Friday, March 9, 2012

Tsawabit imaniyah dalam amal Islami siri 7

7. Prinsip yang keenam ialah Tawaduk(humbleness)

Di sana sini, kebanyakan mereka yang kita jumpa di luar sana memiliki sekurang-kurangnya mempunyai ijazah, sarjana dan ke atas. Adakah ini merupakan kriteria bagi kita menilai seseorang? Jika kriteria inilah yang kita gunakan, kita akan berdepan dengan masalah yang besar. Jika kita letakkan status ijazah dalam neraca penilaian kita, bermakna kita telah hilang salah satu daripada prinsip keimanan kita.

Peringatan ini amat penting bagi kita yang datang belajar dan tinggal di sini. Hal ini tidaklah boleh kita jadikan sebagai kriteria pemilihan sahabat kita di dalam dakwah kita.

Seorang ahli zuhud, Muhammad bin Abdul Malik telah berkata:
Nama, ijazah, dan gelaran membuatkan amalan seseorang menjadi adalah fatamorgana (mirage).
Seseorang itu yakin yang dirinya lebih baik dari semua orang lain, hakikatnya ia tidak pun memiliki semua itu. Orang seperti ini hidupnya hanya mengejar gelaran. Dia akan gembira apabila dipanggil dengan gelaran tertentu seperti tuan, sayyid, Dr. atau sebagainya. Hal ini menyebabkan hatinya rasa tenang dan gembira.

Akan tetapi jiwa yang di dalamnya dipenuhi dengan iman tidak sekali-kali tertipu dengan gelaran-gelaran ini. Kita perlu mengingatkan kepada sahabat kita agar tidak tertipu dengan perkara ini dan menggunakannya sebagai kriteria. Kriteria kita, mestilah sejauh mana ilmu Al Qurannya, sejauh mana ilmu hadith yang diketahuinya, ilmu fiqh. Nilai ijazah dan gelaran janganlah dijadikan sebagai kriteria kita.

No comments:

`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani