HADIS
DHO’IF & PALSU: IMPAKNYA KEPADA MASYARAKAT
AWAM
Solehuddin Shuib, Amir Imran Abu
Yamin, Khairulazhar Samsudin, Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Dr. Mohd Farhan bin Md
Ariffin1
Jabatan Fiqh dan Usul, Akademik
Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Pusat Kajian Al-Quran &
Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
1Emel: farhan@umcced.edu.my, farhan.ariffin@ukm.edu.my
ABSTRAK
Hadith
merupakan sumber perundangan hukum Islam kedua selepas al-Quran, maka ia perlu
dipelihara dengan sebaiknya agar terhindar dari hadith yang dho’if dan palsu. Hari
ini penggunaan salah satu hadith yang ditolak iaitu hadith dho’if dan palsu
dalam kalangan masyarakat Islam agak berleluasa tanpa diketahui sumber asalnya
hadith tersebut. Justeru itu kajian ini
membincangkan pengenalan awal definisi hadith dho’if dan hadith palsu,
Menyelusuri sejarah dan mendalami pengkelasan hadith dho’if dan hadith palsu,
dan Impak hadith dho’if dan hadith palsu serta mengemukakan solusinya. Kesimpulannya, hadith mawdhu’
(palsu) adalah merupakan peringkat hadith dho’if yang paling buruk sebagaimana
yang telah kami jelaskan di atas. Tambahan pula, hukum meriwayatkan hadith
palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya dan akibatnya
akan dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak.
Kata kunci:
Hadis; Dho’if; Palsu
PENGENALAN
Selepas
kewafatan baginda Nabi Muhammad S.A.W., para sahabat mengambil berat terhadap
hadith-hadith dan sunnah-sunnah dari baginda sama ada ia berbentuk perkataan
atau percakapan (qawliy), perbuatan (fi’liy), perakuan Nabi Muhammad
S.A.W. terhadap kata-kata atau perbuatan para sahabat (taqririy), sifat
fizikal dan akhlak. Mereka bersungguh-sungguh dalam memahami, memelihara,
mengamal, mengumpul dan menyampaikan dari satu generasi ke generasi sahabat
yang lain secara teliti, terperinci dan cermat agar hadith itu bersifat sahih
dan terpelihara dari penyelewengan. Maka dengan itu, wujudnya ilmu yang berkait
rapat secara langsung dengannya disebut Ulum al-Hadith. Memandangkan tingkat
hadith merupakan sumber perundangan hukum Islam kedua selepas al-Quran, maka ia
perlu dipelihara dengan sebaiknya agar terhindar dari hadith yang dho’if dan
palsu. Ini juga adalah kerana kepatuhan kepada Nabi Muhammad S.A.W itu adalah
kepatuhan kepada Allah S.W.T. sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Nisa’,
ayat 80
مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ ۖ
Ertinya:
“Sesiapa mematuhi Rasul
maka dia telah mematuhi Allah.”
Pembahagian
hadith ada yang diterima atau ditolak. Hari ini penggunaan salah satu hadith
yang ditolak iaitu hadith dho’if dan palsu dalam kalangan masyarakat Islam agak
berleluasa tanpa diketahui sumber asalnya hadith tersebut. Ia perlu kepada
pengawalan, pemantauan dan diatasi secara tuntas agar tidak berlaku sebarang
penyelewengan fakta khususnya dalam menyandarkan ianya kepada baginda Nabi Muhammad
S.A.W. Masyarakat Islam perlu didedahkan dengan ilmu hadith agar boleh
mengetahui dan menilai status hadith yang boleh dan tidak boleh digunakan,
diamal serta disebarkan.
OBJEKTIF KAJIAN
(1) Memahami pengenalan awal definisi hadith dho’if dan
hadith palsu.
(2) Menyelusuri sejarah dan mendalami pengkelasan hadith dho’if
dan hadith palsu
(3) Impak hadith dho’if dan hadith palsu serta mengemukakan
solusinya.
DEFINISI HADITH DHO’IF DAN HADITH PALSU
Secara umum
hadith terbahagi kepada 2 iaitu hadith yang diterima (maqbul) dan hadith
yang ditolak (mardud). Fokus kertas ini adalah tertumpu kepada hadith mardud
berdasarkan 2 pembahagian lagi iaitu hadith dho’if dan hadith mawdu’. Secara
umum hadith dho’if ini adalah hadith yang lemah kerana di dalamnya terdapat
pelbagai unsur keraguan. Menurut pandangan Ibn Hajar dan Ibn Salah, hadith dho’if
adalah hadith yang sifat-sifat penerimaan atau syarat-syaratnya tidak memenuhi
kriteria mencukupi sepertimana yang ada pada hadith sahih dan/atau pun hadith
hasan. Ini bermakna periwayatnya tidak diketahui ataupun sifat periwayat tidak
seperti periwayat hadis sahih dan hasan, sanadnya tidak bersambung dan
kedapatan sanad yang cacat dari aspek belum akil baligh, tidak dikenali
orangnya, pelupa, fasik, pendusta, bukan beragama Islam dan sering melakukan
dosa. Hadith Dh’oif mempunyai beberapa tingkatan atau peringkat tertentu
bermula dengan[1]:-
(1)
Hadith
dho’if berat iaitu hadith palsu atau disebut juga hadith mawdu’. Ia mempunyai
ciri antaranya ia adalah hadith yang dicipta, direka dan diada-adakan
semata-mata serta disandarkan kepada Nabi Muhammad
S.A.W.
sedangkan hakikatnya ia bukanlah hadith. Sifat dan peribadi perawi adalah
fasiq, ahli yang bid’ah mukaffirah iaitu membawa kepada kekufuran dan jalur atau
rantaian perawinya adalah pendusta. Ini adalah salah satu daripada jenis hadith
dho’if di mana tingkatannya adalah yang paling terkebawah, paling buruk dan
teruk seperti pandangan yang dikemukakan oleh al-Khattabi dan Ibn al-Salah
berbanding hadith dho’if yang lain. Namun dinamakan hadith sebagai suatu
tempelak dan sindiran terhadap penciptanya. Ulama’ sepakat periwayatan hadith
palsu adalah haram.
(2)
Hadith
dho’if ringan merujuk kepada hadith di mana perawinya bersifat lemah (dh’oif)
yang berkemungkinan ringan dan perawi yang meriwayatkan hadith pula tidak
dikenali (majhul).
(3)
Hadith
mudha’af iaitu hadith yang mempunyai kedudukan agak tinggi berbanding yang lain
dalam kategori hadith dho’if. Statusnya menjadi perselisihan di kalangan ulama’
sama ada kategori dho’if atau hasan. Hadis dho’if masih dibolehkan tanpa
meyakini ianya dari Nabi Muhammad S.A.W. melainkan
terdapat sokongan daripada hadis lain yang lebih kuat kualitinya.
SEJARAH HADIS DHO’IF (LEMAH) HADIS MAWDU (PALSU)[2]
Dari
sudut bahasa, hadis bermaksud ucapan, pembicaraan,
atau cerita. Menurut para pakar hadis, hadis berarti segala ucapan, perbuatan,
dan keadaan Nabi Muhammad SAW atau segala berita yang bersumberkan dari Nabi Muhammad
SAW berupa ucapan, perbuatan, takrir (peneguhan kebenaran dengan alasan), serta
sifat-sifat Nabi Muhammad SAW. Segala perkataan, perbuatan, dan takrir Nabi
Muhammad SAW yang bersangkut paut dengan hukum, demikianlah para ahli usul fikh
mendefinisikan sebagai hadis. Dari segi sanad (jalan yang menyampaikan kita kepada matan hadis
atau rentetan para rawi yang menyampaikan matan hadis), hadis dikategorikan kepada
tiga bahagian, iaitu hadis sahih, hasan, dan dho’if.
Yang dimaksud dengan hadis lemah adalah hadis dho’if. Selain dari tiga
bahagian tersebut terdapat pula hadis palsu, yakni dikenal dengan hadis maudu.
Hadis maudu adalah sesuatu yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi
sesungguhnya itu bukanlah perkataan, perbuatan, atau takrir Nabi Muhammad SAW.
Mengenai titik permulaan munculnya hadis palsu, terdapat beberapa pendapat di
kalangan para ahli hadis. Ada yang berpendapat bahwa hadis palsu yang terdapat
pada masa lalu sudah muncul sejak zaman Rasulullah SAW. Salah seorang ahli
hadis yang berpendapat seperti itu adalah Ahmad Amin dalam Fajrul Islam. Namun,
mejoriti ahli hadis berpendapat bahawa hadis palsu muncul pada era kepemimpinan
zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib. Selain dari itu terdapat para hadis seperti
Dr Mustafa Siba’i, Dr
Umar Fallatah, dan Dr Abdul Shomad meyakini bahwa pemalsuan hadits bermula dari
terjadinya fitnah pembunuhan Kalifah Usman, fitnah terhadap
Ali dan Muawiyah, yang berlaku sekitar tahun 35 hingga 60 Hijriah. Timbulnya persoalan
tersebarnya hadis-hadis palsu adalah satu perkara yang amat membimbangkan dan
perlu sama-sama ditangani oleh kita semua terutamanya golongan yang diberikan
ilmu agama. Jika kita membaca buku-buku hadis, kita akan bertemu dengan
beberapa amaran daripada Rasulullah SAW tentang dosa mencipta hadis palsu dan
bahaya menyebarkan kata-kata yang bukan daripada diri Baginda SAW. Ini adalah merupakan satu tanda jelas bahawa
pemalsuan hadis akan berlaku selepas Baginda SAW wafat. Di antara hadis yang
jelas menyebutkan bahawa akan berlaku penipuan terhadap hadis-hadis Baginda SAW
ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahih Muslim[3]:
Maksudnya:
Akan
ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan
pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya
dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati
kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan
menjatuhkan kamu ke dalam fitnah.
Adapun dinyatakan permulaan pemalsuan hadis berlaku sekitar
tahun 40 Hijrah. Antara sebab utama penyebaran pemalsuan hadis adalah
disebabkan berlaku perteklingkahan serta perselisihan yang bermula sejak dari
zaman khalifah Uthman Bin Affan yang gugur syahid dibunuh oleh golongan
pemberontak. Antara punca -punca utama pemalsuan hadis adalah:
- Golongan yang terlalu zuhud
dengan ilmu tanpa ilmu sehingga daya ingatan mereka menjadi kurang dan
tidak dapat membezakan diantara hadis atau kata-kata orang lain. Mereka
tersilap lalu menyebut sesuatu sebagai hadis sedangkan ia sebenarnya bukanlah
hadis.
- Golongan ahli periwayat hadis yang tidak menghafaz
hadis-hadis. Maka apabila sesuatu berlaku berkaitan hadis yang mereka nyatakan
maka golongan tersebut mereka tidak dapat mengingati dengan tepat apakah hadis
yang telah mereka catatkan.
- Terdapat juga golongan yang tersalah meriwayatkan
hadis-hadis palsu, tetapi setelah ditegur mereka sombong dan enggan menarik
balik kata-kata mereka.
- Golongan yang taksub dengan mazhab masing-masing dan
mencipta hadis-hadis palsu untuk menguatkan dan memenangkan mazhab mereka.
Golongan ini adalah mereka yang dinyatakan oleh Ali AlQari
sebagai golongan yang menjadi sumber datangnya hadis-hadis palsu. Dapat kita
lihat dengan jelas bahawa ada diantara golongan yang disebutkan oleh Ali AlQari
yang sememangnya jahat dan ada juga yang jahil atau tersilap.
PENGKELASAN HADIS DHO’IF
Terdapat 2
kategori di dalam hadith dhaif yang telah dibahagikan oleh para ulama’iaitu dho’if
pada sanad dan juga dho’if pada matan. Hadith yang dikategorikan sebagai hadith
yang dho’if pada sanad ialah terputus sanadnya samada banyak ataupun sedikit,
sengaja mahupun tidak, terputus pada awal, pertengahan atau akhir sanad ataupun
wujudnya ‘ilah yang menjejaskan sesuatu hadith. Hadith yang dikategorikan
sebagai dhaif pada matan pula ialah hadith yang mempunyai keraguan atau
kelemahan dari sudut matannya.
DHO’IF PADA SANAD
Hadith dho’if
pada kategori dho’if pada sanad terbahagi pula kepada dua iaitu terputus dengan
jelas dan terputus dengan sembunyi. Untuk hadith dho’if yang terputus dengan
jelas pula, pembahagiannya adalah seperti berikut :
1. HADITH MU’ALLAQ
Hadith ini terputus ataupun hilang sanadnya pada permulaan
ataupun awal sanadnya, samada seorang atau lebih. Sebagai contoh, sebuah hadith
yang terus disandarkan kepada Rasulullah, ataupun Cuma disandarkan kepada
sahabat dan seterusnya kepada Rasulullah, ataupun disandarkan kepada tabi’in
dan selanjutnya sahabat terus kepada Rasulullah.
