Wednesday, January 25, 2012

Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 1

MUQADDIMAH

Di dalam kita melaksanakan kerja dakwah Islamiah di mana sahaja, di sana terdapat panduan dalam aspek tsawabit dan mutaghayyirat. Yang termasuk dalam kategori yang tetap ialah perkara yang ada hubung kait dengan keimanan.

Antara prinsip-prinsip asas yang tetap dalam amal dakwah adalah seperti berikut:-

1. Kita mestilah sentiasa meletakkan akhirat di dalam kehidupan kita.

Kita hendaklah seolah-olah dapat melihat akhirat di depan mata kita.

Semasa perang Khandaq, baginda SAW membaca doa berikut:
اللهم لا عيش الا عيش الا خرة- فاغفرلاانصاروالمهاجرة

Ertinya:
Tidak ada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan akhirat, maka ampunlah dosa kaum Ansar dan Muhajirin.

Berdasarkan doa tadi, jelas kepada kita bahawa kita perlu sentiasa melihat semua aspek dalam kehidupan bagi mendapat redha Allah SWT. Prinsip penting ini kita tidak boleh pisahkan.

Ar Rasul SAW bersabda:

Tempat tinggal yang diberikan di dalam syurga oleh Allah SWT adalah jauh lebih baik daripada seluruh dunia dan seisinya.

Ar Rasul SAW bersabda lagi:

Perniagaan yang kamu lakukan dengan berjihad pada jalannya adalah baik daripada seluruh dunia dan seisinya.

Justeru itu kita perlu lihat segala sesuatu dari kaca mata akhirat.

Kita perlu mempastikan kefahaman ini sentiasa berlegar di dalam fikiran kita. Walaupun semasa kita membuat perancangan yang pada zahirnya tidak ada kaitan langsung dengan iman.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...