Thursday, February 18, 2010

Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 3

Assalamu'alaikum wbth,

Jika umat Islam kembali gemilang, kita perlu kembali kepada panduan asas yang diajarkan oleh Ar Rasul SAW kepada kita. Di dalam sesi kali ini saya ingin berkongsi faktor-faktor yang memenangkan kita ke atas golongan al batil.

1.Iman
"...Dan Kami berkewajiban menolong (memberi kemenangan terhadap) orang-orang yang beriman." (ar Ruum: 47)

"...Angkatan perangmu (orang musyrikin) sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu (musyrikin) sesuatu bahayapun, biarpun dia banyak dan sesungguhnya Allah berserta orang yang beriman." (al Anfaal: 19)

Kita mestilah membersihkan diri kita sebelum Allah memberikan kemenangan akhir. Jika kemenangan tidak tiba, kita mestilah merujuk kepada keimanan yang ada pada diri kita.

"Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada pada mereka" (ar Raad: 11)

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna yang kita hanya membersihkan diri kita tanpa masuk bertarung dengan pihak al Batil. Kita mesti juga masuk ke dalam medan(jihad) yang pelbagai kerana ini merupakan perintah Allah. Kita mesti menjalankan tugas kita kemudian menyerahkan kemenangan mengikut ketentuan Allah.

Di dalam kitab maza khosiral alam bi inkhitotil muslimin, oleh An Nadwi, Nabi SAW tetap teguh menyampaikan risalah Islam kepada msyrkt jahiliyah tanpa keraguan sedikitpun. Hal ini dapat kita lihat dari ucapan beliau di hadapan bapa saudaranya Abu Talib:

Ertinya: Wahai pakcikku, jika mereka letakkan matahari di kananku, dan bulan di kiriku, aku tetap tidk akan meninggalkan risalah ini sampai Allah memberikan kemenangan padaku atau aku mati membelanya.

Pengaruh iman sejati terhadap akhlaq seseorang

Jika iman telah berakar dlm hati seseorang, maka lahirlah contoh-contoh manusia yang luar biasa yang tinggi kemahuan, berakhlaq tinggi, Andaikata seorang beriman terjerumus ke dalam dosa, maka imannya akan memberontak dan mendesaknya untuk mengakui dosa yang dilakukannya, walaupun hal itu akan menyeretnya untuk menjalani hukuman berat di dunia demi untuk membebaskan diri dari kemurkaan Allah SWT dan siksa Allah di akhirat kelak.


2.Taqwa
Yang dimaksudkan dengan taqwa ialah perasaan takut kepada Allah dan azab-Nya, dengan itu sentiasa berhatl-hati agar tidak melakukan dosa.

Gabungan iman dan taqwa ini menjadikan seseorang itu walI Allah, bukannya sebagaimana tanggapan kebanyakan dari masyarakat Islam hari ini:

"Ingatlah, sesungguhnya wall-wall Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati, iaitu orang yang beriman dan bertaqwa." (Yunus: 62-63)

"...Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNya. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang mu'min: 'Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu (3000) malaikat yang diturunkan (dari langit)?' Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap siaga, dan mereka datang menyerang kamu ketika itu juga (dalam keadaan kamu sabar dan bersiap siaga), niscaya Allah akan menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda." (Ali Imran: 123-125)

Begitu juga, Saidina 'Umar r.a. telah berwasiat kepada panglima Islam Saad bin Waqqas untuk menakluk Iraq,

"Aku memerintahkan kamu untuk bertaqwa dalam setiap keadaan kerana taqwa kepada Allah adalah bekalan terbaik menghadapi musuh dan perancangan terbaik untuk berperang. Aku memerintahkan kamu dan yang bersama kamu untuk berhati-hati terhadap dosa kamu kerana dosa tentera kamu lebih bahaya terhadap kamu melebihi bahaya musuh. Pertolongan (Allah) terhadap muslim adalah kerana dosa musuh kamu. Jika tidak, kita tidak akan dapat menewaskan mereka kerana bilangan dan kekuatan mereka melebihi kita..."

"...Jangan melakukan ma'siyat ketika kamu di atas jalan Allah dan jangan katakan yang musuh penuh dengan (lebih banyak) dosa maka mereka tidak akan dapat mengalahkan kita walaupun kita berbuat dosa."

Oleh itu, kita tidak sepatutnya merasakan yang musuh lebih banyak dosa dari kita sebagai alasan untuk kita boleh melakukan dosa kerana boleh terjadi yang Allah akan menghantar tentera yang musyrik yang boleh mengalahkan kita, walaupun dosa kita tidak sebesar dosa tentera musyrik itu. Seperti mana yang telah berlaku ke atas Bani Israel di mana tentera Babylon yang menyembah berhala telah menguasai Bani Israel (yang ketika itu masih muslim tetapi dalam kelekaan) di Jerusalem dan membawa mereka (Bani Israil) balik ke Babylon sebagai hamba.

bersambung syarat ke-3: Menjadi Ansarullah

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...