Tuesday, August 26, 2008

Tamrin Madrasah Ramadan 1429H

Assalamu'alaikum wbth,

Ramadan kareem!

Ibadah kedua yang diwajibkan oleh Allah SWT ialah puasa. Sebagaimana halnya solat, ibadah ini juga diwajibkan dalam syariat semua rasul-rasul yang sebelum ini.

Mengapa puasa diwajibkan?

i.Tujuan perhambaan seumur hidup kepada Allah SWT
ii.Ibadat: Latihan perhambaan
iii. Puasa adalah ibadah yang tersembunyi
iv. Puasa tanda kekuatan iman
v.Latihan terus menerus sebulan penuh
vi.Latihan kepatuhan yang lama
vii.Situasi lingkungan yang sangat menunjang untuk tadrib(latihan)

Huraian:

i. Tujuan perhambaan seumur hidup
- Tujuan Islam yang sebenarnya ialah menjadikan seluruh hidup manusia beribadat kepada Allah SWT. Manusia lahir sebagai hamba kepada Tuhannya. Justeru itu manusia tidak boleh bebas sedikitpun dari ibadat, perhambaan kepada Allah SWT dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Dalam setiap tingkah laku hidupnya, manusia perlu memeriksa jalan yang mana yang harus dilaluinya agar dapat mencapai redha Allah, dan ia juga perlu mengenalpasti jalan yang manakah yang perlu dijauhi agar tidak terkena murka dan kutukan-Nya. Pendekata, apabila seluruh hidupnya telah diwarnai dengan warna yang demikian, barulah ia dianggap telah melaksanakan kewajipan perhambaannya kepada Allah seperti yang terkandung dalam ayat:

`Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya berubudiyah kepada-Ku’
51:56


ii. Ibadat: Latihan perhambaan
Tujuan sebenar kewajipan2 deen seperti solat, haji, puasa dan zakat adalah untuk melatih kita menjalankan ibadah yang besar. Pekerjaan-pekerjaan tersebut adalah WAJIB. Apabila anda telah mengerjakan ruku’ dan sujud selama 5x sehari, menanggung lapar dan haus selama 30 hari di bulan Ramadan, dan bila kita kaya, telah mengeluarkan zakat dan menunaikan haji sekali seumur hidup; kita merasakan yang anda telah selesai menunaikan kewajipan anda terhadap Allah. Dan tidak juga bererti bahawa setelah melakukan itu semua lalu anda bebas dari PERHAMBAAN kepada Allah dan boleh berbuat apa sahaja yang kita suka. Walhalnya tujuan utama diwajibkan keWAJIPAN2 deen adalah untuk melatih kita dengan cara yang demikian rupa agar kelak kita mampu mengubah seluruh hidup kita menjadi suatu IBADAH yang tetap teratur kepada Allah. Marilah sekarang kita mengingati tujuan ini. Kita melihat bagaimana puasa mempersiapkan manusia untuk melaksanakan ibadah yang fulltime ini.

iii.Puasa adalah ibadah yang tersembunyi
Semua kewajipan agama selain puasa dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata kasar. Misalnya dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku’ dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam ibadah haji, orang bermusafir jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Apabila kita mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila kita tidak mengerjakannya di depan orang lain, orang pun akan tahu juga bahawa kita tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah IBADAH yang tidak nampak nyata. Hanya Allah yang Maha Mengetahui yang tahu bahawa seseorang itu berpuasa atau tidak.

iv. Puasa: Tanda kekuatan iman
Sentiasalah disemat dalam minda kita dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah SWT. Apabila Seorang hamba itu benar-benar berpuasa, ia tidak akan makan dan minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca yang panas dan keras sekalipun. Atau ketika kerongkong terasa kering dan haus yang bersangatan, kita tidak akan meminum air walau sedikitpun. Lihatlah betapa kuatnya keyakinannya bahawa tak ada satupun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun kita dapat menyembunyikan dari seluruh mata dunia. Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Allah, dan tidak mahu melakukan sesuatu yang dapat membatalkan puasanya! Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, selama 1 bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetikpun keraguan tentang kehidupan selepas mati memasuki hatinya. Seandainya ia ragu tentang hakikat hidup sesudah mati, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan mampu menyelesaikan puasanya.

v. Latihan terus menerus sebulan penuh
Dengan cara ini Allah SWT menguji iman seorang Muslim selama sebulan penuh, dalam 1 tahun. Apabila ia lulus dalam ujian ini maka imannya akan menjadi lebih kuat. Jadi puasa adalah sekaligus cubaan dan latihan. Apabila anda percaya kepada seseorang, maka seolah-olah anda menguji integritinya. Bila ia terbukti lulus dalam ujiannya dan tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya, maka kekuatannya untuk menanggung beban amanah akan menjadi lebih kuat, dan ia akan menjadi lebih layak untuk memikul amanah. Sama halnya dengan Allah SWT, Allah menguji iman anda dengan ujian yang keras selama 1 bulan penuh, 12-14 jam dalam sehari. Dan bila anda lulus ujian ini, maka akan tumbuh dan berkembang kemampuan untuk menahan diri dari dosa-dosa yang lain, kerana takut kepada Allah.

