Penekanan kita masakini

السلام عليكم ورحمةالله و بر كا ته

Sahabat/ah sekalian,


Matlamat kita yang jauh dan dekat perlu sentiasa tersemat di dalam diri kita di mana sahaja kita berada. Lebih-lebih lagi, dalam waqi’ hari ini, Islam berada dalam keadaan yang cukup gharib(asing).
Islam itu datangnya dagang, dan kembali dagang sepertimana ia bermula, beruntunglah mereka yang mengambil Islam semasa ianya dagang.
Maksud hadith


Matlamat kita yang hakiki (ghoyah) ialah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Manakala matlamat kita yang dekat ialah untuk melihat syariat Allah SWT tertegak di atas muka bumi ini.
Justeru itu, segala gerakerja kita mestilah menjurus kepada mencapai kedua-dua matlamat tadi.

Untuk mencapai matlamat di atas ummah yang ada perlu mengislah diri dan mengajak orang lain kepada deen Allah SWT. Agenda islah diri (aslih nafsaka) dan mengajak orang lain (wad’u ghaoruka) adalah adalah penekanan kita dewasa ini. Usaha ini akan kita teruskan sehingga kita dipanggil bertemu dengan Allah SWT.


Dalam kesempatan kali ini saya ingin menjelaskan agenda islah diri, yang perlu ummah kita bangunkan seperti mana yang pernah dijelaskan oleh Imam Al Banna di dalam risalah At-Taalimnya.


Sasaran kita untuk melahirkan peribadi yang memiliki 10 sifat(muwasofat) yang menjadi tonggak kepada pembangunan ummah Islam. Antaranya ialah:


a. Aqidah yang sejahtera(Salimul Aqidah)سليم العقيد ة
b. Ibadah yang betul (Sohihul ibadah)صحيح العبا د ة
c. Akhlak yang ampuh (Matinul khuluq)متين الخلق
d. Mampu berdikari(Qadirun ‘alal kasbi)قا د را على الكسب
e. Pemikiran yang berilmu pengetahuan(Musaqqaful fikri)مثقف الفكر
f. Kuat fizikal(Qawiyul jismi)قوي الجسم
g. Sentiasa bermujahadah diri(Mujahidun linafsihi)مجا هد لنفسه
h. Sistematik dalam urusan(Munazzamun fi syu unihi)منظم في شؤ نه
i. Menjaga masa(Harisun alal wa حريصا على الوقته (
j. Berguna kepada orang lain(Nafi’un lighairihi)نافعا لغيره

Sifat-sifat ini merupakan kualiti yang perlu kita difahami, dilalui secara sedar, dan seterusnya digarap sampai ke tahap keyakinan yang tinggi. Inilah yang cuba kita laksanakan sepanjang hayat dalam rangka mengislah diri kita, insha Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH