A'lim Mujahid

Assalamu'alaikum wbth,

Shawwal pun sudah mula sampai ke penghujung. Syukur kepada Allah kerana masih memberi kita nikmat Iman, Islam dan kesihatan. Mudah-mudahan kita semua dapat menghayati Islam yang syumul ini seperti mana yang Allah kehendaki.

Kebanyakan kita sekarang ini sudahpun di penghujung semester. Sudah tentu masing-masing sibuk dengan tugasan, projek, ujian, dan persiapan peperiksaan akhir.

Cemerlang di dalam pelajaran adalah sebahagian daripada kerja dakwah kita. Kali saya ingin berkongsi satu kertas kerja oleh Dr. Umair Siddiqi bertajuk ‘alim mujahid . Kertas kerja ini disusun kepada pelajar Muslim hampir 20 tahun lalu.
Beliau mentakrifkan:
~ Alim - penguasaan terhadap ilmu pengetahuan
~ Mujahid - bekerja dan berjuang untuk ketinggian islam
Beliau ada menggariskan 5 kerja asasi kita sebagai pelajar Muslim.
· Teguh dalam aqidah
· Jernih dalam fikrah
· Cemerlang dalam akademik
· Aktif dalam da’wah
· Kerjaya adalah wasilah jihad
Huraian
1. Pada zaman saya belajar dulu, ramai pelajar-pelajar yang terlibat dalam dakwah dan tarbiah adalah pelajar cemerlang dalam kelasnya. Mereka menjadikan qudwah kepada rakan-rakan yang lain.
2. Jika kita corot dalam pelajaran, mengakibatkan orang lain negatif terhadap Islam. Hal ini perlu dielakkan. Jangan sampai dengan kesilapan dan kealpaan kita, menyebabkan orang lain menjauhi Islam.
3. Ustaz Ali Hashimi di dalam kitabnya Syakhsiyah Muslim menekankan agar para pelajar menguasai ilmu yang dipelajari sampai ke peringkat pakar dan dalam masa yang sama berusaha menguasai bahasa asing.
Kesimpulan
Marilah kita menghayati 5 ciri alim mujahid seperti yang dinyatakan di atas. Saya sudahi perkongsian yang tidak seberapa ini dengan sepotong hadith:
من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع

Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu, ia berada di dalam jihad pada jalan Allah hingga saat kembali ke rumah.
Ibnu Majah
Selamat menghadapi peperiksan akhir. Semoga Allah SWT bersama-sama kita semua.

Comments

Anonymous said…
masya ALlah..satu artikel ringkas..mudah dibaca...seronok menghabiskannya...terima kasih..

tapi masalah nyer..kebelakangan ini..ananyer hati teruk sangat...azan buat tak tau...khalaqat berat nak pie...dengan siswi semabng relaks jee..erm

doakan ana skit..suapaya ana dibantu ALlah...

tapi thanks..ana suka baca nih..tapi..pelik ahti ana tak atau kurang terkesan rasanya...
Anonymous said…
1. Doakan agar saya istiqomah utk berdakwah melalui blog.
2. Hati anta masih ada cahaya iman kerana dapat menyedari masalah diri. Semoga diberi kekuatan utk Allah utk keluar dari pertarungan dalaman tersebut.

w/a

Rgds:
A Salman

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH