Wednesday, February 24, 2010

Bagaimana kita berdepan dengan beza pendapat(ikhtilaf)?

Salam,

Shbt/ah yang dikasihi fillah,

Dalam coretan kali ini saya ingin berkongsi mengenai tatacara kita berbeza pendapat dengan orang lain.

Hal ini amat penting untuk menjaga keharmonian kita dalam menjalankan amal Islam. Dari segi etimologi ikhtilaf membawa makna tidak sepakat, tidak ada persamaan, saling bertentangan dan beza.

Realiti kini menyaksikan berlakunya ikhtilaf antara para pengikut mazhab, perselisihan antara para pengikut mazhad dan yang menentangnya, perselisihan antara ahli fikih dan orang-orang tasawuf, ikhtilaf antara jemaah islam dan akhir sekali ikhtilaf sesama ahli-ahli dalam jemaah Islam.

Fokus saya kali ini adalah nasihat berkaitan ikhtilaf antara jemaah Islam dan cadangan penyelesaiannya.


1.Wajib bagi seorang da’i untuk memahami dengan baik bahawa Islam ini bukan miliknya, bukan pula milik jamaahnya. Dan jamaahnya bukanlah jamaah muslimin, melainkan kita adalah jama’ah minal muslimin. Islam adalah pokok utama, sedangkan harakah islamiyah sekadar sarana.Maka, kita tidak boleh mendahulukan sarana di atas tujuan. Oleh kerana itu seorang da’i harus melihat kaum muslimin seluruhnya sebagai saudara baginya. Memuliakan yang tua, dan bersikap kasih sayang terhadap yang muda. Mencintai ‘ulama dan memuliakannya, serta tidak mengurangi peranan mereka. Menghargai setiap usaha yang dicurahkan oleh jamaah manapun dari jamaah-jamaah yang berjuang untuk Islam1.
2.Hendaklah seorang da’i tidak menambah beban khilaf di antara jamaah-jamaah yang sudah ada dengan menampakkan kesombongan dan fanatisme kelompok. Kerana hal ini hanya akan meyuburkan bibit-bibit permusuhan. Kita semua berada dalam pos-pos Islam, hendaklah kita mempunyai motto berikut:

`Bekerjasama dalam hal-hal yang kita sepakati dan saling toleransi terhadap hal-hal yang diperselisihkan.’

3.Ikhtilaf antara jamaah islamiyah dan cara atasinya2
Di negara-negara Islam, jamaah-jamaah Islam yang bergerak dalam dakwah kepada Allah tumbuh dengan suburnya mengibarkan bendera amar makruf dan nahi munkar. Semua gerakan ini patut dipuji dan disyukuri, kerana semua ini insha Allah dalam kategori jihad fi sabilillah. Akan tetapi ada kalanya antara sesama jamaah Islam ini terjadi perselisihan. Lalu sekarang ini bagaimanakah dapat kita menyesesaikan ikhtilaf ini? Terdapat dua (2) cara bagi mengatasinya:

Pertama: Menyatukan semua jamaah-jamaah ini
Jalan yang paling jitu untuk menghapus ikhtilaf antara mereka ialah dengan mempersatukannya dalam satu wadah jamaah. Tidak perlu dan efektif untuk wujudkan banyak jamaah jika tujuan masing-masing adalah sama iaitu:
a.Berkhidmat untuk Islam melalui penyebaran ajarannya
b.Dan menghapus sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Malangnya, walaupun ini merupakan solusi yang terbaik dan disukai oleh Islam, cara ini masih belum terbukti sampai ke saat ini.

Kaedah kedua: Medan ‘amal sangat luas bagi mereka yang mahu beramal dengan ikhlas

Jika wehdah antara jamaah-jamaah Islam masih belum wujud, maka wajib difahami bahawa medan ‘amal sangat luas bagi orang yang mahu beramal dengan ikhlas. Medan ini tidak pernah sempit bagi mereka yang berhajat untuk berkhidmat untuk Islam. Antara tanda keikhlasan bagi sesuatu jamaah ialah mereka merasa gembira apabila melihat jamaah yang lain beramal seperti mana yang mereka lakukan. Jika sekiranya mereka tidak suka jamaah lain beramal dan bekerja aktif untuk Islam, ini menandakan bahawa niat mereka tidak ikhlas. Jamaah Islam yang ada perlu berada dalam lingkungan penyatuan yang luas dan jauh dari segala bentuk perbezaan dan perpecahan. Anggaplah yang banyaknya jamaah Islam itu ibarat banyaknya kumpulan yang bersolat di masjid-masjid; dan seperti banyaknya halaqah-halaqah dan majlis-majlis zikir. Tidak ada apa masalah jika masing-masing berlumba-lumba dan menambahkan amal soleh.

Ringkasnya, marilah kita berlapang dada, teruskan beramal islam dengan ikhlas. Teruskan perlumbaan yang positif untuk mengajak insan-insan yang ada untuk kembali menghayati deen Allah di dalam kehidupan. Kerjasama yang positif dan objektif sesama kumpulan-kumpulan Islam yang ada patut dibuat dalam realiti ummat Islam ini yang amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar.

Ayuh, mari kita runtuhkan tembok pemisah yang sedia ada ini.


Rujukan:
1. Dr Abd. Karim Zaidan, As Sunan Ilahiyah, Qanun Al ikhtilaf
2. Dr. Yusuf Al Qardhawi, Fiqh al ikhtilaf
3. Dr. Abdullah Ibrahim At Tariqi, Seni beza pendapat: prinsip, etika dan kaedah mengelola perbezaan
4. Sh. Jum'ah Amin Abdul Aziz, Ad Da'wah, Qawaid wa usul

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...