Thursday, September 23, 2010

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 5

Assalamu'alaikum wbth,

Saya ingin mengucapkan ucapan yang sering diucapkan oleh para sahabat Rasulullah SAW di hari Eid iaitu `Taqqabbalallahu minna wa minka' bermaksud semoga Allah menerima amal saya dan amal anda.

Selain daripada melaksanakan perkara yang fardzu, kita digalakkan untuk melaksanakan banyak amalan sunat. Amalan yang sunat ini sebenarnya amat dituntut bagi menutup pintu ketamakan iblis. Iblis adalah musuh kita yang utama. Ia sentiasa berusaha agar kefardzuan yang kita lakukan agar berkurang atau hilang.

Saya ingin mengambil kesempatan buat sahabat/ah sekalian untuk meneruskan puasa sunat 6 Shawwal.

Diriwayatkan drpd Abu Ayyub Al Ansari ra, bahwasanya Nabi SAW bersabda:

`Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan enam hari bulan Shawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa(setahun)'

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyambung topik perbincangan kita yang berkaitan faktor yang boleh meningkatkan jiddiyah. Faktor kelima ialah:
Mengumpulkan wang yang cukup untuk pelbagai perancangan.


Kewangan bukanlah satu bahagian yang terpenting dalam da'wah. Akan tetapi ia akan banyak membantu kita untuk pelaksanaan sesuatu projek.

Di dalam seerah pun terdapat ramai sahabat dan sahabiah yang korporat yang membiayai perjalanan dakwah yang dibawa oleh Ar Rasul SAW. Antaranya ialah Saidatina Khadijah, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman Inbu Affan dan Saidina Abdurrahman Auf.

Bagaimana untuk mengumpulkan dana itu?

1. Melalui yuran keahlian.

2. Di samping yuran keahlian, boleh juga melalui pelaburan yang dibuat oleh ahli-ahlinya yang benar-benar mahir dalam bidang itu.

3. Begitu juga, jika ahli-ahli organisasi itu benar-benar serius akibat dari faktor-faktor yang tersebut di atas, mereka mudah menderma lebih.

Rumusan
Marilah sama-sama kita bina kekuatan dana ini untuk membantu menjayakan projek-projek ummah.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...