2. HADITH AL MUGHDAL
Hadith al Mughdal ialah hadith dho’if yang terputus padanya
sanad perawi secara dua tingkatan berturutan. Sebagai contoh, Imam Malik
berkata, Rasulullah bersabda, ataupun Imam Syafi’I berkata, Ibnu Umar berkata.
3. HADITH AL MURSAL
Hadith ini sanadnya terputus pada akhir sanad, samada seorang
perawi ataupun lebih. Sanad hadith ini terus disandarkan kepada Rasulullah
selepas tabi’in, tanpa menyandarkan kepada seorang sahabat.
4. HADITH AL MUNQATI’
Definisi hadith ini yang sering digunapakai ialah hadith yang
putus atau hilang sanad perawinya pada pertengahan, iaitu sebagai contoh hadith
yang diriwayatkan terus sanadnya kepada seorang sahabat dan Rasulullah tanpa ada sanad perawi seorang tabi’in.
Mengikut sebahagian pendapat yang lain, definisi hadith al Munqati’ ialah
hadith yang terputus sanadnya dengan apa bentuk sekalipun.
Manakala, untuk
hadith dho’if yang terputus sanadnya secara tidak jelas pula terbahagi kepada
dua lagi kategori, iaitu :
1. HADITH AL MURSAL AL KHAFI
Hadith yang diriwayatkan menggunakan perkataan “’an” atau
“qala”, seolah-olah hadith tersebut diambil secara langsung dari perawi yang
terdapat di dalam sanadnya, namun sebenarnya hadith tersebut di ambil dari
perawi yang lain.
2. HADITH AL MUDALLAS
Hadith al Mudallas ialah hadith yang terdapat di dalamnya
sesuatu ‘aib yang disembunyikan secara sengaja oleh perawinya. Hadith ini
mencakupi beberapa elemen di dalamnya seperti :
1. Tadlis al Isnad – kemungkinan seorang perawi itu pernah
bertemu dengan perawi yang meriwayatkan hadith, namun begitu hadith tersebut
tidak di dengar secara langsung darinya, ataupun perawi itu sezaman dengan
perawi yang meriwayat hadith tersebut, namun begitu tidak pernah bertemu atau
mengambil hadith tersebut darinya.
2. Tadlis al Taswiyah – perawi tersebut meriwayatkan hadith dari
perawi yang dho’if, yang kedudukannya berada di antara dua perawi yang tsiqah,
yang mana kedua-dua perawi tsiqah tersebut pernah bertemu.
3. Tadlis al Qatha’ – perawi tersebut mengucapkan perkataan
“haddathana” ataupun “sami’tu” dan selanjutnya diam. Kemudian setelah itu
barulah perawi tersebut menyebut nama perawi yang meriwayatkan hadith tersebut
seolah-olah beliau mengambil langsung darinya.
4. Tadlis al-‘Athaf – perawi tersebut mengaku mendengarkan
hadith yang diriwayatkannya itu dari dua perawi, namun sebenarnya hanya
mengambil dari seorang perawi sahaja.
5. Tadlis al Syuyukh – terdapat di dalam sanad nama perawi yang
sengaja disembunyikan identitinya, tidak dinisbahkan kepada nama dirinya atau
bapanya supaya tidak dapat dikenali dengan tujuan penyamaran.
Selain dari kedua-dua pembahagian
tersebut, terdapat juga hadith di dalam
kategori dho’if pada sanad yang berlaku disebabkan oleh
sesuatu ‘ilah, iaitu :
1. HADITH MANKLUB
Hadith ini telah terjadi pertukaran ayat ataupun sesuatu
perkataan samada pada matan mahupun pada sanad.
2. HADITH MUTHORIB
Satu hadith yang diriwayatkan melalui pelbagai periwayatan
yang sama kuatnya, namun begitu setiap periwayatan tersebut telah berlaku
percanggahan di antara satu sama lain.
3. HADITH MUDRAJ
Hadith ini telah berlaku penambahan pada matan ataupun
sanadnya
4. HADITH MUSAHAF
Hadith ini telah berlakunya pertukaran ayat ataupun kalimah
dari periwayatan yang asal akibat dari kesilapan dalam mendengar, mencatat,
membaca dan pelbagai lagi sebab-sebab yang lain.
DHO’IF PADA MATAN
Hadith yang dikategorikan sebagai dho’if
pada matan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori :
1. HADITH MAQLUB
Hadith pada kategori ini ialah hadith yang telah terjadi
suatu pertukaran pada ayat ataupun pada perkataan yang melibatkan pada sanad
mahupun pada matan.
2. HADITH MUDHTARIB
Kategori
hadith yang dirawayatkan melalui periwayatan yang lebih dari satu, dan sama
kuat. Namun begitu, berlaku percanggahan di dalam setiap periwayatan tersebut.
3. HADITH AL MUSHHAF
Hadith
ini pada matannya telah berlaku pertukaran pada kalimah akibat dari kesilapan
dalam mencatit, mendengar, membaca dan pelbagai lagi faktor-faktor yang lain.
4. HADITH MUDRAJ
Hadith
yang telah berlaku penambahan pada matan daripada ucapan perawi yang telah di
salah anggap sebagai sebahagian dari matan. Penambahan ini boleh berlaku pada
awal, pertengahan atau akhir sesebuah matan.
5.
HADITH MU’ALLAL
Hadith
yang terkandung di dalamnya kecacatan yang tersembunyi ( ‘illat qaadihah ),
yang hanya dapat dikesan oleh ahli-ahli hadith.
Selain
dari kedua-dua kategori hadith dho’if tersebut, iaitu hadith dho’if yang lemah
pada sanad dan matan, terdapat lagi dua kategori hadith yang dikira sebagai dho’if
juga, iaitu :
HADITH MUNKAR
Terdapat
dua tafsiran pada kategori hadith dho’if Munkar, iaitu :
1. Di dalam sanad hadith tersebut, terdapatnya perawi yang
memang dengan jelas adalah fasiq ataupun perawi tersebut sangat lemah pada
hafalan, ataupun perawi tersebut memang dikenal sebagai orang yang selalu salah
dalam meriwayatkan hadith. Sanad hadith tersebut adalah munfarid.
2. Hadith yang di dalamnya terdapat perawi-perawi yang
dikategorikan sebagai dho’if, dan periwayatan hadith tersebut bertentangan
dengan hadith-hadith lain yang periwayatannya mengandungi perawi-perawi
terpecaya (tsiqah).
HADITH SYAADZ
Hadith
pada kategori ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang
dikenali sebagai tsiqah, namun begitu, hadith ini bertentangan dengan hadith
yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang periwayatannya lebih kuat dari sudut
samada pada sanadnya, ataupun pada matannya.
HUKUM BERAMAL DENGAN
HADIS DAIF[4]
Sememangnya terdapat beberapa syarat bagi kita untuk beramal
dengan hadis daif ini menurut imam
Nawawi. Dan di antara syarat-syaratnya adalah seperti :
- Hendaklah dho’if itu bukan dho’if yang bersangatan.
- Hendaklah hadis dho’if itu bukan berkaitan dengan hukum
hakam, tetapi hanya berkaitan dengan kelebihan-kelebihan beramal. Jadi
sekiranya hadis dho’if itu membentuk satu hukum, ia tertolak.
- Tidak boleh meyakini bahawa hadis daif itu datang daripada Nabi
Muhammad SAW.
- Tidak boleh menyeru manusia beramal dengannya. Haram
hukumnya menyebarkan hadis dho’if dan kemudian menyeru manusia beramal
dengannya.
- Hendaklah hadis itu terhasil daripada hukum yang asal yang
telah sedia ada.
Contohnya, hukum mentaati ibu bapa adalah wajib berdasarkan
dalil dari al-Quran dan hadis sahih. Maka kelebihan mentaati ibu bapa termasuk
dalam kelebihan beramal, at-Targhib wat Tarhib. Ia mestilah terhasil daripada
hukum asal yang sabit daripada al-Quran atau hadis sahih. Sekiranya kelebihan
beramal itu membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh diterima. Untuk
membentuk hukum solat dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan, sebab itulah
Imam al-Nawawi sendiri menolak solat Raghaib sempena awal bulan Rejab kerana
tiada hadis Nabi s.a.w tentang solat Raghaib.
KESAN/IMPLIKASI DAN PENYELESAIAN
Hadis Maudhu’ adalah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w samaada perbuatannya, perkataannya, taqrirnya, sifat akhlaqnya
atau sifat semulajadinya, secara rekaan atau dusta semata-mata. Di dalam
penggunaan masyarakat Islam di negara kita, hadis maudhu’ disebut juga dengan
nama hadis palsu. Kesan hadis maudhu’
merosakkan akidah umat Islam, merosakkan amalan syariah umat Islam, merosakkan
akhlak umat Islam, merosakkan pendirian umat Islam dan mengabaikan hadith
sahih.
