Monday, January 18, 2010

Tarbiah Islamiah: Satu tuntutan

Assalamu'laikum wbth,

Mungkin kita biasa terdengar ungkapan berikut iaitu:

`TARBIYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA, NAMUN DENGAN TARBIYAH SEGALA-GALANYA BOLEH TERCAPAI’

Hal ini amat penting bagi kita untuk memandang serius pentarbiyahan diri kita untuk menjadi insan soleh. Insan soleh ini pula adalah insan yang mampu menyolehkan orang lain yang ada di sekelilingnya.

Seseorang yang berada dalam proses tarbiah sepatutnya tidaklah hanya menggunakan waktu 1-2jam seminggu untuk mendapat tarbiah melalui wasilah halaqah. Dan ia menyangka dan mengharapkan dalam masa 1-2 jam itulah masa untuknya mendapat tarbiah dan diproses. Jika ia beranggapan demikian, maka ia silap. Amat sedikit sangatlah masa yang diperuntukan baginya mendidik dirinya dan jiwanya dikesani dengan biah tarbawiyah yakni 2 jam daripada 168 jam seminggu.

Justeru itu, penting bagi seseorang itu mempunyai kemampuan untuk mentarbiah dirinya sendiri. Antara aspek yang boleh seseorang lakukan merangka program hariannya, mingguannya dan bulanannya agar dapat diisi dengan hal yang bermanfaat. Inilah aspek yang disebut oleh Sh Muhammad Ar Rasyid di dalam kitabnya bertajuk al Masar di dalam bab 'Awamil Jiddiyah Fi Hayati Ad Du'ah.'

Dalam sesi kali ini, insha Allah saya ingin mengulangi kali yang ketiganya bahan-bahan dan amalan yang patut kita ilmamkan dalam diri kita. antaranya ialah:-

1:Kita hendaklah menikhlaskan niat, perasaan yang benar dan menjauhi riya'.

2:Hendaklah membaca al-Quran satu juz sehari.

3:Hafazlah Al Quran setiap hari walaupun satu ayat

4:Kita hendaklah berzikir pagi dan petang

5:Berterusanlah membaca zikir-zikir siang dan malam(al Mathurat), do'a-doa makan, perpakaian, keluar rumah, di masjid dan waktu tidur.

6:Kuasailah tafsir2 kecil seperti jalalain, atau mukhtasar tobari dan juga riyadus salihin.

7:Bacalah kitab Manhaj Haraki lil-seerah nabawiyah oleh Munir Ghodban.
8:Bacalah kitab hayatus sohabah oleh Muhammad Yusuf Kandahlawi.
9:Bacalah kitab fiqh sunnah oleh Sayyid Sabiq.
10:Bacalah kitab iman, rukun-rukunnya dan perkara2 yang membatalkan iman.
11:Milikilah kitab tarikh islami.

12:Janganlah anda membuang masa yang ada, perhatikanlah buku-buku Islam terutamanya Rasail Hasan Al Banna, keluarga Qutub, Said Hawa, Mustafa Masyhur, Al Qardhawi, Fathi Yakan, Maududi, Muhamad Abu Faris, Ahmad Naufal, Muhammad Ahmad Ar Rasyid dan Jasim Muhalhal.

13:Peliharalah anggota badan dari maksiat nescaya Allah akan memelihara anda dengan kecergasan dan kekuatan.

14:Janganlah anda mencari teman kecuali yang mukmin dan tidak makan bersama-sama orang yang bertaqwa.

15:Hindarilah dari perkara-perkara yang haram khasnya wanita.

16:Hendaklah anda tidur awal dan bangun awal serta tidak tidur selepas Subuh.

17:Kepada anda hendaklah bangun qiyamullail.

18:Tanamkan niat untuk jihad dan bersedialah untuknya dan mengambil bekalan untuknya.


Semoga bermanfaat dan tertingkat jiddiyah kita insha Allah.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...