Sunday, December 8, 2019

BERIKANLAH PERINGATAN


Firman Allah S.W.T. :

Bermaksud:

"Dan tetaplah memberi peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang-orang mukmin."
(Surah Adz Dzaariyaat : 55)

Ayat ini menjelaskan tentang orang yang akan mendapat manfaat daripada peringatan-peringatan. Keberkesanan peringatan adalah sifat mereka yang beriman dengan Allah S.W.T.

Peringatan terbahagi kepada dua:
1. Peringatan untuk diri.

Dalam konteks ini, setiap mas-ul perlu ingat selalu bahawa kerjanya adalah untuk fisabilillah. Kita berkerja tidak mengharapkan pujian daripada orang lain. Juga kita tidak menunggu ucapan terima kasih daripada sesiapa samada secara langsung atau tidak langsung. Kita perlu benar-benar ikhlas. Kita perlu sentiasa ingat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah S.W.T.


Bermaksud:

" Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar. "
(Surah Al Bayyinah: 5)

Kita perlu sentiasa sedar tentang matlamat dan risalah yang dibawa. Setiap perkataan, kerja dan langkah ke hadapan adalah kerana Allah S.W.T.. Setiap sumbangan yang ditabur adalah semata-mata untuk menjamin keselamatan di akhirat. Bukan bermatlamatkan duniawi. Peringatan seperti ini menjadikan jiwa kita bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah S.W.T., tanpa rasa jemu atau takut dikritik selagi mana kita berada dalam kebenaran.

2. Peringatan untuk orang lain.

Kita perlu faham bahawa kitalah yang perlu memikul tanggungjawab amar ma'aruf dan nahi mungkar. Setiap kumpulan atau masyarakat perlu ada baginya amir (pemerintah) yang menegakkan usaha amar maaruf dan nahi kemungkaran. Tugas menyeru kepada ma'aruf dan mencegah kemungkaran perlu dijalankan waktu seseorang itu masih hidup . Dia perlu memerintah diri sendiri agar melakukan amar maaruf dan nahi mungkar.

Termasuk dalam peringatan kepada orang lain ialah mengajak manu¬sia lain kepada kebenaran. Termasuk dalam peringatan kepada orang lain juga ialah berkumpul, bermesyuarat, memberi pandangan, berfikir untuk membangunkan din Allah S.W.T. agar din kembali berdaulat dalam segala aspek kehidupan

(Sedutan daripada majalah Al A'in)

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...