Monday, September 29, 2008

Amalan hari raya Eid Fitri

Salam,
Sahabat-sahabat sekalian,

1. Selamat menyongsong fajar satu Syawal. Semoga kita benar-benar meraih darjat taqwa.

Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamana wa siyamakum
2. Anjuran menghidupkan malam hari raya.
Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra. Daripada Ar Rasul SAW sabdanya:

Barangsiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya dengan mengharapkan redha Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hati matinya hati.
HR At Tobrani
3. Refresh adab dan amalan pada hari raya

a. Mandi, memakai wangian dan pakaian cantik
b. Makan sebelum keluar solat
c. Pergi solat hari raya
d. Mengambil jalan pergi dan pulang yang berbeza daripada masjid
e. Berhibur syar’i dan menjamu selera
f. Sunat ucap tahniah dan Taqabbalallahu minna wa minkum
g. Bertakbir
h. Menghidupkan malam hari raya.

Maaf Zahir Batin

Daripada
Abu Salman & keluarga

Friday, September 19, 2008

Menghidupkan 10 malam yang terakhir



Assalamu'alaikum wbth,


1. Menghidupkan malam Qadr mempunyai fazilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan.

2. Sebagai mana Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

3. Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini, menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu: menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil
Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.

4. Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.

Qiyamullail
Salat adalah bekal, dan bila dilakukan di keheningan malam, maka semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk pada Allah.
Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.

Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdzal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.
Dari Abu Umamah ra berkata: seseorang bertanya: Wahai rasulullah, do’a apakah yang paling didengar oleh Allah? Beliau menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib.’
HR Muslim
Doa pada waktu sujud itu amat penting, sebab waktu sujud adalah detik seorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu.
Dari Abu Hurairah ra. Bahawasanya Ar-Rasul SAW bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo’a (waktu sujud)
HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa I
Dari Abu Hurairah ra. Bahwasanya Ar-Rasul Saw bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan aku ampuni.
HR Bukhari dan Muslim
Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu. Andai kata diumumkan pada manusia: Siapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.
Rumah yang selalu digunakan untuk qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.

Hal yang dapat membantumu untuk melakukan qiyamullail ialah:

~Keikhlasan niat
~Memperkuat tekad
~Memperbaharui taubat
~Menghindari maksiat pada siang harinya
~Segera tidur
~Melakukan tidur siang hari
~Dan memohon bantuan dari Allah SWT.

Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan Cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.

Ubadah bin al-Samit berkata: Pada suatu malam ar-Rasul SAW keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.

Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.

Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: ‘ Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu.’

Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.

5. Malam…tanda-tanda dan waktunya .

Allah SWT menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah SWT menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainyaajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.

6. Ibnu umar ra. Meriwayatkan bahawa Ar-rasul SAW bersabda: Carilah ia( malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.

7. Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

8. Perkara utama yang sepatunya diingati ialah: Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo’a. Dengan menyebut:
‘ Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku.’
9. Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.

Penutup

Akhir kata, saya memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.

Wednesday, September 17, 2008

Sistem madrasah Ramadan



Assalamualaikum wbth,

Sistem madrasah Ramadan dan hadiah –hadiah lumayan. Antara amalan-amalan yang dianjurkan oleh kita ialah:
1.Bersolat secara berjemaah
2.Membaca al quran yang penuh keberkatan
3. Berusaha melakukan amalan yang berfaedah
4. Mengambil berat hal ehwal masyarakat melalui amalan yang soleh
5. Menafkahkan harta-harta yang halal yang Allah berikan kepada mereka
6. Beribadah malam hari dengan mengerjakan solat terwikh dan menghidupkan malam Qadr
7. Mengeluarkan zakat fitrah
8. Menghubungkan silaturrahim
9. Berdo’a kebaikan untuk diri sendiri, pasangannya, ibubapa, dan orang-orang mukmin

Pada setiap 10 hari dalam bulan Ramadan ada jadual dan perjanjian tamatnya setiap peringkat
daripada beberapa peringkat ujian, dan pada setiap peringkat diumumkan keputusan-keputusannya:-

1.Pada sepuluh hari pertama bulan Ramadan, diserahkan sijil rahmah
2. Pada pertengahannya iaitu sepertiga yang kedua diserahkan sijil maghfirah
3. Pada akhirnya, iaitu sepertiga yang ketiga diserahkan sebesar-besar sijil iaitu pembebasan daripada api neraka.