Firman Allah SWT:

`Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang2 yg sebelum kamu, agar kamu berTAQWA’
2:183

vii.Latihan kepatuhan dalam suatu jangkamasa yang lama
Puasa memaksa seseorang untuk mematuhi syariat Allah secara terus menerus, tanpa henti dalam jangka waktu yang lama. Lamanya waktu untuk mengerjakan solat hanyalah beberapa minit sahaja. Waktu membayar zakat hanyalah sekali dalam setahun. Haji memang memerlukan waktu yang lama, tetapi hal itu hanya diwajibkan 1x dalam seumur hidup, dan juga hanya bagi orang yang mampu shj. Tetapi puasa berbeza dengan itu semua, kerana puasa adalah suatu latihan untuk kita mengikuti syariat Ar-Rasul SAW dalam waktu 1 bulan penuh dalam setahun, siang malam. Anda perlu bangun awal pagi sebelum Fajar untuk bersahur, berbuka pada waktu Maghrib tepat pada waktunya, makan dan berehat sebentar, kemudian terus bergegas untuk solat Terawikh. Dengan cara yang sebegini, setiap tahun dalam waktu 1 bulan penuh, dari subuh hingga waktu Maghrib, dan dari Maghrib sampai waktu pagi, seorang Muslim diikat terus menerus seperti seorang perajurit. Kemudian selepas itu ia dilepaskan selama 11 bulan untuk mempraktikkan dan menunjukkan hasil-hasil yang diperolehinya selama latihan tersebut.

viii.Situasi yang sangat menunjang untuk training
Latihan yang seperti ini tidaklah efektif bila dilakukan oleh individu secara terpisah-pisah. Misalnya, parade tidak dikerjakan secara sendiri2 oleh perajurit. Seluruh perajurit perlu bangun di saat trompet dibunyikan agar mereka dibiasakan bekerja dalam satu kumpulan dan saling bantu membantu dalam menjalankan latihan. Apa yang kurang dalam diri perajurit itu ditampung oleh parajurit yang lain. Samalah halnya , bulan Ramadan telah dijadikan waktu berpuasa dan semua orang Islam diperintah untuk berbuka bersama-sama. Perintah ini mengubah ibadah individual menjadi ibadah kolektif. Sebagaimana halnya bila dikalikan nilai 1 trilion maka hasilnya akan menjadi setrilion, demikian juga keuntungan moral dan spiritual dari puasa, yang dilakukan oleh 1 bilion orang, akan menjadi 1 billion kali lipat bila puasa dilakukan oleh 1 bilion orang bersama-sama. Bulan Ramadan mengisi seluruh suasana kesalihan dan kebajikan. Di lingkungan seluruh bangsa, kesalihan tumbuh dengan subur. Setiap orang tidak hanya cuba menghindari dosa, tetapi juga berusaha membantu saudara2nya yang dalam kesusahan dalam menjalankan puasanya. Setiap orang merasa malu dalam berbuat dosa. Sebaliknya semua terdorong untuk berbuat kebaikan, untuk memberi makanan kepada orang miskin, memberi pakaian kepada orang yang tidak punya pakaian, memberi makan kepada orang miskin, ikut serta dalam kebaikan yang dilakukan di mana sahaja, dan mencegah kejahatan yang dilakukan secara terang2an.

`Setiap perbuatan manusia memperoleh pahala dari Tuhannya. Satu perbuatan baik diberi pahala 10 – 700 kali lipat. Akan tetapi Allah mengatakan: Puasa itu khusus bagi-Ku, dan aku memberinya pahala sebanyak yang Aku kehendaki’
Al-hadith
Daripada hadith ini, dapatlah kita ketahui bahawa semua perbuatan yang baik berkembang pahalanya menurut proportion niat serta manfaat yang dihasilkannya, tetapi semua perbuatan itu mempunyai batas pahalanya. Akan tetapi dalam hal puasa perkembangannya tidak terbatas. Semakin banyak kita mengerjakan perbuatan baik dengan ikhlas di bulan ini, semakin besarlah pula BERKAH yang akan kita perolehi. Dan jika kita memelihara efek2 bulan puasa ini selama 11 bulan berikutnya, maka kebun kebajikan ini akan terus berkembang dan berlanjutan. Mengapa kita hanya membatasi kebaikan dan perbuatan baik ini setelah Ramadan?

