Tuesday, January 13, 2009

wasiat2 kepada anggota HA_MAS & Kebangkitan Islam

Salam,

sdr2ku dalam Islam,

Marilah kita tanpa jemu-jemu membantu perjuangan Islam di bumi2 kita dan juga di bumi Palestine.

Isu Palestine adalah isu yang berkaitan dengan aqidah kita.

Dalam siri kali ini saya ingin berkongsi tulisan Sh Abdullah Azzam mengenai wasiat-wasiat kepada Anggota Ha_mas dan kebangkitan Islam. Ianya ditulis pada tahun 1412H lalu.

wasiat 1:
Kepada anda hendaklah menikhlaskan niat, perasaan yang benar dan menjauhi riya'.

Wasiat 2:
Kepada hendaklah membaca al-Quran satu jz sehari.

Wasiat 3:
Hafazlah Al Quran setiap hari walaupun satu ayat

Wasiat 4:
Kepada anda hendaklah berzikir pagi dan petang

Wasiat 5:
Berterusanlah membaca zikir-zikir siang dan malam(al Mathurat), do'a-doa makan, perpakaian, keluar rumah, di masjid dan waktu tidur.

Wasiat 6:
Kuasailah tafsir2 kecil seperti jalalain, atau mukhtasar tobari dan juga riyadus salihin.

Wasiat 7:
Bacalah kitab Manhaj Haraki lil-seerah nabawiyah oleh munir Ghodban

Wasiat 8:
Bacalah kitab hayatus sohabah oleh Muhammad Yusuf Kandahlawi

Wasiat 9:
Bacalah kitab fiqh sunnah oleh Sayyid Sabiq

Wasiat 10:

Bacalah kitab iman, rukun-rukunnya dan perkara2 yang membatalkan iman

Wasiat 11:
Milikilah kitab tarikh islami oleh Ahmad Syakir

Wasiat 12:
Jgnlah anda membuang masa yang ada, perhatikanlah buku 2 Islam terutamanya Rasail Hasan Al Banna, keluarga Qutub, Said Hawa, Mustafa Masyhur, Al Qardhawi, Fathi Yakan, Maududi, Muhamad Abu Faris, Ahmad Naufal, Muhammad Ahmad Ar Rasyid dan Jasim Muhalhal.


Wasiat 13:

Peliharalah anggota badan dari maksiat nescaya Allah akan memelihara anda dengan kecergasan dan kekuatan.

Wasiat 14:

Janganlah anda mencari teman kecuali yang mukmin dan tidak makan bersama-sama orang yang bertaqwa.

Wasiat 15:
Hindarilah dari perkara-perkara yang haram khasnya wanita.

Wasiat 16:

Hendaklah anda tidur awal dan bangun awal serta tida ktidur selepas Subuh.

Wasiat 17:

Kepada anda hendaklah bangun qiyamullail


Wasiat 18:

Tanamkan niat untuk jihad dan bersedialah untuknya dan mengambil bekalan untuknya.

Tuesday, January 6, 2009

Palestin o palestin

Salam wbth,

Marilah sama-sama mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel membedil dan membunuh rakyat Palestin di Gaza. Serangan yang bermula semenjak Sabtu, 27 Disember telah mengorban banyak nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda. Tindakan Zionis Israel membedil Gaza dan melancarkan serangan yang membabi buta terhadap rakyat yang sedang memperjuangkan bumi dan kehormatan bangsa amat mendukacitakan dan di luar batas keperimanusiaan.

Kita diseru dengan segenap kekuatan menolak dan menentang tindakan keji dan kejam Israel, diskriminasi dan konspirasi yang dilakukan kepada penduduk Palestin, khususnya di Gaza.
Kita diseru untuk:

1.Kepada segenap umat dan bangsa Arab dan Islam … mulai saat ini, bersegeralah membantu dan mendukung perjuangan warga Palestin, berkorban demi kesucian negeri Palestin; untuk melawan kebiadaban Zionis dan tindakan pembantaian yang kejam terhadap bangsa Palestin dengan jelas dan terang-terangan.

