`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani
Friday, August 20, 2010
Muhasabah diri di sepertiga pertama Ramadan
1. Apa yang paling berharga yang boleh kita perolehi dari 1/3 pertama Ramadan kali ini? Pertanyaan ini penting kerana dari situ kita akan dapat gambaran yang jelas tentang prestasi saum kita. Jangan sampai ibadah saum kali ini ternyata tidak berbekas sama sekali.
Sabda Nabi:
Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadah malam tidak mendapat apa-apa dari ibadahnya kecuali berjaga malam.
HR Ibnu Majah
2. Di sepertiga pertama bulan Ramadan ini marilah sama-sama kita bermuhasabah pencapaian kita sepanjang bulan yang berkat ini.
Khalifah Umar ibnul khattab ra pernah berkata:
2.1 Senarai semak pencapaian kita kali ini:
Al Quranul karim
~Membaca berapa kali khatam dalam satu bulan?
~Murajaah hafalan: berapa juz?
~Menghafal: berapa rubu’?
Solat
~Solat subuh
~Selain subuh, tepat waktu?
~Solat sunat terawikh
~Solat sunat muakkadah : 12 rakaat
~Solat Dhuha
Pergaulan di bulan Ramadan
~Mempererat hubungan
~Menemukan sahabat baru
~Berkenalan dengan orang banyak
Di jalan Allah SWT
~Bantuan
~Terhadap tetangga dan kaum kerabat
~Tolong menolong, erat hubungan, kunjung mengunjung
~Di rumah wajah berseri , berbicara dengan lembut, menolong dalam hal ketaatan
Pengetahuan di bulan Ramadan
~Buku yang dibaca semasa bulan Ramadan
~Tafsir; nama surahnya
~Akhlaq terpuji semasa Ramadan
~Akhlaq terpuji yang diperolehi semasa Ramadan
~Akhlaq tercela yang dihilangkan selama Ramadan
Kedermawanan
~Projek kebaikan untuk umum
~Zakat fitrah
~ Sadaqah
3.0 Kesimpulan
Puasa yang efektif akan melahirkan peribadi-peribadi yang bertaqwa kepada Allah SWT.
“…..Apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan berbekallah dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah taqwa: dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)
Al-Baqarah : 197
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...
-
Bismillahir rahmanirrahim, Salam, Dalam sessi kali ini saya ini berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai pengajaran yang boleh dipetik daripad...
-
TAJUK : KUPASAN AHLIYAH AL WUJUB( اهلية الوجوب ) DAN AHLIYAH AL ...
-
poster program Antara peserta yang ahli panel Backdrop program
No comments:
Post a Comment