DI MANAKAH NATIJAH IBADAH ITU SEKARANG?

Setelah kita mendengar huraian hasil2 puasa tersebut, kita akan tertanya-tanya: di manakah natijah puasa itu sekarang? Kita berpuasa, solat serta berdoa, akan tetapi natijahnya tidak kita rasai dan nampak. Antara sebabnya ialah kita melaksanakan Islam itu secara terpisah-pisah dan menggantikannya dengan hal-hal yang di luar Islam. Justeru itu kita tidak dapat melihat hasil yang sebenarnya.
Di samping itu sebab yang kedua ialah kerana pandangan kita mengenai hakikat IBADAH telah berubah.. Sekarang kita menyakini bahawa puasa hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum, dari pagi hingga ke petang. Walhal anda tidak menyedari akan ruh IBADAH yang perlu menjiwai setiap tindakan dan perbuatan anda.

Sebab itulah ibadah2 yang kita lakukan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana di dalam Islam, sesuatu itu bergantung kepada NIAT, PEMAHAMAN DAN WAWASAN.

Rujukan:
Dasar-dasar Islam oleh maududi ms. 155

Wednesday, August 20, 2008

KETERAMPILAN PERIBADI DA'I: Pengembangan Diri


Assalamu’alaikum wbth.

Antara kualiti seseorang yang ingin mengajak manusia ke jalan Allah perlu melengkapkan diri dengna kemampuan MENTARBIYAH dan MENINGKATKAN diri sendiri. Jika kita hanya mengharapkan tarbiyah hanya berlaku dalam unit-unit halaqah mingguan maka tidak banyak perkara yang dapat kita pelajari dan laksanakan.

Di dalam surah Ar-Rad’u ayat 11 Allah SWT berfirman: -

`Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam jiwa mereka’.

Keimanan dalam diri individu perlu dibangunkan dan dikembangkan. Potensi dalam diri merupakan perkara yang pertama sekali yang perlu dibangunkan. Justeru itu pada kali ini sekadar berkongsi kitab yang baru saya beli bertajuk `Materi Keterampilan TEKAD: Training Kader Terpadu’, keluaran Era Intermedia. Di dalam buku ini sidang pengarang menggariskan empat(4) langkah untuk optimumkan potensi diri. Antaranya ialah seperti di bawah:

i. Mengenal diri sendiri.
Berilah penilaian pada diri anda, carilah titik kekuatan dan kelemahan pada diri anda.

ii.Menentukan piawai(standard) tertinggi

Setelah mengenal anda mengenal diri dengan baik, buatlah gambaran mengenai apa yang anda inginkan. Maksudnya, tentukan piawai tertinggi menurut kemampuan anda.

iii. Membangun prinsip itqan(profesionalisme)
Setelah anda melakukan suatu tindakan, bandingkan antara tindakan yang anda lakukan dengan piawai yang telah anda buat. Langkah ini sebagai langkah untuk mencapai keunggulan. Yang dimaksudkan dengan profesionalisme ialah kemampuan mengerjakan dan menyelesaikan hal-hal tersebut secara sempurna sesuai dengan piawai-piawai tertinggi yang telah ditentukan.

iv. Menemukan hal baru (inovasi)
Langkah ini merupakan puncak keunggulan.

Ringkasnya:
Marilah kita belajar optimumkan potensi diri kita demi usaha kita mendaulatkan deen Allah SWT di atas muka bumi ini dan mendapat redha Allah SWT, insha Allah.

Saturday, August 9, 2008

Bekal seorang pendakwah

Assalamu'alaikum wbth,


Seorang pendakwah diibaratkan seperti bekas air yang penuh dan dapat mengisi gelas-gelas kosong.

Oleh kerana itu seorang pendakwah perlu mamastikan bekas airnya selalu penuh. Pendakwah perlu mengisi dirinya dengan bekalan yang cukup agar dapat bertahan dalam amal dakwahnya dan dapat memberi faedah kepada orang lain.

Pepatah arab ada menyatakan:
`Orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak akan dapat memberikan sesuatu kepada orang lain’.

Jika kita tidak kekuatan iman yang kuat, bagaimana dapat kita berkongsi keimanan yang kuat kita dengan orang lain.

Di antara bekal yang perlu ada ialah:
i. Membersihkan hati dna mengikhlaskan niat
ii. Menjadikan diri QUDWAH
iii. Menguasai bahan-bahan untuk menyampaikan dakwah
iv. Menguasai teknik dan seni(fan) berhubung dengan masyarakat

Ingatlah saudaraku!

Dakwah adalah satu seni dan kepimpinan.

Rujukan:
Strategi dan panduan Dakwah Fardiyah oleh Syatibi Center

Wednesday, August 6, 2008

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 5?

Assalamu'alaikum wbth,
Salah satu cara untuk mempercepatkan proses taaruf ialah melalui program yang bersifat informal. Ia boleh dilakukan dengan menganjurkan rehlah yang santai, makan bersama, musafir bersama, dan bermalam sama. Melalui program yang informal ini kita akan dapat melihat sifat-sifat peribadinya secara tabi’i. Dewasa ini program-progam yang seperti ini agak kurang. Mungkin kerana da’i pada hari ini sibuk dengan urusan-urusan yang lain.


Kita tidak dikatakan mengenal seseorang setelah kita:
i.Pernah bermusafir dengannya
ii.Pernah bermalam bersama-samanya
iii.Pernah makan bersama-samanya.

Jika dalam konteks pelajar misalnya, kita perlu usaha agar dapat susun balik ke kampong semasa bercuti dapat balik bersama dengan mad’u. Jika perjalanan itu mengambil masa 8 jam, bermakna banyak perkara yang boleh dibualkan. Semuanya ini perlu dirancang dengan baik.

Semasa belajar negara dulu, jika untuk ke program tamrin/rehlah biasanya mengambil masa dalam 11-12 jam. Biasanya kita akan mengambil sahabat-sahabat dalam perjalanan ke sana. Sepanjang perjalanan, dirancang pelbagai aktiviti taaruf, hafalan du’a, hafalan al mathurat dan bernasyid. Bila hal ini berlaku, ikatan sesama sahabat/mad’u semakin akrab.

Ada seorang sahabat di Ipoh pernah menceritakan pengalamannya melakukan dakwah fardiyah kepada seorang doktor. Sebelum rehlah ke Hutan Belum, Perak, doktor tersebut dengan beliau agak reserve dari segi hubungannya. Bila bercakap pun `I & you sahaja’. Semasa rehlah ke sana, ketiga-tiga perkara di atas telah berjalan. Apabila sudah ada body contact dan tolong mengangkat barang-barangnya, hubungan sudah menjadi informal. `Barrier’ yang ada sudah tiada lagi. Jika sebelum ini nama penuh yang dipanggil i.e. Encik Ishaq. Kini, nama timangan `Aq’ sudah dipanggil. Selepas kembali bertugas, jika sebelum ini beliau begitu berkira dengan masa kliniknya, kini apabila sahabt mengajak untuk minum bersama di gerai, dia join sekali at any time. Ini menunjukkan taaruf yang sebenar telah berjalan.

Ringkasnya:
Ini menunjukkan kepada kita kepentingan untuk melakukan aktiviti informal bagi mempercepatkan proses taaruf.
Selamat mencuba.

Sunday, August 3, 2008

10 SENI KEBERKESANAN DAKWAH

Assalamu alaikum wbth,

Masih tergiang-ngiang di telinga saya pesanan murabbi saya pada 1992 lalu bahawa, untuk mendidik anak-anak halaqah, perlu ada sifat CARING & SINCERE APPRECIATION. Dua sifat ini amat penting bagi meningkatkan kualiti pentarbiyahan.

Berikut adalah sedikit perkongsian dalam bentuk poin ringkas 10 seni keberkesanan dakwah. Ianya dipetik daripada kitab Ustadz Jum’ah Amin Abdul Aziz bertajuk ”Fiqh Da’wah: Prinsip dan kaidah dasar Dakwah”.

Panduan ini diambil dari usul fiqh sebagai bekal para dai tersebut adalah sebagai berikut:
1. Qudwah (teladan) sebelum dakwah (Qudwah qobla dakwah)
2. Menjalin keakraban sebelum pengajaran (Ta'lif qobla ta'rif)
3. Mengenalkan Islam sebelum memberi tugas( Ta'rif qobla taklif)
4. Bertahap dalam pembebanan tugas (Tadarruj fit takalif)
5. Mempermudah, bukan mempersulit (Taisir la ta'sir)
6. Menyampaikan yang ushul (dasar) sebelum yang furu’ (cabang) ~ Usul qobla furu'
7. Memberi kabar gembira sebelum ancaman (Targhib qobla tarhib)
8. Memahaman, bukan mentalqin (Tafhim la talqin)
9. Mendidik bukan mendedahkan kelemahan (Tarbiyah la ta'riyah)
10. Menjadi murid seorang imam, bukan muridnya buku. (Tilmiz imam, la tilmiz kitab)

Semoga kita bersungguh-sungguh dalam usaha mentarbiyah, mendakwahkan orang lain kepada jalan Allah SWT. insha Allah kerana:

Nahnu Du’aatun Qabla Kulli Syai’in. “Kami adalah da'i sebelum sesuatu apapun yang lain”.

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...