Masih tergiang-ngiang di telinga saya pesanan murabbi saya pada 1992 lalu bahawa, untuk mendidik anak-anak halaqah, perlu ada sifat CARING & SINCERE APPRECIATION. Dua sifat ini amat penting bagi meningkatkan kualiti pentarbiyahan.
Berikut adalah sedikit perkongsian dalam bentuk poin ringkas 10 seni keberkesanan dakwah. Ianya dipetik daripada kitab Ustadz Jum’ah Amin Abdul Aziz bertajuk ”Fiqh Da’wah: Prinsip dan kaidah dasar Dakwah”.
Panduan ini diambil dari usul fiqh sebagai bekal para dai tersebut adalah sebagai berikut:1. Qudwah (teladan) sebelum dakwah (Qudwah qobla dakwah)
2. Menjalin keakraban sebelum pengajaran (Ta'lif qobla ta'rif)
3. Mengenalkan Islam sebelum memberi tugas( Ta'rif qobla taklif)
4. Bertahap dalam pembebanan tugas (Tadarruj fit takalif)
5. Mempermudah, bukan mempersulit (Taisir la ta'sir)
6. Menyampaikan yang ushul (dasar) sebelum yang furu’ (cabang) ~ Usul qobla furu'
7. Memberi kabar gembira sebelum ancaman (Targhib qobla tarhib)
8. Memahaman, bukan mentalqin (Tafhim la talqin)
9. Mendidik bukan mendedahkan kelemahan (Tarbiyah la ta'riyah)
10. Menjadi murid seorang imam, bukan muridnya buku. (Tilmiz imam, la tilmiz kitab)
Semoga kita bersungguh-sungguh dalam usaha mentarbiyah, mendakwahkan orang lain kepada jalan Allah SWT. insha Allah kerana:
Nahnu Du’aatun Qabla Kulli Syai’in. “Kami adalah da'i sebelum sesuatu apapun yang lain”.
No comments:
Post a Comment