Rujukan:
Madrasah Ramadan, Dr. Muhammad Ali Dannawi

Thursday, September 11, 2008

Kefahaman mengenai Ramadan


Assalamualaikum wbth,

Sebulan di bulan Ramadan ini adalah seumpama suatu institusi. Di dalamnya kita akan lalui perbagai latihan, tarbiyah, pengalaman dan ujian. Di dalamnya banyak silibus yang perlu kita pelajari, banyak tutorial yang perlu kita buat, terdapat ujian dan peperiksaan yang perlu kita hadapi dengan perlu persediaan yang benar-benar mantap untuk kita memperolehi kejayaan di akhirnya.

Tidak sebarangan orang boleh lulus dalam institusi Ramadan ini. Ini disebabkan ia tidak memiliki kelayakan yang minimum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ia mungkin tidak dapat melaluinya dengan berkesan dan mungkin sukar untuk lulus. Ar-Rasul SAW bersabda:

‘Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi yang diperolehi hanyalah rasa lapar dan dahaga.’
HR An-Nasai dan Ibnu Majah

Jadi sebenarnya apakah kelayakan minimum itu? Allah SWT menentukannya di dalam firman-Nya Al-Baqarah: 183.

‘Wahai orang-orang yang beriman, difardzukan ke atas kamu puasa…..’

Prasyarat utama;


Ayat yang dibacakan tadi turun di peringkat madinah, iaitu selepas 15 tahun penurunan wahyu secara berperingkat-peringkat, yang mana pokok penekanannya adalah keimanan. Ini bererti pada peringkat ini sahabat-sahabat generasi awal telah terlebih dahulu dididik dengan ayat-ayat berhubung dengan keimanan. Di sinilah sebenarnya telah berjalan satu fasa yang cukup penting dalam sejarah kemanusiaan iaitu fasa pembinaan, dan pembangunan iman yang sangat intensif dan panjang (kira-kira 13 tahun di mekah dan 2 tahun di madinah) Dan ayat ini adalah perasmian pembukaan madrasah Ramadan setelah Allah mengetahui kemampuan generasi Islam itu untuk memikul kewajipan Ramadan.

Meneliti sejarah turunnya ayat puasa ini, menjelaskan kepada kita bahawa di sana terdapat satu prasyarat sebelum Allah menurunkan kewajipan puasa. Sebab itulah bila Allah SWT buka sahaja madrasah ini, mereka masuk dengan penuh persediaan. Mereka faham dan sedar akan tuntutannya, dan mereka benar-benar menghayati akan apa jua yang dikehendaki untuk mereka lakukan dan apa yang harus mereka tinggalkan di dalam institusi Ramadan ini. (bukan sekadar menahan lapar dan dahaga)

Graduan dari Madrasah

Hasil dari persediaan awal sebelum memasuki institusi ini dan dengan penuh kesungguhan mematuhi disiplin di dalam institusi ini, Allah akan kurniakan mereka kejayaan . Mereka graduate sebagai graduan yang memperolehi kejayaan yang cemerlang iaitu memperolehi sijil yang bergelar TAQWA sebagai bekalan sepanjang kehidupan mereka. Sebagaimana yang disebut dalam akhir ayat surah Al-Baqarah ayat 183 iaitu:


‘…..Mudah-mudahan kamu bertaqwa.’

Kini?

Institusi Ramadan ini terus juga datang dan pergi. Akan tetapi suatu persoalan yang besar yang perlu kita jawab ialah; Adakah kita ini merupakan mereka yang benar-benar layak untuk memasuki institusi ini?Jika belum layak, bilakah kita ini akan layak?

Menyedari hakikat ini, marilah kita membuat persediaan. Mudah-mudahan baki Ramadan yang ada pada tahun ini dapat kita habiskan dengan amalan yang dapat mendidik jiwa kita. Dengan itu selepas Ramadan ini pun kita akan berkekalan di dalam amalan kebaikan. Antara amalan yang boleh kita buat pada masa sekarang ialah menghidupkan sepuluh malam yang terakhir. Di mana di dalamnya kita mengintai-ngintai malam Qadr.

bersambung...Malam Qadr

Saturday, September 6, 2008

GENERASI AL-QURAN YANG UNIK

Assalamu'alaikum wbth,

Saya teringat kata-kata yang sentiasa diulang-ulang oleh veteran dalam dakwah & tarbiah setiap kali pertemuan dengannya iaitu :

` Kita adalah satu kaum yang diturunkan iman, sebelum diturunkan Al -Quran'.

