Saturday, December 14, 2013

TAZKIYAH NAFS: JALAN MENDEKATKAN KEPADA ALLAH S.W.T


Dalam perjumpaan dengan Al Fadil Ust Abdul Hadi Osman baru-baru ini, beliau telah menyampaikan banyak pesanan. Antaranya aspek membersihkan jiwa kita. Menurut beliau tazkiyat al-nafs itu pada hakikatnya terdiri daripada dua perkara iaitu takhliah dan tahliah. Apa itu takhliah? Takhliah bermaksud membuang sifat-sifat tercela yang ada pada diri manusia. Apa itu tahliah? Tahliah pula bermaksud menghiaskan diri dengan sifat-sifat terpuji. Ringkasnya: Kedua-dua perkara penting ini dalam usaha kita melaksanakan kerja-kerja Islam.

Tuesday, December 10, 2013

Pemuda yang dikagumi Allah SWT

Ar Rasul SAW bersabda: `Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak ada padanya sifat sobwah'. Martabat: Hadith ini disahihkan oleh Shaikh Nasirudin Al Bani dalam kitab silsilah al hadith as shahihah Apa itu sobwah? Dalam kamus bahasa Arab, sobwah mempunyai beberapa pengertian. Antaranya •Bersifat keanak-anakkan; tak mau jadi dewasa •Tidak suka memikul tanggungjawab; dan suka menghabiskan masa dengan perbuatan yang sia-sia •Tidak dapat kawal emosi dan darah mudanya; menimbulkan masalah dan akibatnya memberi kesan buruk pada diri sendiri dan orang lain. •Suka menarik perhatian orang lain dengan melakukan perkara yang baru untuk menunjukkan kejantanan dan keberaniannya. Tatacara menangani sifat sobwah: •Usia remaja, jangan menutup diri •Melibatkan diri dengan syuyukh •Menziyarahi orang soleh dan ahli ibadah •Memilih sahabat yang soleh •Melatih diri dengan kerja-kerja bekerja, berusaha dan kemasyarakatan •Menanamkan muraqabatullah •Melakukan riyadah yang tarbawi Rujukan: Syarah hadith Arba’in Ruhiyah, ms 113

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...