2. Kepada Persatuan Parlimen Arab dan Islam… harus bertanggungjawab terhadap peristiwa yang terjadi dan berdiri dalam satu barisan bersama umat dan membatalkan hal-hal yang berkaitan dengan kesepakatan perdamaian bersama musuh zionis.

3. Kepada pemerintah dan pemimpin Arab dan Islam.. hendaklah menunaikan tugas dan kewajibannya, seperti:

a. Berdiri tegak bersama umat dalam menolak perilaku zalim dan kejam zionis, dan memberikan bantuan untuk para penduduk di Palestin.

b. Memutus hubungan atau segala bentuk komunikasi langsung atau tidak langsung dengan zionis dan sekutunya.

c. Menerapkan semangat kesepakatan dalam negara Islam dan bersegera bersatu untuk mempertahankan bumi Palestin.

d. Memberikan bantuan segera kepada rakyat Palestin sama ada dari segi perubatan, kewangan, bekalan makanan, bantuan kemanusiaan dan ketenteraan dengan kadar segera.

Hendaknya Zionis teroris menyedari bahawa mereka tidak akan mampu membendung dan menghentikan semangat rakyat Palestin mempertahankan bumi mereka sedikitpun sebaliknya mereka akan mendapat kehinaan dan kehancuran.

Thursday, January 1, 2009

Apakah saranan Allah kepada kita?

Salam wbth,
Selamat tahun baru 1430H.

Maaf kerana sekian lama tidak menulis. Insha Allah sempena tahun baru Hijrah 1430 ini, akan cuba untuk istiqomah menulis berkongsi bahan. Perkara yang nak dikongsi kali ini ialah petikan surah An Nisak ayat 114.

Firman Allah SWT:

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. dan barangsiapa yang berbuat demikian Karena mencari keredhaan Allah, Maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar.

Saranan Allah SWT yang pertama ialah: Kita perlu galakkan bersedekah dan berinfak bagi memajukan institusi Islam.

Nabi SAW bersabda:
Apa yang kamu makan, habis. Apa yang kamu pakai akan lusuh, apa yang kamu sedekahkan itu akan tinggal bersama kamu.
Maksud hadith
Tentang bersedekah ini kena saling ingat mengingat sesama Mukmin. Perlu galakkan bersedekah
Saranan ke-2: Perlu jalankan kerja2 maaruf dengan melaksanakan syara’ semua sekali dan tinggalkan perkara2 yang tidak syara.
Saranan ke-3: Perlu jalankan kerja2 islah masyarakat.
Bentuk-bentuk islah ada banyak. Antaranya ialah kerja-kerja mengajar akidah yang sebenar. Usaha ini perlu dibuat sehingga kita dapat sampaikan akidah yang sebenar; yang dapat mengarah kehidupan kita. Setiap anggota masyarakat perlu diproses sampai mereka rasa rimas berada dalam suasana yang bukan islam/ tak syara. Aspek yang lainnya yang perlu Islah ialah aspek akhlak/syaksiah.

Kita tengok realiti hari ini, ramai minat dengan perjuangan Islam tetapi tertambat dengan kemewahan, masih terpengaruh dengan stail bergaya daripada bergerak kesana ke mari menjalankan kerja2 islah. Tidak sanggup membantu projek-projek Islam walaupun hanya perlu sumbang sedikit kesenangan kebendaan(maddi).

Hadith dari Abdullah ibn umar bahawa Rasul SAW bersabda:
` Sesungguhnya bagi hamba2nya dijadikan untuk membantu orang2 yang memerlukan, apabila mereka menghadapi kesusahan, mereka segera menghadapi hamba2 allah yang tersebut. Mereka itu orang2 yang aman dari azab Allah swt. ‘
Al -hadith
Ringkasnya kita perlu terjun ke dalam masyarakat dan mereka mendapat manfaat dari kita.

w/a

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...