`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani
Saturday, November 30, 2013
Mujahadah adalah jalan ke arah hidayah dan taqwa
Jihad melawan hawa nafsu merupakan jihad yang berterusan dan perlu diutamakan kerana hal ini telahpun dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
أفضل الجهاد أن يجاهد الرجل نفسه وهواه
“Seutama-utama jihad ialah orang yang berjihad terhadap hawa nafsunya dalam mentaati Allah ‘Azzawajalla.”
Jihad melawan hawa nafsu terbahagi kepada empat bahagian:
1.Berjihad melawan hawa nafsu untuk mendapat hidayah (petunjuk) daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala - yakni berusaha dan berikhtiar untuk mendapat petunjuk daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala (petunjuk Allah ialah Islam itu sendiri).
2.Berjihad melawan hawa nafsu untuk melaksanakan ajaran Islam atau petunjuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam kehidupan kita setiap hari dalam pelbagai aspek.
3.Berjihad melawan hawa nafsu untuk menyampaikan Islam yang telah kita laksanakan itu kepada orang lain.
4.Berjihad melawan hawa nafsu untuk bersabar dalam menyampaikan Islam kepada orang lain.
Jadi ada empat peringkat jihad dalam melawan hawa nafsu ini yang mana apabila kita memperlengkapkan keempat-empat peringkat jihad ini maka barulah sempurna proses jihad kita melawan hawa nafsu ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...
-
Bismillahir rahmanirrahim, Salam, Dalam sessi kali ini saya ini berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai pengajaran yang boleh dipetik daripad...
-
TAJUK : KUPASAN AHLIYAH AL WUJUB( اهلية الوجوب ) DAN AHLIYAH AL ...
-
poster program Antara peserta yang ahli panel Backdrop program