KESAN HADIS MAUDHU’ BAGI UMAT ISLAM ADALAH SEPERTI
BERIKUT[5].
a. Merosakkan aqidah umat Islam
Unsur-unsur yang terdapat
di dalam Hadith Palsu mencemarkan kemurniaan agama, seperti hal akidah.
Contohnya :
“Jika seseorang kamu berbaik sangka dengan batu nescaya ia
akan memberi manfaat kepadanya.”
Berdasarkan hadith palsu
ini, masyarakat akan terikut-ikut menyimpan benda-benda khurafat sebagai
pembawa manfaat buat dirinya dan ahli keluarganya. Tidak hairanlah jika masih
ada orang-orang tua yang masih menyimpan benda-benda yang karut.[6]
b. Merosakkan amalan syariah
umat Islam
Kebanyakan hadith palsu menceritakan
fadhilat-fadhilat yang melampau kepada orang ramai. Sehinggakan sekiranya kita
beramal dengan sesuatu amalan, maka kita akan mendapat fadhilat ini dan
itu. Contohnya, berkenaan dengan hadith
‘Fadhilat Solat Tarawih’. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda
apabila ditanya akan kelebihan solat tarawih dalam bulan Ramadhan. Antara
fadhilatnya adalah akan diampunkan dosa orang yang beriman sebagaimana
keadaannya yang baru dilahirkan, akan dikurniakan oleh Allah SWT pahala empat
puluh tahun ibadat pada malam kedua puluh enam, diangkat kedudukannya seribu
darjat di syurga dan lain-lain. Sekiranya, kita berfikir dengan akal yang
waras. Bagaimana mungkin dengan solat pada satu malam di bulan Ramadhan, akan
menyebabkan kita diampunkan dosa sehingga seperti baru dilahirkan? Hal ini
seolah-olah ingin menunjukkan bahawa ada jalan ‘Shortcut’ di dalam agama ini.[7]
c.
Merosakkan akhlak umat Islam
Di dalam akhlak pula,
hadith-hadith maudhu’ berkenaan bangsa, bahasa dan negara pastinya meniggalkan
impak besar dalam pendengar yang mempercayai hadith-hadith maudhu’ berkenaan.
Dengan ini timbullah rasa tinggi diri yang dicela oleh agama. Ukhuwwah
Islamiyyah dipinggirkan akibat dari gejala hadith maudhu’ itu.[8]
d.
Merosakkan pendirian umat Islam[9]
Berhadapan dengan janji
pahala yang lumayan di samping amalan yang ringkas boleh menimbulkan perasaan
berpada-pada di kalangan umat Islam. Akibatnya pendirian dan pegangan umat
Islam akan menjadi lemah. Amalan yang murni mungkin ditinggalkan kerana
terdapat amalan lain yang lebih berbaloi dan menguntungkan. Di penghujung jalan
wujudlah umat yang tidak tegas dan tidak bersemangat mengamalkan ajaran Islam.
e.
Mengabaikan hadis sohih[10]
Satu perkara lain yang
pasti muncul akibat penyebaran hadith maudhu’ ialah pengabaian hadith maqbul /
sahih. Secara otomatik sekiranya ditekankan hadith maudhu’ dalam sesuatu
majlis, hadith sahih akan tersisih dan tidak mendapat tempat yang sepatutnya.
Akhirnya orang ramai akan senang apabila mendengar hadith maudhu’ dan merasa
janggal apabila mendengar hadith sahih.
JALAN PENYELESAIAN[11]
1.
Pemantapan ilmu-ilmu
hadis
a.
Ilmu mustalah hadis[12] - lmu mustalah hadits
adalah ilmu yang dipakai untuk mengetahui keadaan rawi (periwayat hadits) dan
hadits yang diriwayatkan (marwi) dari segi diterima atau ditolak
b.
Ilmu takhrij hadis
i. takhrij turath - menggunakan sumber-sumber hadith muktabar yang telahpun dicetak
ii. takhrij muasir - menggunakan sumber-sumber elektonik berasaskan teknologi moden
takhrij berarti :
“Mengembalikan (menelusuri kembali ke asalnya) hadis-hadis yang terdapat di
dalam berbagai kitab yang tidak memakai sanad kepada kitab-kitab musnad, baik
disertai dengan pembicaraan tentang status hadis-hadis tersebut dari segi sahih
atau daif, ditolak atau diterima, dan penjelasan tentang kemungkinan illat yang
ada padanya, atau hanya sekadar mengembalikannya kepada kitab-kitab asal
(sumbernya)nya.”[13]
c.