Kata-kata ini adalah slogan yang diucapkan oleh generasi sahabat Rasul SAW dahulu. Generasi dahulu hebat kerana mereka ada ciri-ciri yang istimewa yang melayakkan mereka menjadi ustaziah al 'alam. Jika kita ingin jadi hebat, jadi berjaya; maka kita pun perlu mencontohi mereka.

Berikut saya kongsikan ringkasan pembacaan saya dari kitab Milestone karangan Sayyid Qutb. Semoga bermanfaat.


At one time, this message created a generation – the generation of the companions of the prophet SAW. No comparison in the history of Islam, even in the history of man. After this, no other generation of this caliber was ever again to be found.

We look therefore for some other reasons, and for this purpose we look at clear spring from which the first generation of Muslims quenched their thirst. Perhaps something has been mixed with that clear spring. We should look at the manner in which they received their training. Perhaps some changes have found their way into it.

[1] The spring from which the companions of the prophet saw drank was the holy Quran; only the Quran. As someone ask Aisha rha about the character of prophet Saw, she replied:

His character was the Quran’.
An-Nasai.
The holy Quran was the only source from which they quenched their thirst, and this was the only mold in which they formed their lives. This is the only guidance for them even though there are other civilizations or culture or science or schools such as Roman civilization, Persian civilization, Chinese and Indian Jewish and Christian were settled in the heart of Arabia. Thus we believe that this generation did not place sole reliance on the book of Allah for the understanding of their religion because of any ignorance of civilization and culture, but it was all according to a well thought out plan and method.


In fact Prophet SAW intended to prepare a generation whom pure in heart, pure in mind, and pure in understanding.

[2] There is another basic cause, which has operated in creating this difference. That difference is in THE METHOD OF LEARNING of this unique generation. They of the first generation did not approach the Quran for the purpose of acquiring culture and information , nor for the purpose of taste or enjoyment. None of them come to the Quran to increase his sum total of knowledge for the sake of knowledge itself or to solve some scientific or legal problem, or to remove some defect in his understanding.


He rather turned to the Quran to find out what Allah SWT has prescribed for him and for the group in which he lived, for his life and for the life of the group. He approached it to act on what he heard immediately, as a soldier on battlefield reads `todays bulletin’ so what he may know what is to be done. He did not read many verses of the Quran in one session, as he understood that this would lay an unbearable burden of duties and responsibilities on his shoulder. At most he would read ten verses, memorize them, and then act upon them, as reported by Abdullah bin Mas’ud.

This understanding, i.e. the understanding that INSTRUCTION IS FOR ACTION opened the doors to spiritual fulfillment and to knowledge.

Indeed, this Quran does not open its treasures except to him who accepts it with this spirit. The spirit of knowing with the intention to act upon it. It did not come to be a book of intellectual content, or a book of literature, or to be considered as a book of stories or history, although it has all these factes. It came to become a WAY OF LIFE. Thus Allah SWT imparted it to them in a gradual manner, to be read at intervals:

‘We have revealed to this Quran little by lithe so that you may recite it to people at intervals, and we revealed it gradually.’
17: 106


[3] The third cause is he would immediately cut himself off from JAHILIYYAH..
When he stepped into the circle of Islam, he would start a new life, separating himself off completely from his past life under ignorance of the divine law. He will look upon the deeds of his life of ignorance with mistrust and fear. With these feeling, he would turn toward Islam for new guidance, and if at any time temptations overpowered him, or old habits attracted him, he would become restless with a sense of guilt and would feel the need to purify himself of what had happened, and would turn to the Quran to mold himself according to its guidance.



