Wednesday, September 3, 2008

RAMADAN BULAN AL QURAN

Assalamualaikum wbth,




Saudara saudari,

Orang-orang Muslim amat beruntung di dalam dunia sekarang ini kerana kita masih ada bersama-sama kita kalimah Allah di dalam bentuknya yang asal tanpa sebarang bentuk penyelewengan sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Walaupun kita ada bersama-sama kalimah Allah, akan tetapi kita tidak mendapat nikmat keberkatan-Nya. Al-Quran diturunkan kepada kita agar kita membacanya, memahaminya dan bertindak menurut panduan yang ada di dalamnya. Al-Quran didatangkan untuk memberi kepada

kita KEMULIAAN dan KUASA dan juga menjadikan kita KHALIFAH di

atas muka bumi ini.
Sejarah telah membuktikan bahawa apabila kita bertindak menurut panduan Al-Quran, kita akan berjaya menjadi IMAM dan pemimpin dunia. Akan tetapi kegunaan Al-Quran telah kita persempitkan serta kita bataskan dengan menyimpankannya di dalam rumah dengan tujuan untuk menghalau jin dan hantu. Dengan cara menuliskan ayat-ayatnya di atas kertas dan membuatnya sebagai tangkal yang digantungkan di leher atau direndamkan di dalam air untuk dibuat minuman dan dengan membaca pula isi-isinya secara membuta tuli supaya mendapat sedikit keberkatan. Sekarang ini kita tidak lagi mengambilnya sebagai jalan hidup atau panduan hidup.

Al-Quran adalah sumber segala kebaikan. Ia memberi segala faedah yang kita perlukan. Jika kita mencari daripadanya perkara yang remeh, dan hal yang tidak penting seperti menghalau jin atau hantu atau sebagai ubat batuk, demam, atau untuk mendapat kejayaan dalam sebarang kerja, maka kita akan mendapat benda-benda itu sahaja.

Terpulanglah kepada kita sama ada kita mengkehendaki dua titik saja dari lautan yang luas itu ataupun lebih. Lautan yang luas ini membawa maksud A-Quran sememangnya mampu memberi kita lebih daripada itu.

Katakan, jika seseorang itu mengambil kertas catatan rawatan yang disediakan oleh seorang doctor yang berkelayakan dan menggantungkannya di leher, apa yang akan kita katakana? Sudah tentu kita akan mentertawakannya dan menggelarkannya tolol. Kita perlu ingat bahawa catatan rawatan yang diberi itu adalah untuk semua jenis penyakit dan ianya disediakan oleh doktor yang ulung (iaitu Allah SWT sendiri) dan sudah tentu tiada siapa yang patut mentertawakannya. Malangnya tidak siapa pun yang cuba memahami bahawa catatan rawatan itu bukan untuk dibuat tangkal, akan tetapi yang perlu dibuat ialah menggunakan ubat-ubatan yang tertulis di dalamnya.

KEWAJIPAN UNTUK KITA MEMAHAMI AL-QURAN DAN MENGIKUTI KEHENDAK-KEHENDAK AL-QURAN




Apakah tanggapan kita terhadap seseorang yang mengharapkan kesembuhan daripada penyakitnya dengan hanya membaca buku mengenai perubatan? Sudah tentu kita menganggapnya sebagai orang yang gila. Malangnya kita memberi layanan yang serupa kepada kitab Allah yang diturunkan oleh Maha Penyembuh kepada kita sebagai ubat kepada segala penyakit kita. Kita juga mengharapkan semua penyakit kita sembuh dengan hanya membaca kitab Allah tanpa perlu menurut segala arahan yang diberikan oleh-Nya, ataupun menjauhi larangan yang ditetapkan-Nya serta mengelakkan diri dari segala bahaya yang diterangkan-Nya. Kalaulah begitu kita bimbang yang kita pun termasuk dalam kategori yang sama seperti orang yang tadi.

Jika kita menerima surat dalam bahasa yang tidak kita fahami, kita akan membawanya kepada orang lain yang memahami bahasa tersebut agar kita dapat memahami maksudnya. Kita akan merasa tidak senang, gelisah tanpa kita mengetahui dan memahami maksud surat tadi. Begitulah yang kita buat kepada surat-surat perniagaan kita kita kerana surat-surat ini akan memberi keuntungan yang segera kepada kita. Akan tetapi surat yang dihantar oleh Allah, yang menerangkan akan segala bentuk keuntungan sebenar kehidupan di dunia yang singkat ini kita ketepikan ia tanpa pula ataua langsung berniat untuk memahaminya. Kita langsung tidak membayangkan rasa tidak senang kita jika kita tidak memahaminya. Bukankah ini menjadi suatu perkara yang paling mengejutkan?


Rujukan:

Asas-asas Islam, Maududi

1 comment:

syafeeq said...

assalamualaikum akhi

ana mohd syafeeq, pernah join usrah bersama akhi di kmb, sekali dengan afif, hijaz dan nazmi. sekarang di uk. ana ada persoalan nak ditanyakan pada akhi. boleh ana dapatkan emel enta? emel ana: addawami@yahoo.com.sg

`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani