Thursday, February 23, 2012

Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 5

Prinsip yang seterusnya ialah menjadi masul itu adalah amanah (al ‘imaarah amanah)

Kita mestilah menjadi seorang yang amanah. Bagi sesiapa sahaja yang menerima masuliyyah dakwah ini, ia perlu sentiasa bertanya kepada dirinya;
i.Bagaimana seseorang itu dapat menjawab di hadapan Allah SWT terhadap apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.
ii.Apa yang telah ia lakukan?, apa kelemahan yang ada?,
iii.Adakah ia lakukan tanggung jawab itu dengan betul?

Semua soalan ini perlu difikirkan jawapannya.

Oleh kerana itulah, apabila hakikat ini difahami. Jika sekiranya kita terpilih bagi sesuatu masuliyyah, kita perlu sentiasa memohon kepada Allah SWT agar sentiasa membantu kita dalam melaksanakan amanah yang diberikan tadi.

Ar Rasul SAW bersabda:

ا ذ علية الا ما نة فا نتظروالسا عة

Apabila amanah diberi kepada orang yang tidak melaksanakannya, maka tunggulah satu berlakunya kiamat (kehancuran)

Para sahabat bertanya, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku wahai Rasulullah?

Ar Rasul SAW menjawab:
Apabila amanah ini dipikul oleh orang yang tidak layak. Ini merupakan antara tanda-tanda akan berlakunya kiamat.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...