Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 1

Assalamu'laikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Katakan anda seorang doktor dan dikunjungi oleh seorang pesakit. Apakah tindakan yang diambil? Anda bertanyakan tanda-tandanya, cuba mencari punca penyakit dan mengubati pesakit itu. Tetapi apa pula yang anda lakukan pada diri sendiri? Tidakkah anda mengambil langkah-langkah yang boleh mengelakkan dari terkena penyakit? Anda akan mengelak dari keadaan terpaksa mengambil ubat. Anda juga menjaga pemakanan dan menjauhi ancaman penyakit pesakit. Tetapi apakah itu semua dapat menjamin anda terselamat dari diserang penyakit? Tidak, kerana apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah SWT.

Perkara yang sama berlaku dalam masyarakat. Terdapat beberapa persamaan antara apa yang berlaku di dalam badan manusia dengan apa yang berlaku di dalam masyarakat. Masyarakat ditimpa penyakit, manusia pun ditimpa penyakit. Kedua-duanya memerlukan rawatan. Kadangkala setelah menerima rawatan, pesakit itu menjadi pulih, dan begitu jugalah sesebuah masyarakat. Manusia perlu mengambil langkah-langkah mengelakkan dari terkena penyakit. Keperluan yang sama juga terdapat pada sesebuah organisasi Islam.

Kita tidak dapat menghalang dari ditimpa fitnah. Itu adalah sebahagian dari ujian Allah SWT yang sememangnya menghendaki kita melalui fitnah dan kesusahan. Peranan kita ialah cuba mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak fitnah. Semuanya bergantung kepada Allah SWT.

Langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengelakkan fitnah ialah seperti berikut:

1.Memohon perlindungan Allah dari fitnah

Doa adalah sangat mustahak. Kita memohon perlindungan Allah dadri fitnah dan dari apa sahaja penyelewengan dari da’wah islamiyah. Telah berkata ‘Ammar bin Yasir r.a. apabila melihat bibit-bibit pertelingkahan di antara Mu’awiyah dan Sayyidina ‘Ali r.a.:

“A’udzubullahi minal fitan”
“Aku berlindung dengan Allah dari fitnah.”

Inilah yang kita lakukan untuk mengelak fitnah. Tetapi bila fitnah telah terjadi, kita perlu pula meninjau apa jua bentuk fitnahnya.

Bersambung....

Rujukan:

Kitab Al 'Awaiq karangan Muhammad Ahmad Ar Rasyid.

Comments

Maysarah Mansor said…
salam...minta izin copy ya, jazakallahkhairan

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH