Thursday, September 11, 2008

Kefahaman mengenai Ramadan


Assalamualaikum wbth,

Sebulan di bulan Ramadan ini adalah seumpama suatu institusi. Di dalamnya kita akan lalui perbagai latihan, tarbiyah, pengalaman dan ujian. Di dalamnya banyak silibus yang perlu kita pelajari, banyak tutorial yang perlu kita buat, terdapat ujian dan peperiksaan yang perlu kita hadapi dengan perlu persediaan yang benar-benar mantap untuk kita memperolehi kejayaan di akhirnya.

Tidak sebarangan orang boleh lulus dalam institusi Ramadan ini. Ini disebabkan ia tidak memiliki kelayakan yang minimum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ia mungkin tidak dapat melaluinya dengan berkesan dan mungkin sukar untuk lulus. Ar-Rasul SAW bersabda:

‘Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi yang diperolehi hanyalah rasa lapar dan dahaga.’
HR An-Nasai dan Ibnu Majah

Jadi sebenarnya apakah kelayakan minimum itu? Allah SWT menentukannya di dalam firman-Nya Al-Baqarah: 183.

‘Wahai orang-orang yang beriman, difardzukan ke atas kamu puasa…..’

Prasyarat utama;


Ayat yang dibacakan tadi turun di peringkat madinah, iaitu selepas 15 tahun penurunan wahyu secara berperingkat-peringkat, yang mana pokok penekanannya adalah keimanan. Ini bererti pada peringkat ini sahabat-sahabat generasi awal telah terlebih dahulu dididik dengan ayat-ayat berhubung dengan keimanan. Di sinilah sebenarnya telah berjalan satu fasa yang cukup penting dalam sejarah kemanusiaan iaitu fasa pembinaan, dan pembangunan iman yang sangat intensif dan panjang (kira-kira 13 tahun di mekah dan 2 tahun di madinah) Dan ayat ini adalah perasmian pembukaan madrasah Ramadan setelah Allah mengetahui kemampuan generasi Islam itu untuk memikul kewajipan Ramadan.

Meneliti sejarah turunnya ayat puasa ini, menjelaskan kepada kita bahawa di sana terdapat satu prasyarat sebelum Allah menurunkan kewajipan puasa. Sebab itulah bila Allah SWT buka sahaja madrasah ini, mereka masuk dengan penuh persediaan. Mereka faham dan sedar akan tuntutannya, dan mereka benar-benar menghayati akan apa jua yang dikehendaki untuk mereka lakukan dan apa yang harus mereka tinggalkan di dalam institusi Ramadan ini. (bukan sekadar menahan lapar dan dahaga)

Graduan dari Madrasah

Hasil dari persediaan awal sebelum memasuki institusi ini dan dengan penuh kesungguhan mematuhi disiplin di dalam institusi ini, Allah akan kurniakan mereka kejayaan . Mereka graduate sebagai graduan yang memperolehi kejayaan yang cemerlang iaitu memperolehi sijil yang bergelar TAQWA sebagai bekalan sepanjang kehidupan mereka. Sebagaimana yang disebut dalam akhir ayat surah Al-Baqarah ayat 183 iaitu:


‘…..Mudah-mudahan kamu bertaqwa.’

Kini?

Institusi Ramadan ini terus juga datang dan pergi. Akan tetapi suatu persoalan yang besar yang perlu kita jawab ialah; Adakah kita ini merupakan mereka yang benar-benar layak untuk memasuki institusi ini?Jika belum layak, bilakah kita ini akan layak?

Menyedari hakikat ini, marilah kita membuat persediaan. Mudah-mudahan baki Ramadan yang ada pada tahun ini dapat kita habiskan dengan amalan yang dapat mendidik jiwa kita. Dengan itu selepas Ramadan ini pun kita akan berkekalan di dalam amalan kebaikan. Antara amalan yang boleh kita buat pada masa sekarang ialah menghidupkan sepuluh malam yang terakhir. Di mana di dalamnya kita mengintai-ngintai malam Qadr.

bersambung...Malam Qadr

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...