Rujukan:


Maalim fit toriq, jil quran farid

Wednesday, September 3, 2008

RAMADAN BULAN AL QURAN

Assalamualaikum wbth,




Saudara saudari,

Orang-orang Muslim amat beruntung di dalam dunia sekarang ini kerana kita masih ada bersama-sama kita kalimah Allah di dalam bentuknya yang asal tanpa sebarang bentuk penyelewengan sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Walaupun kita ada bersama-sama kalimah Allah, akan tetapi kita tidak mendapat nikmat keberkatan-Nya. Al-Quran diturunkan kepada kita agar kita membacanya, memahaminya dan bertindak menurut panduan yang ada di dalamnya. Al-Quran didatangkan untuk memberi kepada

kita KEMULIAAN dan KUASA dan juga menjadikan kita KHALIFAH di

atas muka bumi ini.
Sejarah telah membuktikan bahawa apabila kita bertindak menurut panduan Al-Quran, kita akan berjaya menjadi IMAM dan pemimpin dunia. Akan tetapi kegunaan Al-Quran telah kita persempitkan serta kita bataskan dengan menyimpankannya di dalam rumah dengan tujuan untuk menghalau jin dan hantu. Dengan cara menuliskan ayat-ayatnya di atas kertas dan membuatnya sebagai tangkal yang digantungkan di leher atau direndamkan di dalam air untuk dibuat minuman dan dengan membaca pula isi-isinya secara membuta tuli supaya mendapat sedikit keberkatan. Sekarang ini kita tidak lagi mengambilnya sebagai jalan hidup atau panduan hidup.

Al-Quran adalah sumber segala kebaikan. Ia memberi segala faedah yang kita perlukan. Jika kita mencari daripadanya perkara yang remeh, dan hal yang tidak penting seperti menghalau jin atau hantu atau sebagai ubat batuk, demam, atau untuk mendapat kejayaan dalam sebarang kerja, maka kita akan mendapat benda-benda itu sahaja.

Terpulanglah kepada kita sama ada kita mengkehendaki dua titik saja dari lautan yang luas itu ataupun lebih. Lautan yang luas ini membawa maksud A-Quran sememangnya mampu memberi kita lebih daripada itu.

Katakan, jika seseorang itu mengambil kertas catatan rawatan yang disediakan oleh seorang doctor yang berkelayakan dan menggantungkannya di leher, apa yang akan kita katakana? Sudah tentu kita akan mentertawakannya dan menggelarkannya tolol. Kita perlu ingat bahawa catatan rawatan yang diberi itu adalah untuk semua jenis penyakit dan ianya disediakan oleh doktor yang ulung (iaitu Allah SWT sendiri) dan sudah tentu tiada siapa yang patut mentertawakannya. Malangnya tidak siapa pun yang cuba memahami bahawa catatan rawatan itu bukan untuk dibuat tangkal, akan tetapi yang perlu dibuat ialah menggunakan ubat-ubatan yang tertulis di dalamnya.

KEWAJIPAN UNTUK KITA MEMAHAMI AL-QURAN DAN MENGIKUTI KEHENDAK-KEHENDAK AL-QURAN




Apakah tanggapan kita terhadap seseorang yang mengharapkan kesembuhan daripada penyakitnya dengan hanya membaca buku mengenai perubatan? Sudah tentu kita menganggapnya sebagai orang yang gila. Malangnya kita memberi layanan yang serupa kepada kitab Allah yang diturunkan oleh Maha Penyembuh kepada kita sebagai ubat kepada segala penyakit kita. Kita juga mengharapkan semua penyakit kita sembuh dengan hanya membaca kitab Allah tanpa perlu menurut segala arahan yang diberikan oleh-Nya, ataupun menjauhi larangan yang ditetapkan-Nya serta mengelakkan diri dari segala bahaya yang diterangkan-Nya. Kalaulah begitu kita bimbang yang kita pun termasuk dalam kategori yang sama seperti orang yang tadi.

Jika kita menerima surat dalam bahasa yang tidak kita fahami, kita akan membawanya kepada orang lain yang memahami bahasa tersebut agar kita dapat memahami maksudnya. Kita akan merasa tidak senang, gelisah tanpa kita mengetahui dan memahami maksud surat tadi. Begitulah yang kita buat kepada surat-surat perniagaan kita kita kerana surat-surat ini akan memberi keuntungan yang segera kepada kita. Akan tetapi surat yang dihantar oleh Allah, yang menerangkan akan segala bentuk keuntungan sebenar kehidupan di dunia yang singkat ini kita ketepikan ia tanpa pula ataua langsung berniat untuk memahaminya. Kita langsung tidak membayangkan rasa tidak senang kita jika kita tidak memahaminya. Bukankah ini menjadi suatu perkara yang paling mengejutkan?


Rujukan:

Asas-asas Islam, Maududi

Monday, September 1, 2008

Kenapa hari ini kita tidak ghairah menambah ilmu?

Assalamualaikum wbth,


Semoga berada dalam keampunan Allah SWT,



Senario 1:~ Ghairah membeli buku fikrah


Dahulu semasa tahun 80an, kami ghairah membeli buku-buku fikrah walaupun harganya mahal, menggunakan elaun yg kecil pada masa itu untuk membeli buku-buku fikrah. Ada sahabat yang baru dapat fikrah mengatakan rasa hatinya pada masa itu,

`Ana nak allocate dlm 20% elaun ana utk beli buku2 fikrah. Dulu ana jahil. beli walkman, kasut baru dan baju berjenama.'

Senario 2:~ Ghairah merakam penyampaian
Dahulunya juga pada akhir 80an dan 90an kami ghairah merakam bahan2 penyampaian. Jika tidak rakam pun, kami tekun menyalin penyampaian word by word. Kami rakam guna kaset, walaupun harganya mahal. Then kita salin semula dalam bentuk kertas kerja. Dengan itu ilmu dan bahan berharga itu dapat diwarisi oleh generasi kemudian seperti yang ada pada hari ini. Zaman ini lebih mudah kerana adanya teknologi rakaman yang canggih seperti mp3.


Senario 3: Bahan bacaan yg muktabar.
Dulu kita cukup menjaga keaslian fikrah. Kita tidak membaca buku sembarangan. Ada sahabat pada peringkat awal tarbiyah langsung tidak membaca surat khabar selama dua tahun utk elak dari kecelaruan fikrah. Kita tidak boleh biarkan surat khabar yang membentuk fikrah kita. Hari ini pula kita terdedah kepada macam-macam bahan. Kita juga perlu pastikan bahan yang kita baca hanya yang dikarang oleh ulamak yang mu'tabar. Bahan hari ini banyak, namun kita tidak dapatnya dalam bentuk talaqqi daripada murabbi. Justeru itu bahan yang kita baca itu `dry'.



Ketiga-tiga senario di atas merupakan perkara yang perlu generasi baru perlu hidupkan agar fikrah kita sentiasa terjaga keasliannya. Semoga semangat menambahkan ilmu tidak hilang pada generasi baru kita.








Berikut dikongsi bersama pesanan Prof. Dr. Abd. Karim Zaidan mengenai amalan dan bahan-bahan bacaan yang perlu dibaca, dikaji dan diteliti kita semua pada masa kini:






  • Iman yang mendalam dalam hati, hubungan yang kuat dengan Allah melalui zikir yang berterusan, tilawah al Qur'an, solat malam, dan puasa sunat seperti tiga hari sebulan.

  • Pengkajian Tafsir seperli Tafsir Ibnu Katsir atau ringkasannya (mukhtasar), Fi Zilaal oleh Sayyid Qutb.

  • Pengkajian hadith seperti hadith empat puluh an Nawawiyyah.

  • Pengkajian fiqih seperti Fiqh as Sunnah oleh Sayyid Sabiq kerana seorang muslim hendaklah mengetahui deen Islam dan perundangannya. Supaya dengan itu, apabila individu itu memperkatakan sesuatu tentang Islam, perkataannya tidak lari dari ilmu Islam.

  • Pengkajian sirah seperti Sirah an Nabawiyyah oleh Abul Hassan an Nadawiyy dan Imtaa'a al Asma' Sirah al Makriziyy dalam bahasa Arab.

  • Pengkajian rasail oleh Imam al Banna seperti Mu'tamar Khomis(ke Lima), Risalah at Ta'alim, Usul 'Isyrin, dsb.

  • Pengkajian beberapa buku dari al Maududi seperti Mabaadi' Islam (Asas-asas Islam), Syihaadatul Haqq (Penyaksian ke atas Kebenaran) dsb.

  • Pengkajian buku oleh an Nadawiyy seperti Madza Khasaril 'Alam bi Inhitotil Muslimin (Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Muslimin).

  • Pengkajian buku oleh Sayyid Qutb seperti Mustaqbal Lihadza ad Deen (Masa Depan Islam), dsb.

Jadikan slogan kita dalam hal ini sebuah hadith:

"Manistawaa yaumahu fahuwa maghbun"

"Sesiapa yang dua harinya bersamaan (umpamanya tiada peningkatan di antara hari ini dan semalam), maka dia termasuk dalam golongan yang rugi."





DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...