Mewujudkan maktabah Hadithiyyah Asasiyyah
i. Maktabah Turathiyyah
ii. Maktabah Mu’shirah
Maktabah Hadithiyyah
‘Asasiyyah ialah koleksi perpustakaan hadith pada tahap minima. Secara umumnya,
dapatlah dibahagikan kemudahan ini kepada dua bahagian iaitu: bahan bercetak dan bahan elektronik.[14]
2.
Tugasan kepada orang awam
a.
Bertanya Kepada Ilmuan dalam Bidang Hadith
Tentang Hadith Yang Dijumpai
b.
Bertanya Kepada Penceramah Tentang Hadith
Yang Disampaikan
3.
Tugasan kepada pelajar dan ilmuan
a. Merujuk
Kepada Ilmuan Dalam Bidang Hadith Tentang Hadith Yang Dijumpai
b.
Memberi penekanan kepada Takhrij Hadith
secara minimum dalam setiap kertas kerja
TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN
KITA[15]
Sebagai seorang mukmin
yang cinta kepada Rasulullah SAW seharusnya bagi kita menjaga nama dan batang
tubuh Rasulullah SAW daripada dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan golongan
yang tidak bertanggungjawab.
Di samping itu juga,
menjadi kewajipan kita semua sebelum membaca, menulis, mengajar, menyampai atau
menyebarkan sesebuah hadith Nabi Muhammad SAW perlulah dikenalpasti terlebih
dahulu akan sumber dan status (hukum) hadith tersebut kerana bimbang dengan
tidak menyatakan sumber dan hukum hadith akan terjerumus ke dalam ancaman Nabi
Muhammad SAW tersebut.
PENUTUP
Kesimpulannya, hadith mawdhu’
(palsu) adalah merupakan peringkat hadith dho’if yang paling buruk sebagaimana
yang telah kami jelaskan di atas. Tambahan pula, hukum meriwayatkan hadith
palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya dan akibatnya
akan dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak.[16]
RUJUKAN
“Hadith Dhaif - [PDF Document].” Vdocuments.mx,
http://vdocuments.mx//hadith-dhaif.
“Pengertian Takhrij Al-Hadis, Tujuan Dan Manfaat Takhrij Hadis.” PENDIDIKAN
WAJIB, 25 May 2018,
https://esajo.blogspot.com/2018/05/pengertian-takhrij-al-hadis-tujuan-dan.html.
“Perkongsian Tentang Hadith
Palsu.” Perkongsian Tentang Hadith Palsu,
https://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2013/06/perkongsian-tentan-hadith-palsu.html.
Abdur Rosyid, Jenis-jenis Hadits
Dhaif, Menara Islam, 2022
Athirah, Aina. “Bahaya Hadith
Palsu.” Jejak Tarbiah, 10 July 2020,
https://www.jejaktarbiah.com/bahaya-hadith-palsu/.
Drs. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris, Himpunan Hadis
Dha’if dan Maudhu’, Jilid 1, Penerbit Al-Hidayah, 2009
Hafil, Muhammad. “Sejarah
Munculnya Hadits Palsu (1).” Republika Online, Republika Online, 23 June
2020,
https://www.republika.co.id/berita/qccstc430/sejarah-munculnya-hadits-palsu-1.
Hafizfirdaus.com ~ Islam Untuk
Semua - Hafizfirdaus.com~Agama Dan Kehidupan,
https://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu16.htm#_ftn1.
Ismail, Amerudin. “Hadith
Maudhu': Punca, Kesan Dan Penyelesaian.” Academia.edu, 13 Sept. 2014,
https://www.academia.edu/8312393/Hadith_Maudhu_Punca_Kesan_dan_Penyelesaian.
Muhadi, Muhammad Shahrulnizam.
“Al-Afkar #109 : Dajjal Seorang Atau Ramai?” Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan, 19 May 2020,
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/4521-al-afkar-109-dajjal-seorang-atau-ramai.
Muhadi, Muhammad Shahrulnizam.
“Al-Afkar #109 : Dajjal Seorang Atau Ramai?” Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan, 19 May 2020,
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/4521-al-afkar-109-dajjal-seorang-atau-ramai.
