Tuesday, January 31, 2012

Sirah Ketaatan Kaab bin Malik

Telah diriwayatkan bahawa Ka’ab bin Malik tidak pergi bersama-sama Ar Rasul SAW di dalam perang Tabuk. Ar Rasul SAW mengeluarkan arahan supaya memulaukan Ka’ab bin Malik. Sahabat-sahabat diarahkan supaya tidak menjawab salam Ka’ab. Apabila Ka’ab ditanya oleh Ar Rasul SAW mengapa dia tidak menyertai perang Tabuk, makan Kaab, menjawab: Bukannya saya tidak mahu pergi, tetapi saya tidak tahu mengapa saya tidak pergi.

Ka’ab memang benar-benar ikhlas, dia bercerita benar dan tidak mahu mencari-cari alasan-alasan yang boleh membebaskannya. Ka’ab telah dipulau selama 50 hari. Dalam hari-hari tersebut Ka’ab merasakan kepahitan dan keperitan yang amat sangat. Hati mana yang sanggup menghadapi keadaan sedemikian? Sahabat-sahabat yang terdekat pun tidak menjawab salamya. Suatu hari ia begitu kecewa dan ia memanjat tembok sebelah rumahnya dan ia berkata kepada jirannya: Wahai kamu, ingat aku tidak kasihkan Ar Rasul SAW? Jirannya menjawab: Allah dan Rasul lebih mengetahui.

Ka’ab menceritakan di hari-hari tersebut yang dialaminya. Dia merasakan seolah-olah kakinya tidak berpijak di bumi. Dalam hari-hari tersebut Ka’ab masih tetap ke masjid untuk solat berjemaah. Dia sentiasa menghadapkan wajah wajahnya kepada Ar Rasul SAW dan memerhatikan apakah Ar Rasul SAW memandangnya. Namun demikian, Ar Rasul SAW tidak memalingkan kepadanya. Ka’ab masih tetap bersabar. Pada suatu hari, Ar Rasul SAW mengeluarkan arahan kepada Ka’ab supaya merenggangkan sedikit daripada isterinya. Ka’ab terus bertanya: Apakah perlu saya terus ceraikan isteri saya? Jawab Ar Rasul SAW: tidak perlu. Ka’ab terus berkata kepada isterinya: Baliklah ke rumah ibu engkau wahai isteriku.

Dalam tempuh yang genting itu, datang pula seorang utusan dari Raja Ghassan membawa sepucuk surat mempelawa Ka’ab tinggal bersama mereka. Isi surat berbunyi: Wahai Ka’ab, kami mengetahui kedudukanmu sekarang. Datanglah kepada kami, nescaya kami akan melayanimu dan menjagamu. Ka’ab terus mencampakkan surat tersebut dan berkata: Ini suatu bala. Setelah 50 hari berlalu maka turunlah ayat Allah SWT memansuhkan hukuman tadi. Ka’ab dan sahabat-sahabat lain terus berkumpul di masjid. Mereka menangis dan berpelukan di antara satu sama lain dan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

Pengajaran:
1. Daripada contoh di atas dan banyak lagi contoh yang lain telah menampakkan betapa berjayanya tarbiah Ar Rasul SAW.
2. Sistem hari ini gagal melahirkan manusia rabbanidan insani.
3. Untuk mengubati masyarakat secara menyeluruh, maka perlulah kita kembali mengambil tarbiyah Islamiah yang telah dicontohkan oleh generasi awal yang pertama di madrasah Ar Rasul SAW.

Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 2

Prinsip yang seterusnya ialah kita perlu memanfaatkan masa, kesihatan dan kebebasan (freedom)

Ar Rasul SAW bersabda:

نعمتا ن مغبون كثير من النا س : الصحة والفر اغ
Maksudnya :

Dua nikmat yang sering manusia lupa iaitu sihat dan masa lapang.

Kita semua perlu sentiasa muhasabah sejauh manakah kita telah gunakan masa sihat dan masa lapang yang ada. Adakah kita gunakan nikmat ini untuk diisi dengan perkara yang bermanfaat. Perkara tambahan bagi nikmat yang lain ialah nikmat kebebasan, misalnya yang seperti yang kita kecapi di ekarang ini. Di sini, kita boleh bergerak melaksanakan tuntutan deen dengan menggunakan wasilah yang mashhru' dan diluluskan oleh undang-undang negara . Justeru itu, buatlah sebanyak yang kita mungkin semasa ruang kebebasan masih ada.

Wednesday, January 25, 2012

Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 1

MUQADDIMAH

Di dalam kita melaksanakan kerja dakwah Islamiah di mana sahaja, di sana terdapat panduan dalam aspek tsawabit dan mutaghayyirat. Yang termasuk dalam kategori yang tetap ialah perkara yang ada hubung kait dengan keimanan.

Antara prinsip-prinsip asas yang tetap dalam amal dakwah adalah seperti berikut:-

1. Kita mestilah sentiasa meletakkan akhirat di dalam kehidupan kita.

Kita hendaklah seolah-olah dapat melihat akhirat di depan mata kita.

Semasa perang Khandaq, baginda SAW membaca doa berikut:
اللهم لا عيش الا عيش الا خرة- فاغفرلاانصاروالمهاجرة

Ertinya:
Tidak ada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan akhirat, maka ampunlah dosa kaum Ansar dan Muhajirin.

Berdasarkan doa tadi, jelas kepada kita bahawa kita perlu sentiasa melihat semua aspek dalam kehidupan bagi mendapat redha Allah SWT. Prinsip penting ini kita tidak boleh pisahkan.

Ar Rasul SAW bersabda:

Tempat tinggal yang diberikan di dalam syurga oleh Allah SWT adalah jauh lebih baik daripada seluruh dunia dan seisinya.

Ar Rasul SAW bersabda lagi:

Perniagaan yang kamu lakukan dengan berjihad pada jalannya adalah baik daripada seluruh dunia dan seisinya.

Justeru itu kita perlu lihat segala sesuatu dari kaca mata akhirat.

Kita perlu mempastikan kefahaman ini sentiasa berlegar di dalam fikiran kita. Walaupun semasa kita membuat perancangan yang pada zahirnya tidak ada kaitan langsung dengan iman.

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...