Saturday, November 29, 2008

Dakwah Fardiah : sifat da'i

Assalamu'alaikum wbth,

Motto kita ialah mendidik, berbakti dan berakhlak. Ketiga sifat yang disebutkan tadi adalah sifat mulia yang dianjurkan dalam Islam. Ianya juga sangat dipandang tinggi oleh masyarakat.
Dalam realiti di mana Islam begitu dagang, agak sukar untuk laksana ketiga-tiga sifat ini jika tanpa adanya jihad yang berterusan. Dakwah fardiah merupakan wasilah yang penting untuk mengatasi Islam yang ghurbah. Berikut dikongsi sifat da'i yang perlu ada bagi menjayakan dakwah fardiah. Antaranya:


1) Paling utama adalah ikhlas kepada Allah subhanahuwata’ala. Tanpa keikhlasan ini segala amalan akan sia-sia.

2) Merasai bahawa tugas da’wah amat besar. Ia memerlukan perhatian yang lebih dan sentiasa mengharapkan balasan daripada Allah Subhanahuwata’ala.

3) Bersikap bijak, berhati-hati memilih teknik pendekatan, memberi nasihat yang baik dan berbahas dengan cara yang ahsan (cara yang terbaik).

4) Bersikap lembut, berakhlak mulia, bersabar, dapat menahan diri dan tidak emosional terhadap segala kesulitan di jalan da’wah. Sentiasa menyerah diri kepada Allah Subhanahuwata’ala. Menjadikan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan orang-orang yang mengikuti baginda sebagai contoh ikutan.

5) Mengenali masyarakatnya secara menyeluruh. Mengetahui segala permasalahan dan aliran yang ada dalam masyarakat. Berusaha untuk memahami realiti orang yang dida’wahkan.

6) Seorang da’i mesti memiliki pemahaman terhadap din dengan mendalam. Sentiasa menimba ilmu agar pemberiannya kepada mad’u lebih sempurna. Kata pepatah Arab (bermaksud):

”Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan dapat memberikan sesuatu ”

7) Hendaklah mengkaji sirah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan sahabat-sahabat baginda yang mulia. Juga mengkaji sejarah Islam secara mendalam agar dapat dijadikan bekalan ketika berhadapan dengan permasalahan di jalan da’wah.

8) Hendaklah menghafal Al-Quran sesuai dengan kemampuannya agar dapat digunakan sebagai dasar-dasar da’wah. Kaedah da’wah dan penceritaan berdasarkan Al-Quran mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa manusia.

9) Dalam da’wah dan perbicaraan jangan hanya bersifat rasional sahaja. Bahkan perlu mempunyai unsur-unsur emosi. Ini kerana kekuatan sentuhan emosi sering dapat memberi kesan lebih mendalam kepada jiwa manusia melebihi sentuhan akal.

Thursday, November 20, 2008

Segala-galanya milik Allah

Salam,

Rakan-rakan yang dikasihi Allah SWT,

Sesungguhnya orang mukmin itu sentiasa beruntung. Sewaktu senang, dia beruntung kerana bersyukur kepada Allah Subhanahuwata’ala. Sewaktu susah, dia beruntung kerana bersabar.

Hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud:

“Sungguh pelik urusan orang mukmin, semua perkara baginya baik belaka, semua ini tidak didapati oleh orang lain kecuali orang mukmin: Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya, dan jika dia ditimpa kemudharatan, dia bersabar, maka itu baik baginya.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Sekiranya kita berada di dalam perjuangan Islam, maka kita akan berjaya. Justeru itu marilah kita tidak merasa berat di dalam menyumbang pada jalan Allah SWT.
Di dalam hal menyumbang ini saya terbaca satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Rahmat. Beliau berkata:
'Kadang kita rasa berat berinfaq, padahal harta kita dari Allah SWT. Kita terlalu berkira dengan tenaga dan waktu untuk berbuat sesuatu pada jalan Allah, padahal semua yang kita miliki berupa ilmu dan kemuliaan keseluruhannya juga berasal dari Allah SWT'
Ustad Rahmat Sang Murabbi

Wednesday, November 5, 2008

Kualiti ummah masa lalu

Assalamu'alaikum wbth,

Saya berkesempatan membaca kitab yang ditulis oleh Sh. Abbas Assisi bertajuk At-toriq ilal qulub. Beliau menjelaskan bahawa, pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman Basya Al-Qanuni, Sultan Turki, pernah diiklankan peluang kerja untuk menjadi seorang imam Masjid Istanbul. Syarat-syarat yang dicantumkan dalam iklan tersebut adalah:

1. Menguasai bahasa Arab, Latin, Turki, dan Persia
2. Menguasai Al-Qur'an, Injil, dan Taurat
3. Menguasai Ilmu Syariat
4. Menguasai Ilmu Alam, Matematik, dan mampu mengajarkannya
5. Pandai menunggang kuda, bermain pedang, dan berperang
6. Berpenampilan menarik
7. Bersuara indah.

Komentar:

1. Inilah format iklan untuk jabatan imam masjid, pada kurang lebih 400 tahun lalu. Kita mencatat bahwa syarat-syarat yang dicantumkan dalam iklan tersebut —walaupun sangat sulit, bahkan mustahil dipenuhi untuk ukuran sekarang— kala itu merupakan syarat yang biasa dan wajar. Islam ketika itu tengah mencapai masa puncak kejayaannya.

2. Tak ada dikotomi antara ilmu agama dan ilmu pengetahuan umum; tidak ada pemisahan antara ulama dan mujahid.

3. Dalam catatan sejarah ini terlihat bahwa jabatan imam masjid adalah jabatan prestij kerana peranan yang harus dimainkan sangat penting dalam penyebaran dakwah. Bila masyarakat Islam kita umpamakan dengan satu tubuh, maka sel tubuh pertama yang menjadi inti kehidupannya adalah masjid. Perhatian kaum muslimin terhadap masjid selalu adasepanjang sejarah keemasan Islam.

4. Kekuatan ruhani yang terpancar dari masjid itulah kekuatan yang berpengaruh demikian dalam pada kehidupan masyarakat. Kekuatan inilah yang membentuk akal dan perasaan mereka sepanjang masa.


Kesimpulan
Marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kita dengan kualiti-kualiti mereka agar Islam dapat sekali lagi menjadi mahaguru kepada sekalian alam.

MASA DEPAN ADALAH UNTUK ISLAM, HARI ESOK ADALAH UNTUK ISLAM

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...