Friday, June 13, 2008

Respon: Bagaimana memenangi hati mad’u dan keseqahannya 1?


Salam,


Saudara Hawariyyun ada meminta saya menghuraikan tips untuk memenangai hati mad’u. Hal ini senang untuk dibicarakan di bibir, tetapi sukar untuk direalisasikan tanpa dorongan Rabbani Antara tip pertama yang boleh dilakukan ialah: ZIYARAH.

Baru-baru ini saya telah mengajak isteri saya untuk menghadiri reunion sekolah lama di Sg Petani. Sewaktu dalam perjalanan ke utara, tiba-tiba isteri berkata, `Jom kita pi ziyarah rumah anak halaqat ana di Kuala Kangsar dan Ipoh’. Saya menjawab, `Elok sangat tu, amalan ziyarah semata-mata kerana Allah pada hari ini agak kurang dilakukan oleh du’at hari ini kerana pelbagai alasan’.
Seingat saya, sewaktu awal 80’an dan 90’an, amalan menziyarahi rumah mad’u merupakan salah satu agenda yang sentiasa ada dalam ingatan para da’i. Semasa melawat pelajar lawatan industri di Pulau Pinang 10 tahun lalu, saya sempat menziyarahi rumah mad’u saya di Penaga. Respon yang diberi oleh ibu mad’u saya amat positif, kerana belum pernah ada pensyarah yang datang ke rumahnya sebelum ini. Ibunya merasa besar hati dengan ziyarah singkat tersebut. Saya rasa begitulah halnya dengan murabbi-murabbi dari kalangan guru-guru sekolah sebelum ini yang Berjaya mengingat hati mad’u dan juga keluarga mad’u mereka. Inilah kaedah ziyarah yang mulia yang diperturunkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Memang benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi SAW diriwayatkan oleh Abu Daud:
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”

Kesimpulan:-
Marilah kita hidupkan ziyarah kerana Allah SWT kerana ianya salah satu sunnah yang diajar oleh Nabi SAW. Dengan adanya ziyarah kerana Allah SWT, barulah ikatan ukhuwwah akan terbina dan kasih saying akan terbina dengan mad’u kita.

No comments:

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...