Muhammad Mushfique Bin Ahmad
Ayoup @ Ayub. “Irsyad Al-Hadith Siri Ke-249: Hadith Mawdhu' (Palsu).” Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan, 20 Feb. 2018, https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2307-irsyad-al-hadith-siri-ke-249-hadith-mawdhu-palsu.
Prof. Madya Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor, Hadith
Mawdu’, Sejarah dan Cara-cara Mengenalinya, Penerbit Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), 2015
Samirah Mustafha, Hadis Dh’oif
Sebagai Rujukan Hukum dan Amalan, Universiti Sains Malaysia (USM), 2013.
Siti
Marpuah, Jurnal Perada: Jurnal Studi Islam Kawasan Melayu, P-ISSN 2656-7202
E-ISSN 2655-6626 Volume 2 Nomor 1, Januari-Juni 2019 DOI:
10.35961/perada.v2i1.27, http://ejournal.stainkepri.ac.id/index.php/perada, m.s. 24- 32.
Syariah, Konsultasi. “Ilmu
Mustalah Hadits.” Konsultasi Syariah Islam, Konsultasi Syariah Islam
Al-Khoirot, 13 Mar. 2016,
https://www.alkhoirot.net/2013/02/ilmu-mustalah-hadits.html.
Takhrij Dalam Penulisan Ilmiah,
https://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2013/06/takhrij-dalam-penulisan-ilmiah.html.
[1] Samirah Mustafha, Hadis Nabi Muhammad SAW Sebagai Rujukan Hukum dan
Amalan, Universiti Sains Malaysia (USM), 2013
[2] Hafizfirdaus.com ~ Islam Untuk
Semua - Hafizfirdaus.com~Agama Dan Kehidupan,
https://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu16.htm#_ftn1.
[3] Hadis Riwayat
Muslim -16
[4] Hafil, Muhammad. “Sejarah
Munculnya Hadits Palsu (1).” Republika Online, Republika Online, 23 June
2020,
https://www.republika.co.id/berita/qccstc430/sejarah-munculnya-hadits-palsu-1.
[5] Siti Marpuah,
Jurnal Perada: Jurnal Studi Islam Kawasan Melayu, P-ISSN 2656-7202 E-ISSN
2655-6626 Volume 2 Nomor 1, Januari-Juni 2019 DOI: 10.35961/perada.v2i1.27, http://ejournal.stainkepri.ac.id/index.php/perada, m.a. 24- 32
[6] Athirah, Aina. “Bahaya Hadith
Palsu.” Jejak Tarbiah, 10 July 2020,
https://www.jejaktarbiah.com/bahaya-hadith-palsu/.
[7] ibid
[8] “Perkongsian Tentang Hadith Palsu.” Perkongsian
Tentang Hadith Palsu,
https://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2013/06/perkongsian-tentan-hadith-palsu.html.
[9] “Perkongsian Tentang Hadith Palsu.” Perkongsian
Tentang Hadith Palsu,
https://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2013/06/perkongsian-tentan-hadith-palsu.html.
[10]Ibid
[11]Ismail, Amerudin. “Hadith Maudhu': Punca, Kesan Dan
Penyelesaian.” Academia.edu, 13 Sept. 2014,
https://www.academia.edu/8312393/Hadith_Maudhu_Punca_Kesan_dan_Penyelesaian.
[12] Syariah, Konsultasi. “Ilmu Mustalah Hadits.” Konsultasi
Syariah Islam, Konsultasi Syariah Islam Al-Khoirot, 13 Mar. 2016,
https://www.alkhoirot.net/2013/02/ilmu-mustalah-hadits.html.
[13]
“Pengertian Takhrij Al-Hadis, Tujuan Dan Manfaat
Takhrij Hadis.” PENDIDIKAN WAJIB, 25 May 2018,
https://esajo.blogspot.com/2018/05/pengertian-takhrij-al-hadis-tujuan-dan.html.
[14] Takhrij Dalam Penulisan Ilmiah,
https://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2013/06/takhrij-dalam-penulisan-ilmiah.html.
[15]Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub. “Irsyad
Al-Hadith Siri Ke-249: Hadith Mawdhu' (Palsu).” Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan, 20 Feb. 2018,
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2307-irsyad-al-hadith-siri-ke-249-hadith-mawdhu-palsu.
[16]Ibid
No comments:
Post a Comment