untuk istiqomah menulis berkongsi bahan. Perkara yang nak dikongsi kali ini ialah petikan surah An Nisak ayat 114.

Firman Allah SWT:

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. dan barangsiapa yang berbuat demikian Karena mencari keredhaan Allah, Maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar.

Saranan Allah SWT yang pertama ialah: Kita perlu galakkan bersedekah dan berinfak bagi memajukan institusi Islam.

Nabi SAW bersabda:
Apa yang kamu makan, habis. Apa yang kamu pakai akan lusuh, apa yang kamu sedekahkan itu akan tinggal bersama kamu.
Maksud hadith
Tentang bersedekah ini kena saling ingat mengingat sesama Mukmin. Perlu galakkan bersedekah
Saranan ke-2: Perlu jalankan kerja2 maaruf dengan melaksanakan syara’ semua sekali dan tinggalkan perkara2 yang tidak syara.
Saranan ke-3: Perlu jalankan kerja2 islah masyarakat.
Bentuk-bentuk islah ada banyak. Antaranya ialah kerja-kerja mengajar akidah yang sebenar. Usaha ini perlu dibuat sehingga kita dapat sampaikan akidah yang sebenar; yang dapat mengarah kehidupan kita. Setiap anggota masyarakat perlu diproses sampai mereka rasa rimas berada dalam suasana yang bukan islam/ tak syara. Aspek yang lainnya yang perlu Islah ialah aspek akhlak/syaksiah.

Kita tengok realiti hari ini, ramai minat dengan perjuangan Islam tetapi tertambat dengan kemewahan, masih terpengaruh dengan stail bergaya daripada bergerak kesana ke mari menjalankan kerja2 islah. Tidak sanggup membantu projek-projek Islam walaupun hanya perlu sumbang sedikit kesenangan kebendaan(maddi).

Hadith dari Abdullah ibn umar bahawa Rasul SAW bersabda:
` Sesungguhnya bagi hamba2nya dijadikan untuk membantu orang2 yang memerlukan, apabila mereka menghadapi kesusahan, mereka segera menghadapi hamba2 allah yang tersebut. Mereka itu orang2 yang aman dari azab Allah swt. ‘
Al -hadith
Ringkasnya kita perlu terjun ke dalam masyarakat dan mereka mendapat manfaat dari kita.

w/a

Comments

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH