Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 6(akhir)

Assalamu'laikum wbth,
siri akhir kali ini, saya akan mengutarakan PERKARA YANG MENGHALANG KEMENANGAN. Ianya ada dua iaitu:

1.Berpecah belah

"...Janganlah kamu berbantah-bantah, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu (lalu kalah) dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama yang sabar." (al Anfaal:46)

2.Riya' (Menonjol-nonjol diri) dan Ghurur (Tertipu dengan kebolehan sendiri)

Contoh ghurur ialah merasakan bahawa organisasinya merasa sudah cukup kekuatan maka organisasinya boleh menang dengan kekuatan itu. Manakala riya' pula ialah menonjol-nonjolkan bahawa organisasi inilah yang sedang berjihad, mengalami penderitaan bukan semata-mata kerana Allah tetapi untuk menunjuk-nunjuk kepada orangramai, dsb. Perbuatan ini boleh mendatangkan keburukan dari Allah kepada organisasi.


Penutup

Kita juga fahami bahawa pertolongan Allah hanya terhadap RasulNya, tenteraNya dan mu'minuun (bukan sekadar seseorang itu muslim).

Kita hendaklah merasai bahawa kejayaan dan kemenangan itu hanyalah dari Allah. Kita hendaklah mengerjakan langkah-langkah yang diperintah oleh Allah tetapi tidak berharap pada langkah-langkah tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Pengajaran daripada Surah Al Muzammil

KELEBIHAN DO'A RABITHAH