Thursday, June 19, 2008

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 4?

Assalamu'alaikum wbth,

Kali ini saya ingin berkongsi pula tips yang ditulis oleh Syatibi Center di dalam bukunya yang berjudul `Strategi & Kiat Dakwah Fardiyah’. Bukunya nipis, tetapi sarat dengan saranan-saranan yang amat baik untuk kita semua.

Menurut beliau seseorang itu dianggap telah berjaya di dalam taarufnya apabila ia berjaya mendapatkan perkara-perkara berikut:

Mengenal nama dan nama bapanya
Mengetahui alamatnya
Mengetahui pendidikannya
Mengetahui pekerjaannya
Mengetahui karekter dan sifat-sifat istimewanya
Mengetahui negeri asalnya
Mengenal teman rapatnya

Di dalam dunia yang serba canggih sekarang ini, simpanan data-data di atas adalah lebih mudah. Ada yang memiliki nokia communicator, PDA, O2 dan sebagainya. Pada zaman sebelum ini hanya dicatat pada buku 555.

Semasa saya di perantauan, di dalam satu daurah di masjid di Amerika Syarikat, Ustaz Jum’ah Amin menceritakan pengalaman taaruf beliau dengan sahabat-sahabatnya, Ustaz mengetahui hal ehwal mereka hatta masa sahabatnya ke restroom pun dia tau.

Itulah kelebihan mereka berbanding dengan mereka. Inilah faktor yang menyebabkan dakwah mereka lebih berjaya berbanding dengan kita .

Walllahu ’alam.

Friday, June 13, 2008

Respon: Bagaimana memenangi hati mad’u dan keseqahannya 1?


Salam,


Saudara Hawariyyun ada meminta saya menghuraikan tips untuk memenangai hati mad’u. Hal ini senang untuk dibicarakan di bibir, tetapi sukar untuk direalisasikan tanpa dorongan Rabbani Antara tip pertama yang boleh dilakukan ialah: ZIYARAH.

Baru-baru ini saya telah mengajak isteri saya untuk menghadiri reunion sekolah lama di Sg Petani. Sewaktu dalam perjalanan ke utara, tiba-tiba isteri berkata, `Jom kita pi ziyarah rumah anak halaqat ana di Kuala Kangsar dan Ipoh’. Saya menjawab, `Elok sangat tu, amalan ziyarah semata-mata kerana Allah pada hari ini agak kurang dilakukan oleh du’at hari ini kerana pelbagai alasan’.
Seingat saya, sewaktu awal 80’an dan 90’an, amalan menziyarahi rumah mad’u merupakan salah satu agenda yang sentiasa ada dalam ingatan para da’i. Semasa melawat pelajar lawatan industri di Pulau Pinang 10 tahun lalu, saya sempat menziyarahi rumah mad’u saya di Penaga. Respon yang diberi oleh ibu mad’u saya amat positif, kerana belum pernah ada pensyarah yang datang ke rumahnya sebelum ini. Ibunya merasa besar hati dengan ziyarah singkat tersebut. Saya rasa begitulah halnya dengan murabbi-murabbi dari kalangan guru-guru sekolah sebelum ini yang Berjaya mengingat hati mad’u dan juga keluarga mad’u mereka. Inilah kaedah ziyarah yang mulia yang diperturunkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Memang benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi SAW diriwayatkan oleh Abu Daud:
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”

Kesimpulan:-
Marilah kita hidupkan ziyarah kerana Allah SWT kerana ianya salah satu sunnah yang diajar oleh Nabi SAW. Dengan adanya ziyarah kerana Allah SWT, barulah ikatan ukhuwwah akan terbina dan kasih saying akan terbina dengan mad’u kita.

Tuesday, June 3, 2008

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 3?

Assalamu'alaikum wbth,

Baru-baru ini saya berkunjung menziyarahi beberapa orang sahabat saya di Bandung, Indonesia. Ketika sampai di sana, sahabat saya memperkenalkan saya dengan beberapa orang lagi kenalan yang baru.

Ini kad saya, kata Pak Bambang kepada saya.
`Astagfirullah! Terlupa pula bawa kad nama. Tertinggal kat ofis.’ , rungutku di dalam hati.

Ini merupakan satu, betapa pengajaran akan pentingnya menpunyai kad nama untuk kita bertaaruf berkesan.
Untuk sesi kali ini, saya ingin berkongsi lagi serah yang berkaitan taaruf berkesan. Tema kali ini masih lagi berkisar mengenai: Mengetahui perkembangan di tempat lain.

Kita lihat di zaman Rasulullah saw, baginda biasa mengikuti perkembangan orang-orang di tempat lain walaupun baginda tidak pemah bersua muka dengan mereka. Pernah satu ketika, terdapat dua orang dari Madinah, Kaab bin Malik dan Bura' bin Maaruf yang datang ke Mekah untuk berjumpa baginda buat pertama kali. Mereka pun menanya orang ramai lalu diberitahu bahawa baginda ialah orang yang ada bersama Al Abbas di Kaabah.

Lalu mereka menuju ke Kaabah, memberi salam dan Rasulullah saw pun bertanya Al Abbas,

"Kamu kenalkah dua orang ini?"
"Ya, Bura' bin Maaruf ialah pemimpin kaumnya dan seorang lagi ialah Ka'ab bin Malik."

Ka'ab bin Malik masih ingat akan ketika ini di mana baginda menambah,

"(Ka'ab) seorang penyair itu?"

Rasulullah mengetahui Kaab bin Malik adalah seorang penyair di Madinah walaupun tidak pernah bertemu dengannya kerana baginda mengikuti perkembangan berita.

Pengajaran untuk tindakan proaktif kita: -

1. Buatlah kad nama agar mudah kita bertukar-tukar dengan kenalan yang baru.
2 Berusahalah mengenali orang lain dengan ikhlas dengan berusaha mengingati nama mereka dan mengetahui latar belakang mereka.


DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...