Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,
Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti seterusnya yang perlu pada da'i ilallah:iman yang mendalam(iman 'amiq)
8. Keimanan yang mendalam (al iman al amiq)
Keimanan yang mendalam amat penting bagi seorang da'i. Kita pada hari ini berada dalam realiti di mana Islam tidak berkuasa dan kekufuran bermaharajalela. Musibah yang menimpa umat Islam semakin bertambah. Golongan kafir mencengkam dan menguasai mereka. Golongan kafir menjadi kuasa besar dan menguasai umat Islam. Justeru itu, bagi seorang da'i, segala musibah dan fenomena ini tidak akan menggugat keyakinannya. Sebaliknya musibah ini menjadi pendorong kepadanya untuk meningkatkan lagi usaha memartabatkan kalimah Allah dan mencari jalan penyelesaian bagi memulihkan nasib yang menimpa umat Islam. Da'i Islam mestilah menanamkan di dalam fikiran mereka akan pesanan Ar Rasul SAW yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Sa'id Al Khudri, katanya:
Kata Rasullah s.a.w.;
Dajjal akan mendatangi suatu kaum, kemudian mereka mengikuti Dajal. Lalu Dajal memerintahkan langit supaya menurunkan hujan bagi mereka. Dajal juga menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Dajal juga mampu menyuruh angin untuk bertiup dan sebagainya.
Ini memperkukuhkan lagi kepercayaan Dajjal bahawa dirinya adalah tuhan. Maka, ramai yang menjadi pengikut Dajal oleh kerana kelebihan tersebut. Kelebihan Dajah seterusnya ialah dia mampu membunuh seorang pemuda. Setelah itu, pemuda itu dihidupkan kembali.
Disebutkan juga dalam hadith ketika Dajal terhalang dari memasuki Mekah dan Madinah. Lalu
dia berhenti di sebuah tempat yang dekat dengan Madinah. Pada ketika itu, keluarkan seorang
pemuda yang terbaik pada zaman tersebut.
Lalu pemuda itu berkata ;
"Aku bersumpah sesungguhnya engkaulah Dajal yang diceritakan oleh Rasullah s.a.w dalam hadithnya. Maka, pemuda ini tahu bahawa dia itu adalah Dajal. Lantas mengikari dengan hebat".
Lalu Dajjal berkata kepada pengikutnya dan kepada orang yang berada pada tempat tersebut;
Bagaimanakah kalian kalau pemuda ini aku bunuh, kemudian aku hidupkan kembali. Adakah kalian akan ragu berkenaan hal ini? Adakah kalian ragu akan ketuhananku?
Orang-orang menjawab;
"Tidak!".
Kemudian, dibunuhnya pemuda ini oleh Dajal. Setelah itu dihidupkan kembali. Setelah itu, apa komen pemuda ini? Pemuda ini berkata;
"Demi Allah, sesungguhnya aku lebih yakin bahawa engkau ini Dajal. Aku lebih yakin pada dirimu pada hari ini. Tidak ada lagi orang yang lebih yakin daripada aku bahawa diri engkau adalah Dajal".
Jadi dengan ini, setelah dihidupkan kembali, pemuda ini bukanlah percaya kepada Dajal malah lebih mengingkari Dajjal dan mempengaruhi orang lain supaya tidak beriman kepada Dajal. Lalu Dajal ingin membunuh pemuda ini buat kedua kalinya tetapi dia tidak mampu.
Dalam hadith lain, Rasullah s.a.w menceritakan bahawa pemuda ini dibunuh dengan cara menggergaji sehingga tubuhnya terbelah dua. Kemudian Dajjal berjalan di antara kedua belah tubuh pemuda itu lalu berkata;
"Bangkit lagilah kamu!"
Lantas tubuh yang berbahagi dua itu bercantum kembali dan bangkit lagi. Setelah bangkit, pemuda itu berkata lagi;
"Aku tidak bertambah apapun berkenaan dirimu malah bertambah yakin bahawa engkaulah Dajal".
Kemudian Dajal ingin menyembelihnya untuk kedua kali. Akan tetapi dia tidak mampu melakukannya. Akhirnya dia mengambil tubuh pemuda itu dan dilemparkannya ke dalam api. Orang yang melihat peristiwa itu menyangka bahawa pemuda itu telah dihumban ke neraka. Padahal sebenarnya pemuda itu dilemparkan ke syurga. Dikatakan juga oleh Rasullah s.a.w bahawa pemuda itu dikurniakan syahid yang paling agung disisi Allah s.w.t.
Kesimpulan
Semoga kita semua dapat memiliki jiwa kental seperti sang pemuda yang berdepan dengan Dajjal tadi.
Bersambung...kesan keimanan yang mendalam dalam diri da'i..
Rujukan"
1. Usul dakwah, Dr Abd Karim Zaidan
2. http://www.encikshino.com/2010/05/kisah-usia-40-hari-dajal.html
`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani
Saturday, May 28, 2011
Sunday, May 15, 2011
Kualiti da'i Siri 7
Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,
Di dalam siri kali ini izinkan saya untuk berkongsi kualiti seterusnya yang perlu pada da'i ilallah:Kefahaman yang mendalam(al fahmu ad daqiq)
7. Kefahaman yang mendalam(al fahmu ad daqiq)
Kefahaman yang mendalam adalah inti penting bagi ilmu.
- Di antara isi pentingnya ialah mengapa kita didatangkan? bagaimana kehidupan di dunia ini berbanding dengan kehidupan di akhirat
Berbalik kepada mengapa kita didatangkan ke dunia ini. Terdapat tiga kategori manusia.
a. kategori manusia yang hidup untuk berseronok sahaja. Tidak lebih dari binatang ternak sahaja.
b. Kategori manusia yang hidup untuk berseronok dan membuat kerosakan untuk memerangi orang-orang yang beriman
c. Kategori manusia yang jelas akan tujuan hidupnya. Mereka ini yang menjual diri mereka kepada Allah SWT untuk mendapat redha-Nya. Kita ingin termasuk dalam ketegori yang ketiga.
Di antara ciri manusia yang jelas matlamat hidupnya:-
i. Jelas nilai dunia berbanding dengan akhirat. Mereka juga mengetahui peranan mereka di dunia ini.
ii. Mati adalah satu perkara yang pasti
iii.Sentiasa membandingkan di antara dua kehidupan
iv. Ilmu adalah untuk dilaksanakan
v. Jangan bertangguh untuk membuat kebaikan
Kesimpulan
Semoga dengan adanya kualiti ini, dapatlah kita menjadi manusia yang rabbani, yang dekat dekat Allah SWT.
Rujukan"
Usul dakwah, Dr Abd Karim Zaidan

Subscribe to:
Posts (Atom)
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...
-
Bismillahir rahmanirrahim, Salam, Dalam sessi kali ini saya ini berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai pengajaran yang boleh dipetik daripad...
-
TAJUK : KUPASAN AHLIYAH AL WUJUB( اهلية الوجوب ) DAN AHLIYAH AL ...
-
poster program Antara peserta yang ahli panel Backdrop program