Posts

Showing posts from November, 2013

Mujahadah adalah jalan ke arah hidayah dan taqwa

Jihad melawan hawa nafsu merupakan jihad yang berterusan dan perlu diutamakan kerana hal ini telahpun dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagaimana sabdanya yang bermaksud: أفضل الجهاد أن يجاهد الرجل نفسه وهواه “Seutama-utama jihad ialah orang yang berjihad terhadap hawa nafsunya dalam mentaati Allah ‘Azzawajalla.” Jihad melawan hawa nafsu terbahagi kepada empat bahagian: 1.Berjihad melawan hawa nafsu untuk mendapat hidayah (petunjuk) daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala - yakni berusaha dan berikhtiar untuk mendapat petunjuk daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala (petunjuk Allah ialah Islam itu sendiri). 2.Berjihad melawan hawa nafsu untuk melaksanakan ajaran Islam atau petunjuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam kehidupan kita setiap hari dalam pelbagai aspek. 3.Berjihad melawan hawa nafsu untuk menyampaikan Islam yang telah kita laksanakan itu kepada orang lain. 4.Berjihad melawan hawa nafsu untuk bersabar dalam menyampaikan Islam kepada orang lain. Jadi ada e