Tuesday, April 10, 2012

Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 9

Assalamu'alaikum wbth,

Recap:

9. bersyukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat dan berterima kasih kepada orang yang telah berlaku baik kepada kita.
8. Tidak balas dendam.
7. Tawaduk(humbleness)
6. mengetahui hakikat kejahilan(jahiliyah) agar kita dapat elakkan diri darinya.
5. Menjadi masul itu adalah amanah (al ‘imaarah amanah)
4. segala nikmat adalah anugerah Allah SWT
3. Tajarrud dan Zahid
2. Perlu memanfaatkan masa, kesihatan dan kebebasan
1. Sentiasa meletakkan akhirat di dalam kehidupan kita.


Prinsip yang seterusnya ialah bersyukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat dan berterima kasih kepada orang yang telah berlaku baik kepada kita.

Prinsip ini memberi kesan yang besar kepada gerakerja kita di dalam organisasi. Contoh yang tinggi bagi kita di dalam ini ini ialah peribadi Ar Rasul SAW.

Ar Rasul SAW bersabda
افلا اكو نوا عبد ا شكو را

Ertinya:
Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur ?

Ar Rasul SAW tetap melakukan ibadah yang banyak walaupun baginda mengetahui yang semua dosanya telahpun diampunkan oleh Allah SWT, namun baginda tetap terus menerus bersyukur kepada Allah SWT.
Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT adalah perkara yang ada hubung kait dengan keimanan kita kepada Allah SWT.
Kesyukuran kita yang seterusnya ialah sentiasa berterima kasih kepada manusia yang telah menolong kita. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga. Misalnya apabila seseorang telah menolong anda, sekurang-kurangnya kita perlu mendoakannnya. Apabila seseorang melakukan kesalahan, pada kebiasaannya kita akan memberitahunya yang dia melakukan kesalahan. Mengapa pula apabila seseorang itu membuat kebaikan, kita tidak menghargainya, berdoa kepadanya dan memberitahunya?

No comments:

`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani